"Tuan!"
Taehyung tak menghiraukan panggilan Soo Min,sebaliknya dia terus berjalan laju menuju ke arah keretanya.
"Tuan tunggulah sekejap!" tak sempat lagi dia membuka pintu kereta,Soo Min sudah mencengkam lengannya.
"Lepas Soo Min,"
"Tuan saya boleh terangkan,"
"Terangkan apa?Yang awak tak sengaja tipu saya?"
Soo Min terdiam,perlahan-lahan tangannya melepaskan lengan Taehyung.Dia menunduk dan menelan air liur,cuba mencari idea bernas untuk meredakan marah lelaki itu.
"Kawan?Sejak bila?" tanya Taehyung lagi,mendesak Soo Min untuk bercakap.
"Tuan,dia dan saya—"
"Sejak bila Soo Min?Saya dah suruh awak jauhi dia kan?Awak sendiri kenal dia siapa,"
"Tuan dengarlah dulu!" gertak Soo Min.Dia tahu dia sedikit kurang ajar apabila suaranya ditinggikan,tapi apa boleh buat kalau lelaki itu sendiri tidak mahu dengar ceritanya.
"Dia jumpa saya untuk minta maaf dan saya nampak keihklasan dia.Saya tahu dulu dia yang buli saya tapi semua orang patut terima peluang kedua kan?" ujar Soo Min.Dia masih lagi tidak lupa tentang kes lama itu tetapi dia bersedia untuk memaafkan Jimin.
"Semudah itu awak maafkan dia?" Soo Min mengerutkan dahi apabila dia mendengar pertanyaan Taehyung itu.
"Apa masalah Tuan?Benda yang berlaku antara saya dan dia itu adalah hal peribadi.Tuan tak ada hak untuk persoalkan tindakan saya terhadap dia,"
Taehyung tersenyum sinis.Tangannya disilangkan di dada sebelum dia kembali berbicara,"hal peribadi?Awak perlu tahu yang saya juga tahu tentang dia Soo Min,"
"Ya betul.Tapi itu pun sebab Tuan yang nak sangat tahu pasal saya dan Jimin,"
"Sebab dia kacau awak Soo Min.Awak ingat hari tu bila awak nangis,siapa yang ada dengan awak?Saya nak tahu supaya saya boleh halang benda tu berlaku lagi.Awak pekerja dan kawan saya,siapa je yang tak risau?"
Soo Min menggeleng kepala,"percayalah yang Jimin takkan buat benda itu lagi.Hari itu pun dia bergurau je tapi saya yang melebih,"
Taehyung mengeluh kasar.Soo Min pula sudah buntu.Kenapa dia cuba pertahankan Jimin?
"Lantak awaklah Soo Min.Mungkin kalau awak tak tipu saya dan bagitahu saya yang awak sebenarnya keluar dengan Jimin,saya tak jadi marah macam ni,"
YOU ARE READING
Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH
Romance"Tolong jangan mengorat saya" - KTH Started : December 2018 #phonenumberversion2 Update setiap kali saya rasa nak update huhu Previous book cover by @BTS_Emu