16

478 88 17
                                    

"Terima kasih."

Selesai membuat bayaran, Haerin melangkah keluar daripada Uber yang ditempah.

Tucked-in hoodie bersama jeans hitam yang tersarung pada badan dibetulkan. Rambut dirapikan sebelum dia menghampiri pintu utama sebuah grand mall yang terkenal di Seoul.

Usai melangkah masuk, deretan mesin atm yang terletak di tengah-tengah ruangan dituju.

Sementara menunggu giliran, fon yang disimpan di dalam sling bag dicapai. Chat antara dirinya dan Jimin dibuka.

Yesterday

Awak balik malam ni, kan?
(っ´▽')っ √√
Read, 15.52

Malam ni makan kat rumah, okey?
Saya masak :') √√
Read, 19.07

Awak, lambat lagi ke nak sampai?
(。ŏ_ŏ) √√
Read, 23.59

Today

Awak, saya keluar ni.
Boleh kan? √√
09.56

Online, tapi langsung tak baca.

Ehem!

Deheman daripada orang yang beratur di belakang mematikan lamunannya pada skrin fon. Segera dia melangkah ke hadapan dan menekan-menekan punat pada mesin.

Selesai mengeluarkan duit, baki di dalam akaun simpanannya direnung lama.

God.

3110 WON.

Keluhan berat dilepaskan. Baki yang ada hanya cukup-cukup untuk dia membeli dua bungkus nasi dan juga setin air.

Duit yang dikeluarkan tadi disimpan di dalam purse kemudian dimasukkan ke dalam sling bag. Punat lain ditekan pula sebelum dia mengundur ke sebelah kiri, memberi ruangan kepada orang belakang.

Dia mundar-mandir di ruangan pusat beli-belah yang serba mewah dan besar. Rasa jakun apabila memikirkan dia hanya pernah datang tiga kali ke sini, itu pun ketika masih di zaman highschool.

Paling banyak, kakak kembarnya. Kerap sangat curi-curi ponteng kelas tambahan semata-mata untuk keluar dating dengan Jimin dulu.

Dulu.

Sampai di tepi escalator, dia naik pula escalator menuju ke tingkat atas.

Deretan kedai-kedai kecil dan juga sederhana besar dipandang satu persatu. Kakinya melangkah tanpa ada hala tuju.

Akhirnya, sampai juga.

Berhadapan dengannya sekarang ini merupakan butik yang menjual pelbagai jenis luggage berjenama yang sering digunakan suaminya.

Dia masuk ke dalam. Dari satu sudut, dia melangkah ke sudut yang lain pula. Tidak berpuas hati, dia berjalan ke sebelah sana pula.

Dan, yeah!

"Saya nak yang ni." Ucapnya kepada seorang gadis bertag Nayeon. Gadis itu mengangguk seraya tersengih  mempamerkan gigi arnabnya.

"Alright, nanti awak ambil kat kaunter." Balas Nayeon sebelum beransur pergi.

Haerin meninjau lagi beberapa jenis luggage yang tersusun di sepanjang butik mewah itu. Kesemuanya mewah-mewah, sampai dia pun acap kali meneguk air liur memandang harga yang ditawarkan walaupun selepas promosi.

Mahal-mahal belaka.

"Cash or--"

"Cash." Balasnya sambil tersenyum-senyum. Dalam hati, tidak habis dia berdoa supaya suaminya akan segera memaafkan dirinya.

"1,821,999 WON." [RM 6399.80]

Tanpa menunggu lagi, dia terus menggulurkan duit yang dikeluarkan tadi kepada cashier di hadapan. Cashier lelaki itu berkerut kening.

"Cik, tak cukup ni." Bicaranya perlahan.

Haerin diam. Terus mukanya membahang panas. Malu.

Ah sudah, mana dia nak cekau duit ni? Duit yang ada dalam purse ni pun agak-agak je untuk sewa Uber nanti.

"Err--"

"What's wrong, bro?" Sampuk Nayeon tiba-tiba. Gadis itu cuba mengintai resit pada skrin komputer, namun dia sendiri tak faham.

"Adik ni, dia beli luggage tapi tak cukup duit. Nak buat macam mana ni weh? Kod resit semua aku dah save dalam komputer, mana boleh delete dah." Kalut cashier itu berkata.

"Banyak ke tak cukup?"

"Dalam 30,000 WON."

Nayeon memandang Haerin yang menunduk ke bawah, "Tak apalah. Awak bayar guna duit yang awak ada dulu, selebihnya biar saya bayar."

"Tapi kita mana boleh buat macam tu. Kalau tertangkap, macam mana? Kau dah lupa polisi syarikat ni?" Cashier tadi mencelah.

Nayeon terus memukul kepala lelaki tinggi lampai tersebut, "Takkan tertangkap selagi kau atau aku tak buka mulut."

Lelaki itu mengangguk tak berpuas hati. Kerjanya untuk membungkus luggage tadi diteruskam seperti biasa.

"Takpe ke?" Soal Haerin serba-salah.

Nayeon ketawa, "Tak apalah."

"Give me your number, senang saya nak bayar nanti." Tambah Haerin sambil mengeluarkan fonnya dari dalam beg.

"Sebab tu orang kata, kalau tak ada duit, tak payah masuk kedai berjenama. Masuk kedai bundle sudah lah." Perli lelaki tadi dengan muka yang tidak bersalah.

Nayeon menjeling tajam, "Jangan nak membebel, buat kerja."

Sekali lagi, merah padam mukanya menahan malu. Di tempat umum, dia diperkatakan sebegitu.

Haerin memekakkan telinganya terhadap apa yang diutarakan oleh lelaki berkulit cerah tersebut. Biarlah dia.

_____________________

dekat chapter lepas,
ramai yang comment.

ada yang emo, ada yang meroyan.
kira ramai jugak la ni benci Jimin
HAHAHAHAHAAHAHA

ada jugak aku jumpa comment yang gila-gila sampai tersengih-sengih aku baca HAHAHAHAHAHAAA THANKYOUU KORANG 💜

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now