Part 53

22.3K 644 64
                                    

Setahun kemudian.

"Mana abang ni, mama?" Soalku cuba mencari kelibat suamiku di celah-celah lautan manusia yang berada di dataran itu.

"Entahlah. Tadi dia ada pesan suruh tunggu kat sini lepas majlis," mama juga tertoleh-toleh mencari gerangan anak tunggalnya.

Papa di sebelah pula mengerling jam di tangan.

Tiba-tiba sepasang tangan datang dari arah belakang, menutup penglihatanku.

Aku terkejut sebelum tersenyum sebaik hidungku menangkap bau minyak wangi yang cukup aku kenali.

"Guess who?" Soalnya.

"Hurmm..siapa ye? Oh, pak cik tukang kebun! Eh, bukan-bukan..haaa..ni mesti aney tebar roti canai kat kedai mamak tu kan?"

Tangan itu melepaskan wajahku sebelum kedua-dua pinggangku dicuit membuatkan aku tergeliat menahan geli.

"Sayang samakan abang dengan tukang kebun and aney?" Rajuknya.

Aku lihat mama dan papa sudah ketawa sambil tergeleng-geleng kepala.

Badan kupusing menghadap Anaqi.

"Olo..olo..janganlah merajuk. Sayang gurau je. Apalah abang ni. Muncung tu, sayang ikat nanti!"

Anaqi tersenyum lebar.

"Congrats, handsome. Happy convocation day! This is for you..," ucapku seraya menghulurkan jambangan bunga kepadanya.

Aku menjungkit sedikit sebelum pipi itu aku kucup sekilas.

"Thank you, baby..," tubuhku dirangkul.

Aku tidak berpeluang untuk melihat Anaqi menerima scroll di dalam dewan.

Setiap pelajar hanya diberikan dua tempat di dalam dewan konvokesyen untuk ahli keluarga masing-masing.

Jadi aku memberikan ruang buat mama dan papa untuk menyaksikan anak tunggal mereka menerima ijazah.

"Tahniah, sayang..," giliran mama pula memeluk Anaqi.

"Thank you, mama.."

"Congratulation, Izz on your graduation day. I'm proud of you," ucap papa pula.

"Thanks, pa. Thank you for everything..," balas Anaqi seraya memeluk tubuh papa.

"Jom kita ambil gambar!" Ujarku teruja.

Aku berdiri di dalam pelukan Anaqi, manakala mama dan papa berdiri di sebelah kami.

Klik!

Aku tersenyum melihat gambar yang aku ambil. Wefie!

"You look handsome, abang. Can't take my eyes off of you," bisikku di telinganya.

Anaqi tersengih. Bibirnya dirapatkan ke telingaku.

"Are you lost, girl? Coz heaven is too far away from here.."

Mendengarkan pick up line darinya, aku menekup mulut.

Aku tak mahu mengalah.

"Nama awak Izz ke? Izzinkan saya mencintai awak hingga ke syurga.."

Anaqi sudah tergelak besar. Mama dan papa memandang kami kehairanan.

"Naughty wife," ujarnya mencubit kedua belah pipiku.

Bahu Anaqi ditepuk dari belakang. Wajah Muaz dan Hadif muncul. Mereka berpelukan sambil mengucapkan tahniah antara sendiri.

Kemudian dua lelaki tadi bersalaman dengan papa. Mereka berempat berbual seketika.

Mataku melilau ke sekeliling. Tangan masih di dalam genggaman Anaqi.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now