06

588 100 10
                                    

July 2011

"OMGEEE, WEI AKU BERJAYA!" Jerit Hyerin sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan.

Haerin yang baru keluar dari dapur berlari anak ke ruang tamu. Nafasnya mengah, menanti si kakak memberi jawapan.

"Kau ingat tak hari tu aku ada cakap yang aku suka dekat sorang sunbae ni. Ingat tak?"

Haerin berkerut kening. "Sunbae? Bila masa kau cerita?"

"Alah hari tu la! Sunbae sekolah kita yang hot nak mampus tu. Yang kau dare aku suruh confess dekat dia tu. Ingatlah wei!" Paksa Hyerin. Badan adiknya digoncang-goncang.

"Ah, ingat-ingat. Siapa nama dia? Hari tu kau tak sebut pun nama dia. Aku ingatkan budak sekolah sebelah. Ha kenapa dengan dia?"

"What do you expect? Accept or reject?" Hyerin mengangkat-angkat kening memandang adik kembarnya. Dia tersengih nakal.

"Reject kot?"

"WEI APA NI! DIA TERIMA LA AAAAAAA OMG CRUSH AKU NOTICE AKU WEI HA KAU ADO KAU ADO?" Jeritnya bangga.

"OMAN SIYES AH WEI! OMG TAHNIAH AT LEAST ADA LA JUGAK YANG NAK DEKAT KAKAK KEMBAR TERLAJAK 3 MINIT AKU NI!"

Tubuh Hyerin dipeluk-peluk erat. Wah.

"Eii dah dah. Kau pun kena la try confess macam aku ni. Daripada kau duk luah dalam diari, bukannya dia boleh baca apa isi hati kau. Nanti aku ajar kau, okay?"

Haerin tersengih bahagia. Yes, dia pun nak rasa bahagia macam tu!

"Orait orait, tapi wei AAAAAAAAAA MY SISTHOR! KAU TAK CAKAP LAGI SIAPA SUNBAE TU CEPAT LA KASI TAU NAMA DIA AKU SAITED NI!"

Lengan Hyerin ditarik-tarik. Hyerin tersenyum malu.

"Kau cakap dulu siapa lelaki yang kau suka. Then aku janji, aku cerita dekat kau siapa sunbae tu." Pujuk Hyerin.

Haerin pantas menggeleng, "ISH, TAK NAK AH! KAU CAKAP JE DULU SIAPA DIA AKU SAITED NI!"

"HAHAHAHAHA OKAY OKAY. AKU CAKAP EH."

Hyerin mengambil nafas dalam. Sempat lagi dia wink kepada adik kembarnya itu.

"... He is Park Jimin."

.
.
.
.
.
.
.

"Kenapa ada kedut lagi ni? Cuba kau tengok betul-betul, nampak tak garisan dekat bawah lengan ni? Tak kira, pergi gosok balik."

"Ha gosok cepat, aku tunggu sini."

"Bahagian depan tu kau kena pusing sikit. Baru haba dia dapat mengalir dengan baik. Pusing lagi pusing lagi, okay cukup."

"Ish, kau ni dah lah tak perfect. Buat kerja pun memang tak boleh nak perfect jugak ke?"

Iron dihempas kuat ke atas palang lebar itu. Mata Haerin mencerlung tajam menikam wajah suaminya.

Jimin berpeluk tubuh. Keningnya diangkat tinggi.

"Awak perfect sangat, kan? Okay buat sendiri." Arah Haerin dalam senafas. Baru sahaja dia ingin berlalu pergi, Jimin membidas laju.

"Ha eloklah tu. Tegur sikit, koyak. Kekalkan perangai buruk tu sampai bila-bila."

Haerin berpusing dan berjalan semula mendekati iron. Iron diangkat tinggi sebelum dia menggosok laju.

"Kalau rosak iron aku tu, kau nak ganti ke? Ada duit? Berapa? Dua puluh sen? Tak payah nak perasan sangat. Dah miskin tu buat cara miskin jelah." Tambahnya sinis.

Haerin mengemam bibir. Nafas diatur perlahan.

Selama tujuh tahun lepas, sifat lelaki ini yang terlalu slay ketika di sekolah menengah benar-benar menggetarkan naluri perempuannya. Tapi sekarang, dia terlalu menyakitkan hati.

"Jangan mengelamun, boleh tak? Hangus baju aku nanti kau nak bayar ke? Tak, kan? Nikmat mata tu guna elok-elok. Aku cekik baru tahu."

Marah Jimin sambil mengambil hanger lantas digosok-gosok pada permukaan tangan. Geram.

"Kau ni kan, kecik besar kecik besar je aku tengok. Kenapa selalu sangat menyusahkan orang, hah? Kau nak tahu tak, sebab kau Hyerin mati. Kau tu pembunuh. Pembunuh." Tambah Jimin lagi.

Jimin tersenyum herot. Suka betul dia tengok wajah Haerin yang memerah menahan diri daripada menangis itu.

Jimin merapatkan lagi bibirnya pada telinga gadis itu.

"Aku rasa kau pun tahu yang tempat pembunuh ni jauh dalam neraka. Neraka. Kau tak takut? Atau kau memang dilahirkan untuk tinggal di neraka? Huh?"

Rahang diketap rapat. Tanpa menunggu apa lagi, Haerin berpusing ke belakang. Wajah suaminya yang tersenyum sinis dipandang bersama mata yang kian berair.

"Saya tahu perkahwinan ni langsung tak memberi makna kepada awak. Tapi tolong, tolonglah. Hormat saya sebagai isteri awak."

"A-apa? Hormat kau? Pembunuh macam kau ni langsung tak layak untuk dihormati, apatah lagi untuk hidup di atas muka Bumi ni."

"JIMIN, SUDAHLAH TU!" Tengking Haerin kuat.

"Kau yang mulakan segalanya, Choi Haerin. Kalau kau tak wujud, dah lama aku hidup bahagia dengan Hyerin."

"Dah tu pergi lah. Pergi hidup dengan dia dalam kubur dekat sana. PERGI!" Jerkahnya lagi.

"This marriage means nothing."

Haerin mengelap air mata kasar. Dada semakin berombak kencang. Pengepal digenggam erat.

"It should be Park Hyerin, not you Park Haerin. What a shameless." Ujar Jimin sebelum berlalu pergi dari situ.

Hanger di tangan dilempar ke penjuru dinding. Patah. Pintu dihempas kuat dari luar.

Haerin melorot jatuh ke bawah. Badan disandarkan pada wardrobe kemudian lutut ditarik merapat ke dada. Wajah disembamkan pada lutut dan dia kembali menghamburkan tangisan di situ. Sekuat-kuatnya.

This marriage means nothing.

This marriage means nothing.

This marriage means nothing.

Yet it means everything for her.

Seperti manusia biasa. Juga seperti kau, kau yang sedang membaca. Dia pun ingin rasa bahagia.

Kalau dulu, dia pernah mengalah dengan Hyerin. Kerana gadis itu pernah menjadi kebahagiaannya, dia rela melepaskan lelaki yang dicintai ke dalam taklukan Hyerin.

Dan kerana itu, hati Jimin dimiliki oleh Hyerin. Bukan dirinya.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now