Part 32

15.5K 605 40
                                    

Ketika aku keluar dari bilik air, Anaqi sudah pun siap berpakaian kemas untuk ke kolej pagi ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika aku keluar dari bilik air, Anaqi sudah pun siap berpakaian kemas untuk ke kolej pagi ini. Lelaki itu segak dalam kemeja biru yang fit pada tubuhnya serta berseluar hitam. Sedondon dengan baju denim labuhku. 

Anaqi menarikku agar berdiri di hadapannya, menghadap cermin. Terukir senyuman di wajahnya melihat pantulan figura kami berdua. Lelaki itu tunduk mencium rambutku yang masih lembab. 

"Tak obvious sangat ke kalau pakai matching macam ni?" Soalku.

"Ramai je pakai warna sama, sayang. Buat tak tahu je..". Aku mengangguk kemudian memandang Anaqi di dalam pantulan.

"Izz Anaqi..You know what is the best thing ever happen in my life?" Aku menyoal.

"What?"

"The answer is the first word in my question.."

Saat ini pipi aku bagai dipanggang. Panas! Yeah! 

Anaqi terdiam seketika memahami kata-kataku tadi. Serta merta tubuhku berada dalam pelukannya.

"My naughty Ulya has came back! Gosh! I miss your sweet word!"

"Tapi dulu awak jugak yang benci dengan pick up line saya, kan?"

"Itu dululah, sayang. Somehow aku rasa special. Sebab selalunya lelaki bagi perempuan pick up lines tapi in our case, you are the one who always gave me those sweet line. Thank you, sayang. I love you so much!"

"My pleasure. Awak tahu tak saya ada list pick up lines? In my book. There are hundreds of them. Just for you. Yeah, you know..I've been doing this for almost a year!"

"Really? Can I see it?"

"Of course lah tak boleh..," ujarku membuat mimik muka mengejek.

"Kedekut..". Aku ketawa akhirnya. Seronok dapat kenakan suami. Uhuk!

Pagi ini aku bersarapan berdua je dengan Anaqi. Mama dan papa dari semalam tiada di rumah. Papa outstation di Johor, mama pula mengikut papa. Katanya dah lama tak spent time together. 

Mak Jah menyediakan bihun goreng sebagai sarapan. Aku menuangkan air jus oren ke dalam gelas Anaqi. Untuk diri sendiri pula, aku memilih kopi o panas. Anaqi mempelawa Mak Jah untuk turut sama bersarapan namun ditolak wanita itu dengan alasan dia sudah makan lebih awal tadi.

Mak Jah kemudian meminta diri untuk menyelesaikan kerja-kerjanya di dapur.

Usai makan, aku membawa pinggan dan cawan ke dapur sebelum mencucinya. Anaqi menunggu di ruang tamu. Melihat aku keluar dari dapur, lelaki itu pantas bangun mengorak langkah ke arah kabinet berhampiran pintu utama. Built in cabinet itu kelihatan seperti dinding sahaja jika tidak diperhatikan dengan betul.

Anaqi mengeluarkan dua biji full face helmet dari kabinet tersebut. Aku memandangnya dengan kerutan di dahi.

"We're going to ride today..," ujarnya memahami maksud kerutan di mukaku.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now