36

463 80 70
                                    

thankyouu for 3.06k reads and 1.08k votes!
nah hadiah untuk korang huehue.
//wink//

p/s; lepas baca chap ni jangan kecam au ')

__________________________

Suasana di dapur ketika ini agak kalut dengan ibu-ibu dara yang sibuk menyediakan hidangan makan malam. Haerin di bahagian meja makan, Jaena sedang membasuh pinggan, Halmeoni pula khusyuk membancuh air.

Tidak dilupakan, Alessia juga turut membantu sekali. Tapi tugasnya hanya mengelap dapur yang digunakan untuk memasak tadi.

"Ada apa-apa lagi ke, Halmeoni? Kalau tak Rin nak panggil Jimin turun makan ni." Soal Haerin selepas siap menyusun semua pinggan lauk ke atas meja.

Setelah mendapat gelengan daripada Halmeoni, terus gadis itu membuka langkah ingin keluar daripada dapur.

"Rin, panggil Kook sekali tau! Diorang tengah berbual dekat koridor tingkat atas rasanya." Laung Jaena dari ruangan dapur basah.

Anggukan faham diberikan dan langkahnya yang tergendala disambung. Namun, tiba-tiba Alessia menyampuk membuatkan langkah Haerin sekali lagi terhenti.

"Err Rin duduk sini dulu lah, biar Alessia yang panggilkan diorang eo?" Tanya Alessia dengan suara lembut dan gaya yang penuh sopan. Kain mengelap yang digunakan tadi diletakkan ke atas kabinet dapur kemudian dia berjalan melintasi Haerin.

Halmeoni dan Jaena bertentangan mata buat sesaat sebelum pandangan dihalakan ke arah dua orang gadis di luar dapur itu.

Tercengang Haerin dibuatnya. "Eh tak payah kot. Rin mampu lagi nak naik tangga ke tingkat atas, jadi biar Rin sendiri je yang panggilkan Jimin dan Jungkook ya?"

Pili air ditutup seraya Jaena tersengih mendengar balasan Haerin. Bagus, memang ini yang dia mahukan! Seorang yang kuat dan reti melawan.

Halmeoni segera mempercepatkan kadar kacauan milo sejuk di dalam jag dan menapak ke arah meja makan berdekatan dengan Alessia dan Haerin. Kedua-duanya berpaling memandang Halmeoni.

"Kenapa kamu pula yang sibuk nak uruskan diorang? Diorang dah ada isteri, biar isteri diorang je lah yang panggil turun makan. Lap dapur pun tak siap lagi, sibuk nak panggil suami orang turun makan." Bebel Halmeoni dengan kening yang berkerut-kerut memandang Alessia.

Alessia senyum kelat dan berjalan masuk semula ke bahagian dapur basah. Saat dia berjalan dengan hati yang menyumpah-seranah Halmeoni, sengaja Jaena melanggar bahunya.

"Ops, maaf tak sengaja. Mesti pening sebab lama sangat hidu Sunlight ni. Maklumlah, cuci kuali banyak sangat kan tadi." Tambah Jaena.

Alessia diam dan hanya mempamerkan riak okay kepada Jaena. Kain mengelap dicapai dan kerjanya mengelap dapur tadi diteruskan.

Entahlah. Sejak kehadirannya dua hari lepas, hanya Jimin dan Jungkook yang melayannya seperti biasa. Halmeoni pula layan acuh tak acuh sahaja. Harapkan dua lagi perempuan tu, nak tegur pun susah.

Itupun tiap kali dia nak menyapa Jimin dan Jungkook, mesti akan ada Jaena dan Haerin yang datang menyemak. Sibuk betul, lagi-lagi si Jaena tu.

"Sayang aku ni masak apa hm?" Suara Jimin yang kedengaran seperti berbual rancak dengan Haerin di atas menarik perhatiannya untuk memandang.

Amboi, siap bergelak ketawa lagi. Bahagia betul.

Kain yang sudah kering dibasahkan dan dijemur pada palang besi di tingkap dapur. Kemudian, Alessia menghampiri meja makan yang sudah dipenuhi dengan ahli keluarganya itu.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now