Special Chapter 1

13.5K 425 25
                                    

Kehidupanku sebagai pelajar di universiti sedikit sebanyak membataskan masa aku bersama Anaqi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kehidupanku sebagai pelajar di universiti sedikit sebanyak membataskan masa aku bersama Anaqi. Lelaki itu pula sibuk dengan kerjayanya. Membantu papa menguruskan pejabat. Kami hanya akan bertemu di rumah pada waktu pagi dan sebelah malam. Adakalanya juga, Anaqi terpaksa pulang lewat. Hanya disambut dengan tubuh aku yang sedang dibuai lena.

Aku menapak menuju ke arah parking lot bersama Sufiah, sahabat baru aku di universiti. Diana dan Qaireen masing-masing mengikut haluan yang berbeza. Diana, seperti aku menyambung pelajaran di ipt lain manakala Qaireen memilih untuk terus memasuki alam pekerjaan. Namun, kami bertiga masih kekal berhubung melalui whatsapp. Sesekali ada juga bertemu enam mata.

Nada dering telefonku berbunyi. Kalut aku menyelongkar handbag yang penuh dengan bermacam benda. Maklum sahajalah perempuan.

Melihatkan nama yang tertera di skrin, mengundang senyuman lebar di bibirku. Pantas butang hijau aku slide ke tepi.

"Assalamualaikum.." sapaku manja.

"Waalaikumussalam. Sayang abang buat apa tu?" Soal Anaqi ceria.

"Sayang nak keluar lunch dengan Sufi. Abang kat office ke?"

"Nope. Turn around, baby.." katanya.

Dengan dahi berkerut, aku memusingkan tubuh. Saat kornea mata menyapa sebatang tubuh yang segak dalam kemeja putih, berseluar slack hitam dan berkaca mata tersenyum kacak, mata hitamku membesar. Bercahaya.

Sufiah yang berada di sebelahku juga turut memandang ke arah yang sama.

"Abang!" Hampir-hampir aku berlari mendapatkan Anaqi.

Lelaki itu ketawa melihat tingkah laku isterinya ini. Sufiah juga tergeleng-geleng.

"Hai, sayang.."

Tangan Anaqi aku capai lalu aku kucup. Lengan sasanya aku peluk manja. Melentokkan kepala di bahunya.

"I guess I'll having my lunch alone.." ujar Sufiah bagaikan merajuk.

Anaqi ketawa kecil. "Sorry, Sufi. Aku culik bestfriend kau sekejap ya?"

"Yelah. Jangan lupa hantar dia semula nanti. Petang ni dia ada kelas lagi.."

"Baiklah, makcik. Kejap lagi aku balik ke pangkuan kau semula, ya? Dah lama tak lunch date dengan putera raja ni. Busy je memanjang.." aku mencelah. Spontan, jari Anaqi mencuit pucuk hidungku.

"Apa-apalah, lovebirds. Janji jangan ponteng kelas, sudah"

"Ai, ai captain!" Balasku seraya memberikan tabik hormat.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now