Part 2

14.3K 838 17
                                    

Authors note: Hi gais! Seperti yg dijanjikan..10 votes for chap 1 to unlock chap 2. You gais are awesome! Thanks! Keep supporting me. Kasi semangat sikit nak sambung. Enjoy!

                                         ****        

"Aa..awak?" Aku gagap. Ish mulut ni!

Anaqi berdiri berpeluk tubuh. Matanya merenung aku tajam bagai mahu tembus. Seram pulak tengok muka dia. Aduh, macam mana boleh terkantoi ni?

"Aku dah suruh kau stop buat kerja bodoh ni kan? Kau pekak ke?!" 

Mendengar nada suara Anaqi yang tinggi membuatkan mata aku terpejam. Tersentak. Sama seperti pagi tadi. Bahu sedikit terhinjut dek disergah. Aku menunduk menekur lantai. Tidak berani bertentang mata dengan lelaki di hadapanku kini.

Melihat aku yang tidak memberi apa-apa respon, Anaqi bertambah berang. Tanpa aba-aba, tubuhku ditolak hingga rapat ke pintu loker. Langkahku dikunci. Tangannya pula menekan kedua bahuku. Aku tergamam!

"Ini last warning! Kalau kau bagi lagi nota dengan ayat-ayat bodoh kau tu..kau siap!"

Serentak itu tubuh aku dilepaskan dan Anaqi berlalu pergi. Aku kaku di situ buat seketika. Otak cuba mencerna apa jua yang sudah terjadi. Anaqi kah tadi tu? Dia ke lelaki yang aku sayang selama ni? Kenapa kasar sungguh perbuatan dia?

Aku menggelengkan kepala berulang kali. Cuba mengusir memori tadi. Sabar Ulya. Nak dapatkan sesuatu mesti ada cabaran dia. Kadangkala hati dan akal tidak sehaluan. Hati meminta untuk aku bertahan namun akal pula sebaliknya. Tanpa sengaja, bibir menguntum senyuman. Akhirnya dia sedar juga kewujudan aku dalam hidup dia. Ah, kau dah gila lah Ulya! Tu namanya menempah bala! Akal membantah.

Sepatutnya aku menangis diperlakukan sekasar tadi oleh Anaqi tetapi benarlah kata orang penangan cinta ni bukan boleh dibuat main-main. Sungguh kadangkala aku hairan dengan diri aku sendiri. Mungkin betul aku dah gila? Ya! Aku gilakan Izz Anaqi! 

                                 ****

Beberapa hari selepas kejadian di loker, aku berhenti seketika daripada aktiviti menyelit nota buat Anaqi. Tunggulah hingga keadaan reda nanti. Bisikku di dalam hati. Namun setiap hari aku tidak jemu-jemu mencuri pandang wajah lelaki itu. Dapat tatap dari jauh pun sudah memadai. Anaqi bagaikan dadah buat aku. Mampu membuatkan aku khayal dalam dunia impian ciptaan aku sendiri.

Rehat tengahari, kami bertembung di laluan menuju ke kafe. Anaqi bersikap seperti biasa. Bagai tidak pernah terjadi apa-apa sebelum ini. Macam mana dia boleh cool macam tu sedangkan hati aku ni bergelora seperti geloranya lautan hindi? Gitu kau!

Natasha aku lihat menempel di sebelah Anaqi. Mengikut sahaja ke mana lelaki itu pergi. Anaqi pula walau tidak pernah memberi tindak balas apa-apa namun seperti dia membiarkan sahaja apa yang Natasha buat. Langsung tidak ditegahnya. Semakin naik tocang lah perempuan gedik tu.

"Izz....you nak makan apa? I belanja hari ni..," meleret sahaja suara manja Natasha. Lengan Anaqi dipautnya. Meluat pulak aku tengok. Pandangan orang sekeliling tidak diendahkannya. 

"Tak payah. Aku boleh beli sendiri..," balas Anaqi seraya bangun dari kerusi, menuju ke arahku yang sedang beratur. Aku terkejut lantas berpaling ke hadapan sebaik sahaja lelaki itu berdiri rapat di belakangku. Calm down, Ulya. Take a deep breathe! Inhale..exhale! Fuhhhhh!

"Kau nak beli makanan ke nak buat demo cara bernafas dengan betul?" Kata-kata Anaqi membuatkan aku terkujat. Eh? Dia boleh dengar aku buat sesi pernafasan ke?

"Err..saya tengah berlatih untuk kawal pernafasan..," jawabku.

"Apasal? Kau dah semput nak mati ke?" Soalnya sinis.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now