17 ; Kena Sumpah Jadi Itik Ke?

2.7K 299 76
                                    

"Tuan?" Sapaan Soo Min membuatkan lamunan Taehyung terhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tuan?" Sapaan Soo Min membuatkan lamunan Taehyung terhenti.Dia memerhati keadaan di sekeliling dan akhirnya sedar bahawa mereka sudah sampai di rumahnya.

"Oh," briefcase di ambil dan pintu kereta dibuka.Tanpa mengucapkan 'selamat tinggal' atau 'jumpa esok' ,terus sahaja lelaki itu meninggalkan Soo Min.

Gadis itu sudah berkerut dahi.Lain macam perangai majikannya hari ni.Lepas balik dari lunch,terus muka jadi masam.Kalau diperah muka tu,boleh masak ikan stim lemon.

"Haih," keluh Soo Min.Biarlah,mungkin ada banyak benda yang nak difikirkan?Tu yang nampak macam mayat hidup je.

Sampai sahaja di hadapan rumahnya,kereta diparkir elok.Sebelum keluar,telefonnya berbunyi.Hah,ada satu pesanan ringkas yang masuk!

Cepat-cepat dia menyeluk tangannya ke dalam beg.Manalah tahu bos yang mesej kan?Tak nak cek dekat dalam,nak cek sekarang juga!

Tengok sahaja,berseri wajahnya.Sangkaan yang begitu tepat,Kim Taehyung yang menghantar pesanan itu.

[ Tuan Kim ]

<Hadiah dalam bonet.Dua-dua tu awak punya

Soo Min sudah tersengih bagai kerang busuk.Hadiah Hadiah Hadiahhhh

Sepantas Ussain Bolt,pintu kereta dibuka luas.Setelah bonet kereta pula dibuka,dia ternampak dua beg kertas yang berlainan warna tersimpan di ruangan tersebut.Laju sahaja kedua-dua beg kertas itu diambil.

Tidak mahu ingin lihat isinya lagi,Soo Min membuka pintu rumahnya dengan pantas.Hadiah daripada bos,mestilah teruja nak tengok.

Satu beg ada jenama Kate Spade dan satu lagi tiada jenama.

Mak oi!Bos belikan aku Kate Spade, lagi lebarlah sengihan Soo Min.Fikirkan yang hadiah beg tangan berjenama itu datangnya daripada Taehyung.

Beg yang tiada jenama dilihat dulu.Di dalamnya ada satu kotak segi empat tepat yang dibalut kemas.Kotak kasut ke?

Kembang 10 meter lah dia nanti kalau memang Taehyung belikan dia kasut.Ish bos ni,macam tetahu je kita ni kekurangan stok kasut.

Sampul hadiah dikoyak.Memang betul ada kotak kasut,tetapi kandungan di dalam kotak itu yang membuatkan senyumannya mati.

Tiada apa-apa selain sekeping kad yang berada di dalam kotak itu.Punyalah excited buka hadiah,tengok-tengok ada kad je.

Nak tak nak,bacalah juga dia kad yang diberi Taehyung itu.Apa-apapun kena hargai effort bos kan?Penat-penat dia buat ucapan untuk kau.

Apa-apapun kena hargai effort bos kan?Penat-penat dia buat ucapan untuk kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now