Part 49

14.8K 554 8
                                    

Oklah, sis buat satu bab ni from Anaqi's p.o.v. Mesti ramai nak tahu macam mana Anaqi tahu Ulya hilang and apa reaksi dia kan?

Tapi..tapi..cuma satu bab je tau? Lepas ni akan back to normal. Ulya' p.o.v, okay?

Let's check it out!

                             ****

Anaqi P.O.V

Ketika aku sedang menapak ke arah padang untuk training, aku ternampak figura Ulya dari jauh sedang melangkah menuju ke arah pintu pagar kolej.

Langkahku terhenti seketika. Mataku menyoroti setiap langkah gadis itu. Sebuah keluahan terbit dari sepasang bibir milikku.

Kerana ego, aku biarkan isteriku pulang sendiri sedangkan boleh sahaja aku memintanya menunggu sehingga aku selesai latihan, seperti selalunya.

Memikirkan Ulya pulang bersama Pak Mail, aku meneruskan langkah sementelah aku sudah agak terlewat.

Sepanjang latihan aku tidak mampu untuk fokus. Fikiranku hanya dipenuhi dengan wajah Ulya.

Padahal sudah seminggu kami tidak    bercakap. Pergi kolej juga berasingan.

Cuma pagi ini aku tiba-tiba rindu untuk menatap wajahnya dan kerana itu pagi tadi aku menunggunya untuk ke kolej bersama.

Ye, aku marah kerana Ulya degil. Sudah beberapa kali aku mengingatkannya untuk tidak masuk campur urusan aku, Farahin dan Izad.

Aku tak boleh terima bila Ulya jumpa Farahin dan dengar kata-kata gadis tu. Paling aku rasa marah bila nama Aizam diburukkan.

Aku kenal Aizam sebelum Farahin dan Izad lagi. Tak mungkin Aizam sanggup buat macam tu!

Beberapa kali aku menggelengkan kepala, mengusir semua kata-kata yang aku dengar dari Ulya tempoh hari.

Selesai latihan, aku terus pulang ke rumah. Seminggu dingin, kami tidur berasingan. Aku kembali menghuni bilik lamaku.

Melalui bilik Ulya, aku memperlahankan langkah. Tergerak hati untuk menjenguknya seketika. Aku tahu dia tak berapa sihat.

Aku yang meminta Pak Mail membawanya ke klinik. Aku juga yang menyuruh Mak Jah membuatkan bubur buatnya.

Walau aku masih marah, namun tidak pula aku sampai hati membiarkan Ulya begitu. Dia isteri, perempuan kedua yang aku sayang selain mama.

Ketika Mak Jah membawa bubur ke bilik Ulya, aku ada di luar biliknya. Memerhatikannya makan dengan susah payah.

Terasa ingin sahaja aku masuk ketika itu, bertanyakan tentang keadaannya, menyuapkannya bubur dan memeluknya sewaktu lena.

Namun, dek kerana ego..aku tahankan hati dan perasaan.

Tanpa gadia itu sedar, aku masuk ke biliknya malam itu setelah dia lena. Dahinya aku cium penuh kasih. Segaris senyuman nipis menghiasi bibirnya.

Pasti dia menyangkakan semua itu hanyalah sekadar mimpi.

Aku menolak perlahan pintu biliknya, kepala menjengah ke dalam. Dahiku berkerut saat menyedari tiada kelibatnya di dalam bilik.

Pintu bilik air yang sedikit terbuka cukup memberitahuku bahawa Ulya memang tiada di situ.

Aku bergegas ke bawah mendapatkan Mak Jah di dapur.

"Mak Jah, Ulya tak balik lagi?" Soalku.

"Belum. Bukan ke dia balik dengan kamu atau Pak Mail?"

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now