PNMMB; Raya Special Chapter

2.2K 200 67
                                    


Assalamualaikum,di sini author nak buat pengunguman bahawasanya bila syawal menjelang,Phone Number : Miss Me Boss? akan ada Raya Special Chapter.Kinda like bonus chapter lah.

So sementara bulan syawal tiba,author nak tanya korang,Special Chapter apa yang korang nak baca nanti?Saya akan listkan beberapa pilihan tajuk untuk Special Chapter.

Vote nak Special Chapter yang mana dan tajuk yang paling banyak vote lah yang nanti author post time raya.Okay?

Senarai Tajuk untuk Raya Special Chapter

1. Temuduga Setiausaha
> Dalam chapter ni,saya akan ceritakan tentang pertemuan pertama antara Taehyung dan Soo Min,di mana Crystal Blue sedang mencari setiausaha yang sesuai dengan kriteria yang Kim Taehyung sarankan.Best tak best?Korang fikirlah sendiri ya...ahagaga

2. First Date for First Girl
> Nak tahu macam mana hubungan Kim Taehyung dan Han Yoo Jung bermula?Vote lah chapter ni.Tapi berhati-hati,Jungkook sedang menyediakan asid untuk disimbah kepada Yoo Jung.Okay gurau gurau!

3. Aku Pilih Kek,Kau Duduk Diam!
> Pilih kek?Lah siapa pula yang nak pilih kek ni?
Sudah semestinya lah pasangan yang sudah berkahwin kita ini.Tetapi untuk special chapter,saya akan ceritakan tentang bagaimana Jeon Jungkook dan Kim Hae Ryung merancang majlis perkahwinan mereka.

4. Pembuli Termasyhur Abad 21
> Momen-momen terakhir bagi Soo Min di sekolah menengah lamanya bukanlah sesuatu yang istimewa.Dia merupakan salah seorang mangsa buli Park Jimin dan Han Yoo Jung.Apa yang membuatkan dia pindah ke sekolah lain?

Nak tahu kena vote.Tapi raya-raya ni tak mau lah marah-marah dekat diaorang berdua.Kita kena saling memaafi.Tak gitu?

5. Saya Terlalu Bodoh ke?
> Di Majlis Ulang Tahun Crystal Blue,Soo Min tersedar yang majikannya sudah hilang dari pandangannya.Selepas sahaja habis berucap,lelaki itu terus menghilang.

Cari punya cari,rupanya lelaki itu duduk di pejabatnya seorang diri.

"Kalau saya tahu dia jumpa orang lain tetapi saya tetap percayakan dia sebab saya sayangkan dia,saya ni terlalu bodoh ke?"

Soo Min hanya diam.Dia tahu yang lelaki itu sedang bercakap tentang 'teman wanita rahsianya'.Walaupun dia tidak tahu siapa wanita itu,dia tetap marah dengan perlakuannya.

Sampai hati dia lukakan hati Kim Taehyung?Hati seorang lelaki yang selalu puji dia depan Soo Min?








Author Note
Kah kah kah,nampak macam merepekkan?So anyways,votelah mana-mana tajuk yang korang rasa best untuk dibaca time raya nanti ya?
Tarikh akhir vote adalah sehari sebelum raya.So tak semestinya first hari raya saya dah up Special Chapter.Maybe dalam dua tiga hari macam tu.Hah..anyways,Selamat Berpuasa korang! 😘

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now