Part 48

13.9K 526 26
                                    

Aku tersedar saat jam menunjukkan pukul 7 pagi. Menyedari aku sudah terlewat, aku bingkas bangun.

Mujurlah aku cuti solat. Kalau tak, mesti subuh gajah jadinya.

Dengan segera, aku bersiap ala kadar. Berseluar jeans, kemeja labuh paras lutut dan bertudung bawal.

Skali lagi aku bernasib baik kerana semuanya sudah aku siapkan awal.

Aku bergegas turun. Mak Jah berada di meja makan, sedang mengemas.

"Sarapan dulu, Ulya..," tegur Mak Jah.

Aku menggeleng. Mengangkat tangan yang memakai jam lalu jari telunjuk menunjuk ke arah jam tersebut.

Dengan suara yang ada takda, aku cuba bercakap.

"Dah lewat..," sangat perlahan bunyinya.

Entah Mak Jah dengar atau tidak. Kepalanya aku lihat terangguk sedikit. Aku terus ke built in cabinet, mencapai snikers lalu disarungkan ke kaki.

Sebaik sahaja pintu dibuka, aku tersentak ke belakang apabila tubuhku terlanggar belakang tubuh Anaqi yang berdiri membelakangiku.

Tanpa sebarang kata, aku tunduk memberi isyarat meminta maaf sebelum aku menapak ke arah garaj di mana kereta Pak Mail menunggu.

Langkahku terhenti apabila tanganku dipaut.

Perlahan-lahan aku memalingkan tubuh.

Mataku dan mata Anaqi bertemu. Kemudian, mataku turun melihat tangannya yang sedang memegang tanganku.

Dahiku berkerut.

"Pergi kolej dengan aku hari ni," arah Anaqi.

Tanganku dipimpin hingga ke keretanya. Aku hanya diam, menurut. Suaraku sudah tiada untuk berkata-kata.

Kalau bercakap pun, perlahan sahaja bunyinya.

Anaqi mendudukkan aku di dalam kereta sebelum dia mengambil tempatnya.

Tanpa aba-aba, lelaki itu mendekatkan tubuhnya. Aku memejamkan mata. Berdebar.

Seketika kemudian, aku terasa sesuatu menyentuh tubuhku sebelum bunyi klik!

Mata dibuka. Fuh, dia pakaikan seatbelt rupanya! Nak terkeluar dah jantung ni!

Aisemen. Malu mak noks!

Aku memalingkan muka ke arah tingkap. Malunya aku kalau dia tahu apa yang aku fikirkan tadi.

Eloklah tekak aku sakit sampai takda suara. Memang aku diam je sepanjang perjalanan. Malu, segan, takut, rindu..semualah ada!

Anaqi juga tidak bersuara. Diam. Tenang memandu. Dari ekor mata, sesekali aku lihat dia mengetuk perlahan stereng kereta dengan jari-jarinya.

Tiba-tiba, Anaqi membrek secara mengejut. Spontan juga tangannya naik melintang di hadapan tubuhku. Bagaikan menahan aku dari terdorong ke depan.

Padahal aku dah dipakaikannya seatbelt.

Menyedari keterlanjurannya, segera dia menarik kembali tangannya.

Dada aku rasa nak pecah dengan tindakan spontannya tadi.

Yelah, dah seminggu kami dingin, jangankan bersentuhan, bercakap pun tidak.

Hurm.

Tiba di kolej, aku segera mahu keluar dari kereta. Tidak betah berlama-lama dengannya.

Bimbang aku tak dapat kawal perasaan. Dah lah rindu menggunung ni!

Belum pun sempat aku membuka pintu, sekali lagi lenganku dipaut.

"Petang ni aku ada training. Kau balik sendiri nanti," katanya.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now