Part 23

14.5K 583 18
                                    

Dua tiga hari aku ambil masa memikirkan cadangan papa dan permintaan mama. Selama itu juga aku tidak bertemu Anaqi. Entah ke mana lelaki itu menghilang. Aku juga tidak mahu mengambil peduli. Apa yang terjadi sangat-sangat mengejutkan.

Sampai kini aku tak tahu macam mana Anaqi boleh end up tidur di sebelahku. Atas katil, siap memeluk pinggangku!

Aku agak tertekan memikirkan semua yang sudah berlaku. Ya, mama dan papa tak pernah memaksa aku untuk menerima cadangan mereka tetapi aku tahu mereka mengharapkan aku bersetuju. Mungkin kalau Anaqi tak pernah menyakitkan hati aku, tak pernah menghancurkan hati ini..pastinya aku sudah melompat hingga ke bintang mendengar cadangan itu.

Pastinya aku akan terus bersetuju tanpa bantahan. Dan akulah gadis paling gembira di muka bumi ini. 

Namun kini, setelah aku cuba sedaya upaya untuk melupakan cinta yang pernah singgah di hati buat Anaqi, dengan mudah lelaki itu bersetuju untuk menikahi aku? Aku takut andai aku terima semua ini, hati aku akan lebih parah. Aku takut Anaqi hanya bersetuju kerana masih mahu mempermainkan perasaanku.

Peristiwa lalu benar-benar menjadikan aku trauma. Setiap apa yang dikatakan Anaqi, setiap perbuatannya aku rasakan palsu. Lakonan semata-mata. Ah, susahnya bila tersepit begini.

Aku sayangkan mama papa. Aku bersyukur mereka menerima aku seadanya. Aku dilayan seperti anak sendiri. Kadangkala layanan mereka kepadaku lebih daripada Anaqi. Apa yang harus aku buat?

Fokus di tempat kerja juga agak terganggu. Banyak kali aku salah ambil order. Menghantar pesanan ke meja yang salah.

"Kau okay ke tak ni, Ulya? Aku tengok macam ada masalah je?" Tegur Warda. Aku mengeluh perlahan sambil menggeleng.

Aiman, Shauqi dan Idzham juga menegur perlakuanku sejak ke belakangan ini. Aku nampak sugul, nampak tak bermaya seperti biasa kata mereka.

Tepat jam 10.30 malam, aku menapak keluar dari kafe. Langkah perlahan diatur menuju ke stesen bas. Handphone dikeluarkan dan aku membuka aplikasi grab car.

Belum pun sempat aku membuat sebarang tempahan, sebuah kereta berhenti di hadapan stesen bas itu. Melihat kereta dan pemandunya, aku mengeluh. 

Tingkap di bahagian pemandu diturunkan. "We need to talk..," ujarnya. Aku hanya memandangnya kosong. 

"Ulya..," namaku diseru. 

Aku berfikir seketika. Ya, kami perlu berbincang. Sampai bila masing-masing mahu mengelak? Melarikan diri dari menyelesaikan masalah?

Peelahan-lahan aku bangkit dari duduk, beg disandang ke bahu. Aku menapak menuju ke arah keretanya. Pintu dibuka lalu aku masuk dan duduk di sebelah lelaki itu. Tanpa bicara, Anaqi menekan pedal minyak dan kereta itu menderu pergi.

Lokasi yang sama. Di atas bukit.

Tempat di mana bermulanya pembohongan lalu. Aku memejamkan mata. Mengusir memori pahit itu pergi. Anaqi keluar dari kereta, menapak ke arah pintu bahagianku. Tubuhnya disandarkan pada sisi kereta, membelakangi aku. Manakala aku pula masih berteleku di dalam kereta dengan tingkap terbuka.

Posisi kami begitu hampir tetapi masing-masing memandang ke arah yang berlainan. 

Angin malam bertiup lembut. Sepi.

Kemudian Anaqi berdehem. "Kau dah buat keputusan?" Soalnya tiba-tiba. Aku hanya diam.

"Aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat.."

"Tapi takda apa-apa pun yang terjadi antara kita kan?" Sangkalku.

"Memang tak jadi apa-apa. Tapi aku dah sentuh kau. Aku dah tengok aurat kau. Jadi aku rasa aku bertanggungjawab untuk jaga maruah kau.."

ULYA MIKAYLA ©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora