Part 8

12.2K 639 33
                                    

Kelas Business Communication oleh Puan Juliana berakhir tepat jam 11 pagi. Semua pelajar berpusu-pusu meninggalkan bilik kuliah. Dah nak masuk lunch hour, perut pun dah mula berdondang sayang. Teringat janji untuk makan tengahari bersama Qaireen dan Diana, segera aku mengemas barang.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kelas, aku hampir terjatuh ke belakang apabila seseorang menarik begku. Belum sempat aku berpaling melihat gerangan yang menyebabkan aku hilang daya imbangan, aku ditarik secara paksa.

"Hei, apa ni? Lepaslah!" Teriakku. Namun tiada respon darinya.

Dengan segala kudrat berserta ilmu taekwando yang aku ada, aku berjaya melepaskan diri. Wajah manusia itu aku pandang. Erk? Anaqi?

Lelaki itu berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Mataku melingas ke kiri dan kanan. Mujur juga tiada sesiapa yang nampak adegan aku diseret tadi.

"Awak tarik saya ni nak ke mana?"

"Ikut jelah," katanya terus berjalan pergi. Eh? Dia boleh jawab macam tu je? 

Langkah besar kubuka untuk menyaingi langkah Anaqi. "Awak nak ajak saya dating ke?" Soalku gedik. Dah berjangkit dengan Natasha ke?

Anaqi hanya diam. 

"Kalau nak ajak saya dating, tak payah tarik-tarik. Saya dengan rela hati akan setuju.."

"Kau ni kalau sehari mulut tu tak diam tak boleh ke?" Jerkahnya tiba-tiba. Aku sedikit terkebelakang dek dijerkah. 

"Gurau sikit pun tak boleh! Hidup ni kalau nak serius je memanjang, nanti cepat tua tau? Awak tengok saya ni..selalu happy je. Sebab tu saya awet muda.."

Jeda.

Ish mamat ni takda sense of humor langsung! Nanti kalau dah kahwin, macam manalah aku nak hadap muka serius dia tu dua puluh empat jam?

Anaqi terus menuju ke arah keretanya. Matanya mengisyaratkan aku untuk masuk ke dalam. Aku hanya menurut. Dia ni nak bawa aku pergi mana sebenarnya?

"Seatbelt!" Gumamnya. Perlahan tapi tegas. Aduh!

Aku menarik tali pinggang keledar dan memakainya. Ini kali kedua aku menaiki kereta lelaki ini. Kemas, selesa dan tak pernah tak wangi. Hurmmm suka!

Anaqi menghidupkan enjin, memasukkan gear dan mula meninggalkan perkarangan kolej. Aku teringatkan sesuatu. Reen! D! Alamak!

Handphone di dalam beg aku gagau. Terus sahaja aku menghubungi Qaireen.

"Hello..," suara Qaireen menyapa.

"Hello, Reen! Sorry aku tak dapat join korang lunch. Ada dinasour kidnap aku ni.."

Anaqi menjeling sebaik sahaja mendengar aku menggelarnya dinasour.

"Hah? Dinasour mana pulak ni, Kayla? Kau jangan nak main-main boleh tak?"

"Dinasour ni handsome tapi garang. Eh, oklah. Nanti aku story ye? Bye!"

Aku memutuskan talian. Handphone di tangan aku simpan kembali dalam beg. 

"Awak..awak tak penat ke buat muka ketat sepanjang masa? Cuba senyum?". Aku cuba bercanda. Tak dapat aku bayangkan kalau perjalanan memakan masa berjam-jam dengan lelaki ini. Mahu mati kutu aku takda kawan bersembang.

"Ada emas ke dalam mulut awak tu?"

"Awak..kita nak pergi mana sebenarnya ni?"

"Hishhh..awak jawablah! Saya tanya ni!"

"Eh diamlah! Menyesal pulak aku ikut arahan mama suruh bawa kau ni!"

"Haa..boleh pun bercakap. Eh tadi awak cakap mama suruh bawa saya? Tapi pergi mana?" Soalku lagi. Masih tidak berputus asa.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now