25

503 88 24
                                    

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Kalau jatuh nanti siapa yang nak tolong awak? Tak payah mengada sangat nak bangun sendiri. Kaki awak tu sembuh pun belum, ada hati nak terjun katil." Bebel Haerin geram.

Ada ke patut si Jimin tu lompat-lompat masa nak turun katil? Dia ingat dia tu apa? Spiderman?

"Dah tu siapa suruh kau pergi tandas? Boring la duduk lama-lama dekat sini. Bila doktor nak bagi balik? At least aku boleh manja-manja dengan kau macam dulu-dulu."

Jimin menyoal tidak puas hati. Hujung selimut putih dimain-mainkan.

"Nantilah saya discuss dengan doktor. Awak tu, tolong minum banyak lagi air kosong. Saya yang dengar suara awak pun jadi takut, tahu tak?"

Jimin menjeling manja, "Sejak bila kau pandai membebel ni, sayang? Dulu tak macam ni pun. Kalau boleh, semua yang aku buat kau sokong tanpa ada bantahan."

Haerin diam tidak membalas. Yang dulu tu, bukan dia.

Bukan dia.

"Mana doktor? Semalam kata nak datang, tak datang-datang pun. Cepatlah, aku nak balik ni. Lambat betul." Jimin mengusutkan rambut.

Betis kanannya yang terasa kebas akibat terjunan spontan tadi diurut-urut.

Klerk!

Ah, doktor udah tiba.

Belum sempat Doktor Jung ingin memulakan ayatnya, Jimin terlebih dahulu memotong.

"Doktor, saya nak balik."

Doktor Jung tersenyum nipis lantas memeriksa buku laporan yang dikepit di bawah lengan. Selesai membuat sedikit catatan, dia berpaling menghadap kedua-dua manusia di hadapannya ini.

"Pergilah balik. Tapi bukan sekarang la, tunggu esok esok. Hihihi."

Jimin memandangnya atas bawah. Kang tak pasal-pasal ada hospital kena saman nanti baru tahu.

"Kau tak payah nak acah sangat la, Seok. Pergi mati sila." Jimin berkata sambil menggulingkan biji matanya ke atas.

Doktor Jung atau dikenali dengan nama 'Doktor Sunshine' oleh para doktor praktikal itu berkerut kening.

"Bukan kau amnesia ke?"

Jimin senyum sinis, "Hilang ingatan je, bukannya nyanyuk. Aku ingat je lagi kau, budak botak yang selalu curi selipar aku dekat taman permainan dulu."

Hoseok membuat muka, "Alah biasa ar zaman budak-budak noob lagi masa tu. Kau pun apa kurangnya, naik buaian dengan hingus meleleh dekat hidung. Lepas tu pakai seluar mesti londeh, tunggu nak tercabut je."

Haerin yang hanya membatu sedari tadi menahan tawa. Otaknya cuba membayangkan keadaan suaminya yang cukup memalukan ketika itu.

"Saya keluar dulu lah, nak pergi kafeteria dekat bawah. Ada nak kirim apa-apa ke?" Pamit Haerin sambil memandang suaminya. Tak betah berdiri di situ lama-lama, bukannya dia kenal rapat sangat pun Doktor Jung tu.

"Ala, sayang. Em tak nak apa-apa pun. Ni ada duit tak?" Soal Jimin.

Tangannya berura-ura mencapai wallet yang disimpan di bawah bantal. Kemudian, beberapa keping not diberikan kepada gadis itu.

Haerin tergamam.

"Kenapa, tak cukup ke? Nah ambil lagi." Beberapa keping not dihulurkan lagi kepadanya.

Pantas Haerin menggeleng, "B-bukan, banyak sangat ni."

Sesekali, raut wajah Doktor Jung yang sedang menulis laporan itu dipandang. Ralit benor.

"Takpe lah, yang lebih tu simpan." Jimin membalas bernama sengihan kecil di bibir.

Aduh. Dia nak pergi kafeteria dekat blok sebelah je kot, bukannya nak melantak dekat Seoul Garden.

Lambat-lambat, dia menapak keluar daripada bilik wad suaminya. Kelibat gadis itu diperhati oleh dua ketul jejaka tampan ini.

Buku laporan ditutup oleh Hoseok.

"Ops, tak sangka eh dah kahwin kau ni. Masa kecik-kecik dulu kemain nak tunggu Lee Senah, siap cabut kelopak bunga lagi main game 'Jodoh atau Bodoh' ha kau."

Hoseok ketawa berdekah-dekah mengingatkan musuh kecilnya pada zaman kanak-kanak yang kumain siap berjanji setia apa la. Sekarang ni, entah hidup ke dah mati si Senah tu.

"Dah ah, makin sakit kepala aku dengar kau flashback benda-benda mengarut semua ni." Jimin bersuara pasrah.

"Nak balik ke tak ni?" Soal Hoseok seraya menaikkan kening.

Bulu laporan tadi diletakkan ke atas meja beroda. Tangan pula diseluk ke dalam poket kot putihnya. Setelah itu, dia berjalan mendekati Jimin yang sedang menguap.

"Kalau kau tanya orang gila sekalipun, sah sah dia hayun buah kelapa atas hidung kau. Rumahku syurgaku kot, gila ah tak nak balik." Balas Jimin jengkel.

Hoseok membuat selamba. Selimut yang menutupi betis Jimin diselak ke atas dan dibelek-belek.

"By the way, what's her name? Dia nampak familiar ah. Tapi aku tak ingat pernah jumpa dekat mana." Hoseok membuat muka serius.

"My girlfriend and currently became my wife, she's Park Hyerin." Balasnya sambil tersenyum manis.

Hoseok berkerut kening. Aik?

__________________________

hello hellooo
ado pt3 candidates tak dekat siniii

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now