Part 30

16.2K 641 18
                                    

Seperti yang dijanjikan, selepas Asar aku dan Anaqi tiba di sebuah kafe di tidak jauh dari rumah sewaku. Qaireen dan Diana masih belum muncul. Anaqi membawa aku ke sebuah meja yang terletak di bahagian tepi dinding. Tempatnya agak tersorok sedikit.

Seorang waiter datang untuk mengambil pesanan kami. Setelah itu, hanya sepi yang menemani. Aku resah sebenarnya. Boleh ke Reen dan D terima penjelasan aku?

Anaqi yang menyedari keresahanku menoleh. "Just relaks okay?". Aku mengangguk.

Tidak lama selepas itu, dua sahabatku itu tiba dan mengambil tempat di hadapan aku dan Anaqi. Mata Diana memandang tajam ke arah lelaki di sebelahku.

"Thanks, D..Reen sebab sudi datang jumpa aku," ujarku, memulakan bicara. Kemudian, aku menoleh ke arah Anaqi. Melihat anggukan lelaki itu, aku menarik nafas panjang.

"First of all, aku nak minta maaf banyak-banyak. Aku tahu aku dah ketepikan korang, aku dah buat korang kecil hati dengan tindakan aku. Tapi sejujurnya, aku tak tahu macam mana nak bagitahu korang pasal hal ni. Semuanya terjadi terlalu cepat sampaikan sehingga sekarang aku sendiri masih belajar untuk terima takdir ni..," ujarku, menunduk.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Korang berdua tahu kan apa yang dah jadi pada aku dan Anaqi sebelum ni?"

"Itu yang buat aku tak faham dengan keputusan kau ni, Kayla!" Bidas Diana. Matanya menjeling Anaqi. Marah mungkin.

"D, bagi Kayla habiskan. Kita dengar dulu, okay?" Ujar Qaireen sedikit rasional.

"Kami nikah ada sebab."

"Jangan cakap kat kitorang yang kau dengan mamat ni kena tangkap basah pulak!" Tempelak Diana. Aku sedikit terkejut mendengar tuduhannya. Hati tiba-tiba diruntun sayu.

Sempat aku menahan Anaqi dari berbicara apabila aku lihat dia terkesan dengan kata-kata Diana tadi. Aku menggeleng, menghantar isyarat supaya Anaqi memberi aku ruang untuk menjelaskan semuanya. Lelaki itu mendengus.

"Mama dan papa cadangkan kami bernikah sebab kami tinggal satu bumbung. Jadi untuk elak fitnah atau perkara yang tak diingini berlaku, kami terima cadangan mama papa.."

"Nonsenselah, Kayla! Kau sendiri benci mamat ni! Aku tak faham macam mana kau boleh terima dia macam tu je. Kau pulak! Kau tahu tak apa kau dah buat pada Kayla dulu? Eh! Kalau tak sebab Kayla tahan aku, dah lama aku debik kau tau? Senang-senang je mainkan perasaan orang. Ni, mata aku ni saksi macam mana teruknya kawan aku ni masa kau perbodohkan dia dulu!" Bentak Diana.

Mujur jugalah meja kami jauh dari yang lain.

Kali ini Anaqi tidak mampu berdiam diri. "Ya, aku pernah lukakan hati dan perasaan dia dulu. Aku tahu aku salah. Kau nak aku jujur kenapa dia terpaksa terima kahwin dengan aku? Sebab aku dah tidur sekatil dengan dia!"

"Awak!" Aku terkejut dengan tindakan Anaqi. Mata Qaireen dan Diana terbeliak.

"Tapi semua tu bukan salah dia! Salah aku sendiri. Aku yang tak sedar masa tu. Ulya cuma jadi mangsa keadaan. Dan aku rasa bertanggungjawab untuk bela maruah dia. Aku anggap ini cara untuk aku tebus kesalahan aku pada dia."

"Kalau kau nak lepaskan marah, lepaskan pada aku. Bukan pada Ulya. Aku yang salah dari awal."

"Kau ni memang tak guna kan, Anaqi? Dulu kau permainkan perasaan dia. Sekarang, kau perangkap dia dengan pernikahan ni? Kau nak seksa dia ke?!"

"D...please. Aku tak nak kita bergaduh. Aku sayangkan korang. Pasal perkahwinan aku dan Anaqi, aku serahkan semua pada Allah. Aku percaya ada hikmah di sebalik semua ni."

"Tapi Kayla, dia dah pernah lukakan hati kau dulu. Macam mana kau nak teruskan hidup dengan orang yang dah hancurkan hati kau?"

"Anaqi layan aku dengan baik, D. Itu dah cukup untuk aku."

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now