Part 26

15.8K 613 45
                                    

Hari ini aku cuti bekerja kerana lusa semester baru sudah bermula. Maka rutin bekerjaku kembali kepada asal, Jumaat hingga Ahad sahaja.

Bangkit dari tidur, aku mencari kelibat Anaqi. Sejak dari hari pertama pernikahan kami, lelaki itu tidur di sofa. Beberapa kali aku memintanya untuk bertukar tempat. Tetapi tidak dihiraukan. Kalau ikutkan, dia boleh je masuk tidur di biliknya sendiri ketika semua orang sudah nyenyak.

Entah kenapa mahu mendera badan tidur di sofa yang sempit itu.

Anaqi tiada di sofa. Yang ada hanyalah bantal dan selimutnya sahaja. Aku menoleh ke arah pintu bilik air. Lampu bernyala dan terdengar pancuran air. Oh, dah bangun.

Rambutku yang panjang mengurai, aku kemaskan sebelum mencapai getah dan mengikatnya. Aku bangun dari katil, menyusun bantal dan mengemaskan katil. Usai mengemas, pintu bilik air dibuka. Anaqi keluar dengan tuala berlilit di pinggang.

Aku menundukkan pandangan. Perlahan aku menapak ke ampaian mencapai tuala. 

"Morning..," sapanya.

"Morning, awak.."

Anaqi memberikan laluan untukku masuk ke bilik air. Sempat aku mencuri pandang tubuhnya yang terdedah. Seksi! Eh, Ulya! Behave please!

Aku keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Tshirt berlengan pendek dan sweatpants. Tangan mengelap rambut yang masih basah. 

Aku tidak sedar Anaqi memerhatikan perbuatanku. Lelaki itu sudah lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat. Aku tersentak dan sedikit ke belakang sebaik menyedari pandangan matanya yang terpaku kepadaku. Aku berdehem.

"Pakailah telekung cepat. Aku tunggu kau. Kita solat sekali.."

Aku tidak membantah sebaliknya segera menyangkut tuala, menyisir rambut ala kadar sebelum mencapai telekung. Buat kesekian kalinya solatku diimamkan seorang lelaki bergelar suami.

"Hari ni tak kerja kan?" Soalnya ketika aku melipat telekung. Aku menggelengkan kepala.

"Temankan aku pagi ni?"

"Nak ke mana?"

"Somewhere," jawabnya ringkas. Aku mengangguk bersetuju. Kemudian aku teringatkan sesuatu.

"Err..awak. Saya ada sesuatu nak bincang dengan awak..," kataku seraya melabuhkan punggung di hujung katil.

"Nak bincang apa?" Soalnya, mengambil tempat di atas sofa. Masih berpakaian seperti tadi. Anaqi nampak kacak. Uhuk!

"Err..," aku tidak tahu mahu bermula bagaimana. Bimbang dengan reaksi Anaqi nanti.

"I'm listening..," ujarnya. Aku menghela nafas perlahan.

"Awak tahu kan lusa kita dah mula semester baru?" Melihat Anaqi mengangguk, aku meneruskan.

"Esok Reen dengan D akan balik rumah sewa. Jadi, saya..."

"Aku izinkan..." Anaqi memotong, seperti memahami maksudku. Mataku membulat memandangnya, bagaikan tidak percaya. 

"Awak izinkan saya duduk rumah sewa?"

"Aku izinkan untuk seminggu sahaja. Lepas tu aku nak kau pindah ke sini. For good. Macam mana kau nak cakap dekat housemate kau, aku tak tahu. Itu terpulang pada kau. Deal?"

Apa? Seminggu? 

Apa yang aku nak cakap pada mereka nanti? Perlukah aku berterus terang? Marahkah mereka kerana aku menyembunyikan perkara penting begini?

Lama aku terdiam memikirkannya. "Seminggu? Kenapa cepat sangat?"

"Atau kau nak aku yang bagitahu diorang? Jadi lebih cepat kau boleh pindah sini?"

ULYA MIKAYLA ©️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें