Part 17

12.8K 528 9
                                    

Aku sedang menyimpan buku di dalam loker apabila Qaireen dan Diana terkocoh-kocoh mendapatkan aku. Jam ketika ini sudah menunjukkan lima petang. Sudah tiba masa untuk pulang ke rumah.

"Weh, Kayla. Jom cepat!" Gesa Qaireen. Keningku berkerut.

"Korang ni kenapa?"

"Iman!" 

"Iman? Kenapa dengan dia?" Soalku, hairan.

"Iman bertumbuk dengan Anaqi dekat parking lot!"

Mendengarkan itu aku terkedu sebelum membuka langkah, berlari menuju ke arah tempat letak kereta. Kelihatan ramai pelajar mengerumuni sesuatu. Aku cuba mencelah hingga ke depan. Iman terbaring di atas jalan, manakalah Anaqi di atasnya.

Tanpa berlengah lagi, aku meluru ke arah Anaqi. "Stop it, Anaqi! Iman!"

Tubuh Anaqi aku tolak ke tepi. Muka Iman sudah berdarah. Begitu juga dengan Anaqi. Sebaik sahaja melihat aku, Anaqi bangun dari menindih Iman. Aku segera mendapatkan Iman. Membantunya bangun.

"Apa yang korang buat ni ha???" Tempikku.

"Biar saya ajar jantan tak guna ni, Ulya!" Jawab, Iman. Tangannya mengesat darah yang mengalir di hujung bibirnya yang mula bengkak.

"Dari dulu kau memang nak jadi hero dia kan, Iman?" Sindir Anaqi. Bibirnya juga berdarah.

"Sekurang-kurangnya aku tak main-mainkan perasaan dia lah!" Iman membalas. Aku tergamam. Mereka bergaduh sebab aku ke?

"Kau!" Anaqi mahu meluru ke arah Iman. Aku segera berdiri di hadapan Iman, menghadap Anaqi. Tanganku yang menggigil kuat, aku genggam.

"I said stop it!" Jeritku lagi. Anaqi berhenti. Tidak jadi meneruskan niatnya.

"Iman, I've told you to stay away! Jangan susahkan diri awak untuk masalah saya!" Aku bersuara, memandang Iman. Lelaki itu mengeluh sebelum menunduk. Kemudian aku berpaling kembali, kini menghadap Anaqi semula.

Mata Anaqi tajam memandang ke arahku yang berdiri betul-betul di hadapan Iman. 

"Dan awak? Apa lagi yang awak tak puas hati? Apa lagi yang awak nak? Tak puas lagi ke awak permainkan perasaan saya? Awak nak malukan saya depan semua orang pulak? Tahniah, Anaqi. Awak dah berjaya!"

Anaqi tidak membalas apa-apa. Hanya matanya sahaja yang menikam mataku. 

"Jom, Iman..," ujarku seraya menarik Iman pergi dari situ. Iman mencapai beg sandangnya lalu mengikut rentak kakiku.

Qaireen dan Diana yang sedari tadi hanya diam, turut sama membontotiku. Pelajar lain juga mula bersurai. Tiba di kereta milik Iman, aku berhenti. Qaireen dan Diana meneruskan langkah mereka ke kereta masing-masing, memberi aku dan Iman ruang untuk berbicara.

Aku berdiri, merenung wajah Iman yang luka di sana sini. "Apa yang awak cuba buat ni, Iman?" Soalku perlahan.

"Kenapa awak rahsiakan apa yang dia dah buat pada awak, Ulya? Awak janji awak akan bagitahu saya kalau dia sakitkan hati awak?"

Aku mengeluh. "Sebab saya tak nak jadi macam ni lah, sebab tu saya tak bagitahu awak apa-apa, Iman."

"Ulya, you know I care for you, right? Saya tak boleh tengok dia buat awak macam tu! I just can't hold myself!"

"Baliklah, Iman. Bagi saya ruang untuk hadam semua ni.."

"Ulya.."

"Kalau betul awak ambil berat pasal saya, just stay away. Please..," pintaku sebelum berlalu pergi. 

                                 ****

Tubuh aku penat. Fizikal, mental dan spiritual aku juga penat. Aku penat dengan semua drama yang terjadi. Lebih penat, hati ini.

ULYA MIKAYLA ©️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें