11 ; Bunga Yang Malangnya Tak Berbau

3K 284 52
                                    

EDITED CHAPTER

Soo Min menguap sekali lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Soo Min menguap sekali lagi.Semalam lepak bersama Taehyung di Sungai Han sampai lewat malam.Kerja pagi pula tu,kena ambil bos lagi.

Taehyung yang sedar akan telatah Soo Min hanya menggeleng kepala.Starbucks yang masih panas dihirup sedikit sambil menikmati pemandangan luar melalui tingkap kereta.

"Esok 5 May kan?" soal Taehyung kepada Soo Min.Gadis itu hanya menganggukkan kepala.Masih mengantuk agaknya.

"Esok lepas lunch saya ada hal.Awak tak perlu ikut.Dalam pukul 5 lebih saya datang company balik,"

Dahi Soo Min berkerut,jarang Taehyung buat kerja tanpa dia.

"Tuan nak tarik diri dari projek tu ke esok?"

"Taklah.Mungkin hari lain.Esok saya ada hal lain,"

Soo Min kemudian hanya mendiamkan diri.Dah kalau bos tak nak cerita lebih,takkan dia asyik nak tanya je sampai dapat jawapan kan?

"Dah sampai," selesai memarkirkan kereta,Taehyung dan Soo Min jalan beriringan memasuki syarikat.

Seperti biasa,pekerja Crystal Blue menyapa mereka berdua sebelum kembali melakukan kerja masing-masing.

"Eh Tuan Kim dan Soo Min,selamat pagi," sapa Seok Jin yang juga ingin menaiki lif bersama mereka.

Taehyung hanya mengangguk manakala Soo Min dan Seok Jin sudahpun mula bergurau.Dari ekor mata,geram sahaja dia memerhatikan segala gerak-geri dua manusia yang mempunyai nama yang seirama itu.

Siap main cuit-cuit lagi!
Tolonglah ingat bos anda masih ada tu...

Sampai sahaja di tingkat tiga,mereka bertiga keluar daripada lif.Seok Jin menundukkan badannya kepada Taehyung dan Soo Min sebelum berlalu pergi.

"Awak dengan Seok Jin kawan baik ke?"

Soo Min menepuk dahinya,"mestilah bos.Saya kan selalu jumpa dia.Takkan selalu jumpa tak jadi kawan kot,"

Hah tu dia,keluar dah perkataan 'bos'

Taehyung menggulingkan matanya ke atas.Alergik dengan perkataan bos.

Tiba sahaja di meja Soo Min yang betul-betul berada di luar office Taehyung,mereka disapa oleh seorang penghantar bunga yang berpakaian serba hitam.Muka pun tak ceria,pakaian hitam tu buatkan penghantar bunga itu nampak seperti seorang pembunuh bersiri!

"Err...siapa ni?"

"Pikachu.Saya datang nak hantar bunga.Tolong sign sini," kata lelaki itu dengan nada bosan.

Satu kertas putih kecil dihulurkan pada Soo Min.Walaupun tak tahu apa tujuan bunga itu dihantar,tetap sahaja dia turunkan tanda tangan.

"Untuk siapa ni?"

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now