Part 20

15.5K 588 20
                                    

As promised, here are the update. 

Don't forget to votes okay? Enjoy!

                                                   ****

Masa berlalu dengan pantas. Meninggalkan sekalian manusia yang sering alpa. Peperiksaan akhir juga sudah berakhir semalam. Hari ini Qaireen dan Diana masing-masing akan pulang ke kampung halaman. Tinggallah aku di kota ini bersendirian.

Dua gadis itu mahu atau tidak terpaksalah memahami keadaan aku yang perlu bekerja sepanjang cuti semester sementelah aku tidak punya keluarga atau kampung untuk aku kembali. Tidak seperti mereka yang dinanti-nanti oleh keluarga tersayang.

Beberapa hari sebelum kertas akhir, mama ada menghubungiku. Mempelawa aku untuk tinggal bersamanya sepanjang cuti semester ini. Demi menjaga hati wanita yang aku sayangi seperti ibuku sendiri itu, aku bersetuju. Tetapi aku meminta tempoh seminggu untuk menguruskan beberapa perkara sebelum boleh berpindah ke banglo itu.

Mama gembira mendengar kesudianku. Katanya dia tak sabar nak tunggu aku tinggal dengannya. Merasa punya anak perempuan yang tinggal sebumbung dengannya. Yelah, selama ni aku hanya tidur semalam dua sahaja paling lama pun.

Esok aku mula bekerja semula di kafe. Rindunya pada Warda dan yang lain. Hampir sebulan aku cuti dari bekerja kerana mahu fokus kepada peperiksaan akhir.

Usai solat subuh, aku menyediakan sarapan buat Qaireen dan Diana. Kedua mereka bakal memandu jauh. Pastinya perut perlu diisi kenyang-kenyang. Sarapan ringkas aku siapkan. Bihun goreng tomyam dan sandwich tuna. Teh panas menjadi pelengkap hidangan makan pagi itu.

"Morning, Kayla," Qaireen muncul di pintu dapur, sudah bersiap. 

"Morning, babe. D mana?"

"Tengah siap lagi. Hurmm sedapnya bau. Kau masak apa ni?"

"Bihun goreng tomyam dengan sandwich. Duduklah, makan.."

Qaireen menarik kerusi sebelum duduk dan mencapai cawan. Ketiga-tiga biji mug diisi dengan air teh panas. Kemudian gadis itu mencapai pinggan lalu menyendukkan bihun.

Aku mengambil tempat di hadapan Qaireen. Beberapa saat selepas itu, Diana pula muncul. Kami bertiga bersarapan bersama-sama. 

"Kau jaga diri baik-baik, Kayla. I'm gonna miss you, babe!" Ucap Diana sewaktu kami berada di garaj kereta. Axia Qaireen sudah sedia terparkir di luar pagar. Mazda kepunyaan Diana masih di bawah porch dengan bonet terbuka. Gadis itu baru sahaja memasukkan bagasi miliknya.

"In shaa Allah. Korang jangan risaulah. Macamlah aku tak biasa duduk sorang.."

"Yeahh we know but still..kitorang risaukan kau," ujar Qaireen pula.

"Korang, mama ajak aku tinggal kat rumah dia cuti ni.." 

Qaireen dan Diana saling berpandangan. "Kau setuju?" Soal Diana. Aku mengangguk.

"Kau okay ke nak duduk sebumbung dengan malaun tu?"

"I'll be fine. Lagipun apa sangat dia boleh buat kat aku. Kan mama papa ada? Mak Jah pun ada," jawabku perlahan sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang menanti di sana nanti.

"Kalau dah itu kata kau, aku dengan Reen doakan yang terbaik untuk kau, Kayla. Anything jangan lupa terus inform kami okay?"

"Okay. I will.."

Kami berpelukan seketika. Sedih pula nak berpisah sebulan lebih ni. Uhuk!

"Take care, korang. Drive safely.."

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now