Part 29

15.1K 602 5
                                    

Tidur malamku agak lena. Suhu badan juga sudah mulai menurun. Berbanding semalam ketika di klinik suhuku mencapai 39 darjah celsius. Apa yang membuatkan aku tersentuh, Anaqi tidak meninggalkan sisiku sepanjang malam.

Diubahnya sofa hingga rapat ke sisi katil. Kepalaku dijerlum setiap masa. Memantau suhu badanku setiap dua jam. Aku rasa disayangi.

Aku tersedar saat azan subuh berkumandang. Anaqi masih lena di sofa. Pasti dia penat menjagaku sepanjang malam. 

Perlahan aku bangkit dari katil menuju ke bilik air. Aku tidak bercadang untuk mengejutkannya lagi. Tunggulah sehingga aku siap mandi dahulu. 

Selesai membersihkan diri, aku keluar dari bilik air namun terkejut melihat figura Anaqi yang berdiri tegak di hadapan pintu. Mujurlah aku memang bersiap di dalam bilik air.

Aku mengurut dada. Kus semangat!

"Morning..," tegurnya. 

"Terkejut saya. Apalah awak ni..," ujarku tanpa membalas ucapannya tadi. Anaqi tersengih. Tangannya naik menyentuh dahiku. 

Lelaki itu tersenyum. "Hurmm..dah tak panas. Tapi ubat kena makan okay? Sampai betul-betul dah baik.."

"Ye. Saya yang menurut perintah. Eh! Awak sentuh saya? Dah batal wudhuk saya.."

Anaqi ketawa. "Haha! Takpa, dapat pahala. Dah, pergi ambil wudhuk semula. Lepas tu aku pulak nak mandi," ujarnya seraya mengusap lembut kepalaku.

Pagi itu kami bersarapan bersama mama papa sebelum ke kolej.

"Ulya nak pergi kolej? Dah sihat ke?" Soal mama sewaktu kami bertemu di tangga menujuke ke tingkat bawah.

"Alhamdulillah dah okay ma. In shaa Allah dah boleh pergi kolej.."

"Alhamdulillah. Lega mama tengok. Semalam mama jenguk Ulya tapi Ulya tidur. Jadi mama tak nak ganggu Ulya berehat. Izz jaga Ulya tak?"

Aku tersenyum dan mengangguk.

Selesai makan, Anaqi membawa aku ke dapur. Disuakan ubat dan air mineral segelas. Tanpa bantahan, aku mengambil ubat mengikut arahan doktor.

"Ma, pa..kami pergi dulu," pamit Anaqi seraya bersalaman dengan ibu bapanya. Aku turut mengikut perbuatannya. 

"Hati-hati drive, Izz..," pesan mama. Anaqi mengangguk sebelum keluar dari rumah.

Jalan sesak melambatkan perjalanan kami. KL dengan jammed memang tak dapat dipisahkan. Aku mengeluh menyebabkan Anaqi menoleh.

"Kenapa? Okay tak ni?" Soalnya seraya mencapai tanganku dan digenggam.

"Okay. Cuma bosan dengan jammed.."

"Oh! Ingatkan apa tadi. Next time kita pergi kelas naik motor nak?" Tiba-tiba Anaqi mengutarakan cadangannya.

Dahiku berkerut. "Awak ada motor ke?". Lelaki itu mengangguk.

"Tak pernah nampak pun?"

"Dalam garaj. Jarang guna.."

"Oh..patutlah".

"Nak tak?" Soalnya.

"Nak apa?" Aku tercengang.

"Naik motor dengan aku la..," ujarnya.

"Kalau orang lain nampak macam mana?"

"Dah kenapa kalau diorang nampak pun? Bukan aku bawak awek, aku bawak wife aku sendiri.."

"Awak ni.."

"Sampai bila pun kau boleh simpan semua ni, Ulya? Kawan-kawan kau akan tahu jugak.."

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now