Part 21

14.5K 553 14
                                    

Anaqi memandu hingga ke sebuah bangunan kedai. Keretanya diberhentikan di hadapan sebuah butik. Aku menjengah ke luar, membaca signboard yang besar di atas butik itu. RUBY COLLECTION.

Wah! Besarnya butik mama! Aku terpesona melihat dekorasi dari luar. Belum lagi melangkah masuk. Lagi cantik agaknya. Anaqi melepaskan tali pinggang keledarnya lalu membuka pintu dan menapak keluar. Bagaikan tersedar, aku turut mengikut perbuatan lelaki itu.

Anaqi berdiri berpeluk tubuh, menunggu aku keluar dari kereta. Mesti dia kutuk aku sebab jelas muka jakun aku ni. Haish!

Sebaik sahaja aku menutup pintu kereta, Anaqi menekan button lock pada kunci di tangannya. Menonong je mamat tu masuk ke dalam meninggalkan aku sendirian di situ. Alah, ingat aku kisah ke? Macamlah aku tak reti nak masuk sendiri. Huh!

Seorang gadis muda yang cantik menyambut kedatangan kami. Dia kemudiannya menjemput aku dan Anaqi duduk di set sofa yang tersedia di bahagian tepi sebelum menghilang ke dalam sebuah bilik. Tidak lama kemudian, mama keluar bersama handbagnya di tangan.

Aku bangkit dari sofa, mendapatkan mama dan bersalam. Wanita itu menarik aku ke dalam pelukannya, seperti biasa. 

"Sorry, mama sibuk sikit tak sempat nak jemput Ulya. Sebab tu mama minta tolong Izz yang pergi," ujar mama.

"Oh, takpa. Ulya faham". Aku menangkap riak wajah mengejek Anaqi dari jauh. Kutuk aku lagi lah tu!

Mama melihat jam di pergelangan tangannya. "Eh, dah lewat ni. Nanti masuk angin pula perut kalau makan lambat. Jom, Ulya. Izz..come!"

Anaqi bingkas bangun. "Papa tak join kita ke, ma?" Soal Anaqi sambil tangannya menguak pintu utama, memberi laluan kepada mama dan juga..aku? Tidak. Sebaik sahaja mama keluar, terus dilepaskan pintu kaca itu. Buk! Berdentum tepat mengenai dahiku.

Aku merengus kasar. Nasib baik mama tak nampak apa si malaun ni buat kat aku. Kalau tak, siaplah dia kena membebel. Aduh! Aku menggosok dahi. Entah berapa kali aku terhantuk hari ni. Belum campur lagi dengan ditampar kat dahi tadi. Biadap betul dia ni! 

Anaqi menyembunyikan tawanya. Aku nampak eh? Takpa, jangan risau. Ada lori ada bas, kau tunggu..kejap lagi aku balas!

Mama mengambil tempat di bahagian belakang. Melihatkan itu, terus aku mencelah juga duduk di sebelah mama. "Wei, kau pergi duduk depan!" Arah Anaqi.

"Ala ma, Ulya nak duduk dengan mama. Boleh kan?"

"Dah lah tu, Izz. Biar jelah Ulya duduk dengan mama kat belakang ni.."

"Dia ingat Izz driver dia ke, ma?"

"Alah, bukan selalu pun Ulya merasa abang jadi driver. Kan? Kan?" Sengaja aku kenakannya. Biar dia rasa!

"Eh! Budak ni! Aku luku juga kepala sewel kau ni nanti!"

Mama ketawa melihat gelagat aku dan Anawi. Pasti hati mama berbunga-bunga menyangkakan hubungan aku dan anak lelakinya itu baik sehingga boleh bergurau begini. Hakikatnya, anak lelaki mama ni lelaki paling Ulya benci dalam dunia!

"Sudah! Sudahlah tu. Izz, cepat. Nanti lambat kena gastrik pula..," mama bersuara mem back up aku. Aku tersenyum kemenangan memandang Anaqi. Heh! Ini baru permulaan. Kau tunggu lah nanti!

Anaqi mendengus lalu mengambil tempatkan di bahagian pemandu. Pintunya ditutup kuat. Eleh, ingat aku takut ke?

"Korang berdua ni hairan mama tengok. Mula tu macam anjing dengan kucing, lepastu elok je berdua. Eh alih-alih bercakar semula. Apa yang dah jadi ni?" Soal mama tiba-tiba sewaktu Anaqi berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Aku meneguk liur yang terasa kesat. Mama perasan? Anaqi diam sebelum menjawab. "Saje je, ma. Seronok sakat si Ulya ni.."

Aku menjeling lelaki itu melalui cermin pandang belakang. Mata kami bertemu. Sorang jegil biji mata, sorang jeling maut. 

ULYA MIKAYLA ©️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora