Part 46

13.6K 535 19
                                    

Cuti sekolah dah habis, so sis back to routine jadi supir and pengurus rumahtangga. Gituuuu...

Thank you sebab sudi tunggu update dari Ulya Mikayla.

Siapalah sis tanpa sokongan dari korang🙂🙂

                              ****

Madam Zara menamatkan kelasnya sedikit lewat dari sepatutnya. Ada beberapa topik yang terpaksa di catch up memandangkan beliau beberapa kali membatalkan kelas sebelum ini.

Walaupun subjek English tidak termasuk dalam final exam, tetapi tetap dikira sebagai subjek wajib lulus untuk setiap semester kerana termasuk dalam senarai tranksrip akademik nanti.

"Okay, class dismissed. Don't forget to prepare for your drama next month. The assessment will be based on creativity, content and language used, grammar and etc. So, be prepare..," pesanan dititipkan.

"Okay, madam!" Sahut beberapa orang pelajar lelaki.

Setelah itu, kelas bersurai. Aku menyandang beg di bahu. Jam di pergelangan tangan, aku kerling.

Dah setengah jam lewat dari sepatutnya. Masa untuk lunch juga sudah di penghujung.

Sudahnya aku menapak ke koopmart untuk membeli roti.

"Beb! Apasal tak lunch?" Tegur Diana yang entah dari mana tiba-tiba muncul.

"Ish, kau ni! Terkejut aku tau?"

"Hehe. Sorry. Aku dengan Reen tunggu juga kau tadi. Tak muncul-muncul. Call tak jawab. Whatsapp tak reply..," rungut Diana.

"Kelas madam tadi lambat habis. Sorry tak jawab call kau. Busy. Korang dah makan ke?"

Kedua-duanya mengangguk serentak. Kemudian, kami bertiga menapak ke arah loker. Lepas ni nak ke surau pulak.

Sedang asyik bersembang, bahuku dilanggar menyebabkan aku hilang pertimbangan sebelum jatuh melutut.

Aku mendongak melihat gerangan yang melanggarku.

Damia.

"Jalan tu lain kali guna mata. Bukan kepala lutut!" Sergahnya.

"Eh, eh. Kau yang langgar dia, kau nak ceramah pulak?" Bidas Diana, tidak berpuas hati.

Aku bangun perlahan-lahan, menepuk sedikit kotoran di lutut dan di tapak tangan.

"Apa lagi yang awak tak puas hati, Mia?"

"Apa lagi? Banyakkkkk...," ujarnya, sarkastik.

"Say it. Biar lepas semuanya. Jangan biar dendam menguasai diri awak, Mia.."

"Huh! Walaupun aku luahkan semuanya sekalipun, takkan mampu untuk padam rasa sakit hati ni pada kau, tahu? Dasar lidah pembelit!"

Aku mengeluh perlahan.

"Saya dah minta maaf kan? Semua yang terjadi juga bukan kehendak saya..," kataku sayu.

"Bukan kehendak kau? Hahahaha! Kau buat lawak ke, Ulya?"

"Dahlah, Mia. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dengan awak. Saya dah minta maaf dan semuanya terpulang pada awak sendiri..," ucapku seraya mahu melangkah pergi.

"Hei, aku belum habis lagi dengan kau lah!"

Tanpa aba-aba, Damia menarik bahuku hingga aku terdorong sedikit ke belakang. Mujur kali ini aku berjaya mengimbangi badan.

Damia mengangkat tangannya, belum sempat tangan itu singgah di pipiku, aku pantas menahannya dengan tanganku.

Sekelip mata, aku mengunci pergerakan tangan gadis itu ke belakang. Damia kelihatan terkejut, tidak menyangka tindakanku.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now