Part 31

15.5K 599 10
                                    

Sorry kalau lambat update like usual. Sis and anak bongsu tak sihat sket.

Flue flue go away..don't come another day....

****

"Maafkan aku, sayang.."

Anaqi memelukku kejap. Aku tenggelam dalam tangisan. Kemudian, Anaqi menjarakkan tubuhnya. Tangannya naik mengelap air mata di pipiku.

"Jangan menangis, please," pujuknya.

"Look at me. Aku tahu aku dah buat silap dulu tapi aku janji, Ulya. Aku janji kali ni aku takkan ulang lagi kesilapan lepas. Bagi aku peluang, please.."

Aku mendongak mencari anak matanya. Mencari keihklasan di sebalik sepasang mata bundar itu. Perlukah aku beri peluang kedua?

Cubalah maafkan dia, Ulya. Everyone deserve a second chance. Beri peluang untuk diri kau kecapi bahagia juga. He is your first love afterall.

Akhirnya aku mengangguk. Mata Anaqi bercahaya. "Betul ni?" Soalnya meminta kepastian.

"Thank you, sayang. Thank you!" Ucapnya dan sekali lagi Anaqi menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

Maghrib itu, kami solat berjemaah buat pertama kalinya dengan perasaan yang berbeza. Perasaan kasih dan sayang.

****

Tiba di depan kafe, Anaqi memberhentikan keretanya. Pagi Sabtu ni aku kembali bekerja. Aku sudah rasa lebih sihat. Tidak sampai hati rasanya mahu mengambil cuti yang lama lebih-lebih lagi bila hari minggu, kafe agak sibuk.

"Habis kerja tunggu kat kafe. Jangan pergi bus stand okay?" Pesan Anaqi.

"Ye, saya tahu. Okaylah, saya keluar dulu ye?"

"Kejap. Sampai bila kau nak kerja ni?"

"Awak, kita dah bincang dulu kan pasal ni? Nanti saya berhenti bila sampai masanya, okay?"

"Hurmm.."

"Janganlah macam ni."

Anaqi mengangguk. "Okay. I won't. Take care. See you tonight," ujarnya. Aku menyuakan tangan untuk bersalam dan seperti selalu ubun-ubunku dicium Anaqi.

"Bye, awak."

"Bye, sayang."

Sebaik sahaja Anaqi berlalu pergi, aku melangkah ke dalam kafe yang sudah sedia dibuka. Siapa pulak yang sampai awal ni? Selalunya aku yang akan buka kafe.

Aku menunduk sedikit untuk melepasi shutter door yang separuh terbuka. Bagai nak luruh jantung apabila seseorang berdiri betul-betul di hadapanku. Warda?

"Ehem. Mata aku tak tipu kan? I saw you two just now. You owe me an explaination, babe!"

Aku menggaru tengkuk yang tidak gatal. "Err...kau nampak apa?"

"I saw he kissed you, Ulya! Come one, babe. Tell me. Korang berdua ada apa-apa ke?"

"Okay, Warda. Tenang. Aku tahu lambat-laun kau akan tahu juga jadi sekarang biarlah aku terus-terang je. Anaqi tu...husband aku."

Mata Warda terbeliak. Sama reaksinya seperi Qaireen dan Diana tempoh hari. "What? Husband? Gosh! Mamat hensem tu husband kau?"

Dan aku mengangguk. Mulutnya ditekup dengan kedua tapak tangan.

"Wah, untungnya kau Ulya! Dapat suami hensem macam tu. Jeles aku tau?"

Aku hanya tertawa.

"Weh, kau tau mamat tu kan selalu jugak datang sini. Aku yang selalu ambil order dia. Setiap kali tu lah aku duk tatap muka kacak dia tu. But now sadly dia jadi suami kau. Okay, kidding! I'm happy for you. Congrats, babe!"

ULYA MIKAYLA ©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora