Part 25

15.9K 627 35
                                    

Tiga hari aku bercuti 'kahwin' dengan alasan hal keluarga. Mujur Encik Khir tidak bertanya lanjut. Masuk sahaja kerja, pelbagai soalan dilemparkan oleh kawan-kawan sekerjaku. Aku terpaksa berbohong mengatakan ada hal yang perlu diselesaikan.

Aku lega apabila mereka tidak bertanya lanjut. Cuma Warda terperasankan cincin di jari manisku. Kerana cincin ini pagi tadi aku bertekak dengan Anaqi di bilik sebelum pergi ke kerja.

Flashback.

Aku sudah bersedia untuk ke kerja pagi itu apabila Anaqi menahan tangannya di muka pintu. Kami berbalas pandangan. Aku menjungkit kening mempersoalkan tindakannya.

Tangannya menggapai tangan kananku lalu diangkat tinggi sedikit. "Cincin kau mana?" Soalnya.

"Saya simpan kat dalam laci. Nanti kalau kawan kerja saya tanya, saya nak jawab apa?"

Anaqi mendengus. "Siapa suruh kau sorokkan hubungan kita? Jadi, fikir sendiri apa yang kau nak jawab..," nada suara Anaqi dingin. Lelaki itu menapak ke arah laci meja solek lalu mengambil cincin pernikahan kami.

Tanganku dicapai kembali sebelum cincin itu disaringkan kembali ke jari manisku. "No matter what, aku tak nak kau tanggalkan cincin ni. Got it?"

"Yelah. Saya pergi kerja dulu.."

"Sampai bila kau nak kerja? Kalau aku tak izinkan kau kerja macam mana?"

"Apa ni, awak? Awak tak boleh buat saya macam ni. Saya kerja untuk cari duit. Saya dah takda sesiapa. Saya dah takda ibu ayah untuk tanggung saya.."

"Dah tu aku ni apa? Aku suami kau kan? Apa guna aku jadi suami tapi aku tak boleh nak tanggung kau? Kau dah jadi tanggungjawab aku sekarang," jawabnya. Nada suaranya sedikit tinggi.

Aku menunduk. Sedar aku tersalah kata. "Saya minta maaf. Saya takda niat nak pertikaikan tanggungjawab awak sebagai suami cuma saya minta izin awak untuk saya terus bekerja. Tolonglah Anaqi.."

"Baiklah. Aku izinkan. Tapi lambat laun kau kena berhenti juga. Faham?"

Aku mengangguk. "Terima kasih! Okaylah. Saya dah lambat ni. Saya pergi dulu.."

"Kau naik apa pergi ni?"

"Grab lah.."

"Tak payah. Aku hantar. Tunggu kejap. Aku tukar baju..," belum sempat aku menegah, Anaqi berlalu ke almari. Aku hanya menunggu di muka pintu. Setelah bersiap, lelaki itu menonong keluar dari bilik.

Suara dj radio sahaja yang kedengaran di dalam kereta. Anaqi tidak bersuara, begitu juga aku. Kami masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba lagu Fieya Julia berkumandang di corong radio, pantas jari Anaqi menukarkannya ke siaran lain.

Aku tidak membantah atau bertanya mengapa dia bertindak demikian sebaliknya aku kekal mendiamkan diri. Suasana begini sangat janggal bagiku. Pertama kali dihantar ke tempat kerja oleh seseorang bergelar suami. Seharusnya aku gembira. Namun perasaan ragu-ragu melebihi segala-galanya.

Tiba di depan kafe, aku melepaskan tali pinggang keledar. Belum pun sempat aku memegang pintu, Anaqi menghulurkan tangannya. Aku terpinga-pinga sebelum lambat-lambat menyambut hulurannya. Sejuk tangan kami berdua. Aku tunduk menyalami tangannya. Tanpa aku duga, Anaqi menarik kepalaku sebelum sebuah ciuman mendarat di dahiku.

Spontan wajahku panas. Merah bagai dipanggang. 

Tidak mahu Anaqi menyedari itu, aku terus sahaja keluar dari kereta. Aku terus meluru masuk ke dalam kafe tanpa menoleh lagi.

Seketika kemudian, bunyi notifikasi whatsapp. Aku membukanya.

- Muka macam kena panggang. Kau ingat aku tak nampak? Malam nanti tunggu aku ambil. Jangan pandai balik sendiri.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now