01

1.3K 143 60
                                    

"You may kiss your bride."

Dengan senyuman nipis, Choi Haerin merapatkan kepalanya ke hadapan. Jimin pula teragak-agak melabuhkan bibirnya pada bibir gadis itu.

Belakang kepala Haerin dipegang kejap sebelum sebuah ciuman dihadiahkan di hujung bibir gadis itu.

Sesaat.

Seisi dewan bersorak gembira. Tepukan gemuruh tidak henti-henti bergema di dalam dewan yang dipenuhi puluhan menteri daripada syarikat-syarikat ternama. Tidak dilupakan juga, ahli keluarga lelaki itu turut serta sekali.

Park Jimin.

Siapa yang tidak mengenalinya?

Usahawan muda yang dikenali dari J'mean Holdings itu sememangnya disanjungi oleh seantero dunia.

Ada yang menganggapnya sebagai idola, ada juga yang mengagumi kekayaannya sebagai usahawan termuda pada ketika ini.

Tapi bagi para gadis pula, lelaki itu dianggap sebagai boyfriend idaman.

Atas faktor duit yang berlambak, badan yang menarik dan memenuhi material sebagai seorang teman lelaki.

Full package.

Wajahnya juga sering terpapar pada dada akhbar dan juga majalah dunia, Bangtanoes' Today sebagai model pilihan utama pada setiap hujung minggu.

Lekuk wajahnya yang menawan, bibir menggoda yang terletak elok serta sepasang mata yang mengancam setiap insan yang memandangnya.

He's arrogant yet attractive.

Bahkan, ada juga para lelaki yang obses akan kesempurnaan dirinya sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik.

Tapi siapa yang mampu mengubah nasib selain Tuhan? Mereka dikecam teruk oleh para netizen atas sebab menciplak wajah usahawan muda itu.

Akibat kecaman teruk tersebut, ada di antara mereka yang terbaring lemah merenung nasib sendiri.

"BRO, DATANG LA SINI!" Laung Jungkook dari bawah.

Jimin memandang ke arah Jungkook, seterusnya ke Halmeoni dan sepupu rapatnya, Jaena. Dia tersenyum nipis.

Langkah kaki diaturkan menuruni tangga. Haerin yang baru perasan akan kelibat Jimin menjauhinya terus berlari anak sebelum tangannya melilit lengan kiri lelaki itu.

Jimin membiarkan sahaja malah berjalan terus merapati ahli keluarganya di meja bulat VVIP itu.

"Hai." Sapa Jaena ramah. Wajah isteri sepupunya itu dipandang bersama senyuman yang menghiasi wajah.

Haerin tersenyum nipis bagi membalas sapaan Jaena. Awkward.

"Amboi, berseri-seri ya raja sehari kita hari ni. Segak betul, sepadan benar dengan isteri kamu ni." Halmeoni memuji Jimin membuatkan lelaki itu menunduk sedikit. Malu.

"Apa lah Halmeoni ni." Jimin sembunyi senyum apabila beberapa pasang mata mula memandangnya.

"Kamu pun, Haerin. Cepat-cepat lah dapat isi. Mengandung muda-muda ni seronok, tahu?" Halmeoni mengusik Haerin pula. Haerin mengangguk sambil meramas jari-jemarinya.

"Betul tu, Jim. Kau buat je anak banyak-banyak, boleh lah aku jaga. Aku ni tunggu turn je, bila orang sana 'on', aku pun 'on' la jugak." Sampuk Jaena sambil mengerling Jungkook.

"Ehem." Jungkook berdehem kecil.

Sejak tadi menjadi pemerhati, biarlah dia berbicara pula. Masing-masing mula memandang ke arahnya.

"Kau berbual lah dulu dengan diorang, aku nak pergi jumpa Mr. Watashi." Jimin berbisik perlahan. Lengannya yang dipaut oleh Haerin ditolak ke bawah.

Haerin menggeleng laju. Ini baru kali pertama bersua muka dengan ahli keluarga belah suaminya, mestilah masih ada rasa janggal untuk turut serta.

"Eh, apa panggil aku-kau lagi ni. Dah kahwin kan, panggil lah gelaran manja sikit ke apa." Tegur Halmeoni. Wajah tidak bersalah cucunya itu dijeling tajam.

"Tak sweet langsung kau ni, bro." Sambung Jungkook pula.

"Betul tu, Kook. Kau patut contohi kitorang ni, weh. Baru la kasih sayang tu makin bertambah. Bini kau pun makin aum aum dengan kau." Giliran Jaena pula untuk menambah.

Jimin yang panas mula mencelah, "Kau tahu apa? Aku nak bersweet-sweet pun mesti lah dalam bilik. Kang jadi benda lain tak pasal-pasal pula kau yang menggatal ni makin menjadi-jadi gatalnya."

Haerin yang mendengar ayat lelaki itu mula tersengih simpul. Ada ke patut cakap macam tu?

"Tak payah berkawan sangat dengan perempuan mereng ni. Aku takut dia ajar kau benda mengarut, susah la aku nanti." Ayat tersebut dilontarkan kepada isterinya pula. Jaena mencebik.

Setelah itu, Jimin berjalan perlahan menuju ke arah sekumpulan lelaki-lelaki berumur di tengah-tengah dewan.

Melihatkan Jimin yang beransur pergi, terus Jaena menarik kerusi kosong di sebelahnya bagi mempelawa Haerin duduk.

"Eh, cerita lah macam mana kau boleh jumpa dengan Jimin tu. Hari tu kita jumpa, aku tak sempat nak tanya." Bicara Jaena bersungguh-sungguh.

Gaun putih labuh dibetulkan sebelum Haerin melabuhkan punggung dengan sopan. Jatuh nanti, buat malu je.

Dia berkerut kening, "Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"

Jaena ketawa perlahan dan mengangguk laju. Mestilah!

"Kita pernah jumpa hampir lapan bulan lepas, tak kan kau dah tak ingat?" Soal Jaena lagi.

Halmeoni yang mula berdiri dan menuju ke arah rakan-rakan seusianya dipandang sekilas sebelum pandangan Jaena beralih kepada Jungkook. Sejak tadi, asyik berkepit dengan phone je coconut ni.

"Ah, saya lupa kut. Mungkin?" Balas Haerin janggal.

Gila. Gadis yang disebut oleh Jaena lapan bulan lepas bukan dirinya. Tapi mendiang kakak kembarnya, Choi Hyerin.

"Tu la, busy sangat fikirkan majlis perkahwinan ni, sampai terus tak ingat aku."

"Hahah, maaf lah. Lately ni saya sibuk sikit, maybe sebab tu lah saya tercicir banyak benda. Kena rewind balik ingatan ni." Haerin berpura-pura menggeleng perlahan. Kepalanya turut diketuk-ketuk.

"Kook, awak tak nak cakap apa-apa ke?" Jaena memandang Jungkook.

Jungkook mengangkat bahu membuatkan gadis itu berdecit perlahan.

"Saya nak pergi tandas kejap. Korang duduk la dulu eh." Melihatkan Jungkook yang agak tidak selesa, Haerin mula mengundur diri.

Haerin tahu, Jungkook kenal dia. Dan Haerin juga tahu, Jungkook terlibat sama dalam perancangan Jimin tentang perkahwinan ini.

"Awak ni workaholic sangat lah, Kook. Cuba lah spent time dengan saya masa awak free ni. Nanti dah masuk balai, terus awak lupakan saya. Penat lah saya macam ni." Jaena mula sebek.

Phone dimatikan sebelum Jungkook memandang Jaena dan tersenyum manis.

"Sayang, awak kena lah faham. Saya kerja penat-penat ni untuk masa depan kita, tahu? Kita kena la buat persiapan awal-awal, betul tak?" Jungkook memujuk lembut.

"Lately ni, awak selalu ignore saya. Sibuk sangat dengan kerja awak tu------"

"------Sayaaang."

"Macam ni lah, Kook. Awak kahwin je dengan kerja awak tu. Awak makan dengan dia, mandi dengan dia, buat anak dengan dia, jaga anak pun dengan dia. Tak payah risaukan saya lagi."

Ujar Jaena sebelum berdiri dan berjalan pergi. Meninggalkan Jungkook yang masih terpinga-pinga seorang diri.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now