Part 5

13.3K 620 14
                                    

Pagi Isnin, aku Diana dan Qaireen ke kolej seperti biasa. Hari ni cuma ada dua kelas sahaja yang perlu aku hadiri. Satu di sebelah pagi. Satu lagi di sebelah petang. Kami bertiga beriringan menapak ke loker masing-masing. Sedang aku mencari buku, belakang badanku ditolak secara tiba-tiba. Aku berpusing untuk melihat gerangan yang melanggarku. Huh! Minah gedik ni rupanya.

"Kau apahal? Buta?" Sergahku. Natasha mendecit.

"Aku ingat anak badak mana berdiri kat sini. Kau rupanya," kata Natasha.

"Kalau aku anak badak, kau tu anak cipanzi. Tak reti diam. Tergedik terkinja-kinja dua puluh empat jam. Tak malu eh?" Bidasku kembali. 

"Baby! You tengok budak selekeh ni panggil I cipanzi!"

Eh, bila masa pula si Anaqi ni muncul? Tiba-tiba je ada kat loker? Tadi takda pun? Aku memandang Anaqi sejenak. Lelaki itu hanya sekilas menoleh ke arah Natasha kemudian kembali menghadap lokernya. 

"Baby..baby. Nak muntah aku dengar tau?" Ejekku. Natasha naik angin mendengar aku mengejeknya. Kakinya dihentak lalu dia pergi ke arah Anaqi. Lengan Anaqi dipautnya. Sengajalah tu nak sakitkan hati aku. Bukan dia tak tahu aku sememangnya ada hati pada Anaqi.

"Lepaslah. Semak tau?" Anaqi menepis tangan Natasha yang berpaut di lengannya. Aku tersenyum mengejek.

"Padan muka! Dasar perempuan gedik!" 

"You! Tengoklah dia ni. Tak habis-habis provok I.."

Anaqi berpaling. Menghadap ke arahku. Spontan, aku memasukkan kepala ke dalam loker. Alamak! Abanglong kawasan sudah mareyy!

"Dua-dua sama je perangai! Kalah monyet!" Bidasnya. Monyet dia kata aku? Eh geram pulak kita. Ingat kita suka dia, dia boleh cakap sesuka hati?

"Monyet kat hutan. Mana pandai pergi kolej!" Jawabku. Anaqi merenung tajam. 

Buru-buru aku membuka langkah meninggalkan dua ketul makhluk itu. Sebelum keadaan lebih parah, baik aku cabut.

Tamat sahaja sesi kuliah petang, aku bersantai di dalam kelas. Menunggu semua pelajar pulang seperti biasa. Seminggu aku berehat dari rutin aku meninggalkan nota untuk Anaqi. Hari ini aku kembali. Kalau dia marah macam mana Ulya? Alah! Orang selalu kata marah tandanya sayang. Haa..dia bukan saja-saja marah lah tu. Eh, dia sayang ke? Malu pulak kita!

*facepalm*

Adoi apasal lambat sangat diorang ni nak balik? Cepat sikit jalan tu boleh tak? Selalu bukan main berdesup menghilang sebaik sahaja kuliah tamat. Dah kenapa hari ini semua macam nak berlenggang kangkung? Aku hambat dengan penyapu kang!

10 minit kemudian tiada lagi sebarang bunyi menandakan kolej sudah sunyi. Barang-barang peribadi aku di atas meja aku saukkan semua sekali masuk dalam beg. Sempat aku tersenyum melihat nota kecil di tangan.

-I THOUGHT HAPPINESS STARTS WITH 'H' BUT WHY DOES MINE STARTS WITH 'U'?-

Kawasan sekitar loker lengang. Yakin keadaan selamat, aku menghampiri loker lelaki itu. Cepat-cepat nota itu aku selitkan sebelum bergegas pergi. Bimbang juga kalau disergah si Anaqi macam haritu.

Aku menunggu di stesen bas. Jam di tangan aku kerling. Alamak dah lewat! Ada lagi ke bas? Ah, book grab jelah.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta Ford Fiesta berhenti. "Hai Ulya. Come.."

Aku tersenyum melihat gerangan pemandunya. Siapa lagi kalau bukan Iman.

"Awak takda kelas ke harini?"

"Kelas sebelah pagi je. Petang free jadi boleh buat grab.."

"Oh. No wonder lah.."

"Ulya, since awak selalu naik public transport..apa kata awak tumpang saya je pergi dan balik kuliah? For free. I don't mind.."

ULYA MIKAYLA ©️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ