11

508 92 14
                                    

"Kook, saya tak nak warna ni. Ambil warna putih lah. Baru sesuai dengan tema wedding kita. Eh eh?" Pinta Jaena. Lengan Jungkook ditarik-tarik.

Jungkook tersengih, "Iya iya. Habis tu nak pilih design mana lagi? Dah dua jam kita duduk sini, tapi langsung satu pun tak terpilih lagi."

"Yang ni okay kan, Kook? Atau yang sebelah kiri ni? Awak rasa yang mana lagi cantik?" Soal Jaena sambil mengangkat kedua-dua jenis gaun pengantin kepada Jungkook.

"For me, this one for sure."

"Alah tapi saya tak berkenan yang ni. Ambil kiri lah. Yang kiri ni cantik sangat, saya rasa nak pengsan je um."

Berkerut-kerut Jaena memikirkan soal design wedding dress yang akan dipakai pada minggu hadapan.

"Dah tu ambil je lah sebelah kiri."

"Tapi yang kanan ni pun nampak okay jugak. Kalau ambil dua-dua tak boleh ke? Awak pakai satu, saya pakai satu. Hehe."

"Ah tak payah nak mengada. Kan tak pepasal orang tertukar pengantin lelaki dengan pengantin perempuan." Geleng Jungkook.

"Kalau macam tu saya ambil design dekat hujung sana la. Nampak menarik, harga pun macam wow je." Lengan Jungkook diheret ke ruangan sebelah yang mempamerkan gaun lebih mewah dan eksklusif.

Jungkook meletakkan hujung jari telunjuknya ke dagu dan mengusap perlahan persis orang tua.

"Nice, tapi nampak dada la sayang. Awak nak show-off dekat siapa breast awak tu? Biar saya sorang je boleh tengok, faham?" Komen Jungkook.

Jaena memuncung ke hadapan, "Alah tapi saya suka design dengan warna dia. Such a perfect combination. Boleh la, kali ni je. Lepas ni saya janji tak minta dah pakaian seksi-seksi macam ni."

"Awak seksi-seksi nak pergi mana, sayang? Cukup saya je nampak semua tu. Kita pilih yang lain, okay? Yang jauh lagi cantik berbanding gaun ni. Boleh?" Pujuk Jungkook.

Lengannya dilekapkan pada kedua-dua belah pipi Jaena. Tidak cukup dengan itu, hidung Jaena pula dicubit kecil.

"Boleh tak?" Soal Jungkook lagi.

Perlahan-lahan Jaena mengangguk. Matanya langsung tak lepas daripada memandang gaun tadi.

"Okay. Tapi janji dengan saya dulu, awak kena teman saya beli lingerie yang paling seksi dalam dunia lepas ni. Kan saya kena seksi-seksi untuk awak je." Keningnya diangkat-angkat tinggi memandang Jungkook.

Jungkook mengusap leher. Aigoo, nasib betul dia dapat isteri gatal tahap langit ketujuh ni.

⭐⭐⭐

Luggage yang sudah siap disediakan diheret sehingga ke pintu bilik. Senang untuk suaminya nampak nanti. Kang tercicir susah pula.

"Saya letak dekat sini je dulu luggage ni. Jangan tertinggal esok sudah lah." Pesan Haerin.

Jimin memandang sesaat kemudian menyambung aktivitinya memeriksa keuntungan syarikat pada iPad.

Haerin diam sejenak. Tubuh lampai suaminya itu dihampiri perlahan-lahan.

"Breakfast esok awak nak makan apa? Cakap je, saya boleh sediakan semuanya nanti."

"..."

"Awak nak makan apa ni?" Bicaranya ceria.

"Tch. Kau buat je lah apa-apa. Aku bukannya kebulur sangat pun." Balas Jimin tanpa memandang Haerin yang masih dalam mood teruja.

Skrin iPad ditekan-tekan lagi. Gadis itu masih memandang dari tepi, entah apa entah yang ditekan suaminya. Kejap ada warna, kejap ada garis.

"Alah mesti ada even satu benda je yang awak nak makan. Cepat lah cakap. At least saya boleh masakkan awak benda yang awak teringin nak makan sebelum awak fly ke Berlin pagi esok." Pujuknya lagi.

Jimin mengeluh berat. Punat pada iPad ditekan, off.

"Aku pergi Berlin dua minggu je, tahu? Bukannya pergi mati tak balik-balik. Plus, aku tak hamak pun lah nak makan masakan kau tu. Entah-entah kau letak racun tikus ke racun buaya ke apa, tak pepasal mati awal aku." Balas Jimin sarkastik.

Haerin menekur lantai. Wajahnya mula memerah, malu apabila dituduh sembarangan oleh suami sendiri.

"Takpalah kalau macam tu. Kalau awak tiba-tiba rasa nak makan apa-apa ke, bagitahu saya eh?"

Dia tersenyum lebar bagi menghilangkan gusar di hati. Mesti suaminya ini penat sangat, itu yang dia jawab macam tu.

Jimin memalingkan wajah ke arah lain. Comforter ditarik paras dada sebelum mata dipejam erat. Serabut.

Haerin yang seakan faham akan suaminya itu mula menekan punat lampu sebelah katil, menjadikan keadaan sedikit gelap. Malap, hanya disimbahi cahaya daripada lampu jalan mewah di sepanjang laluan rumahnya.

Dalam keadaan berbaring, dia berpusing menghadap belakang suaminya. Ingin sahaja dia mendakap erat tubuh tegap lelaki ini, tapi ianya terlalu mustahil.

She loves him, but he hates her.

Sampai bila-bila, Jimin takkan pernah menerimanya. Sampai bila-bila, Jimin takkan pernah rasa untuk berbaik dengannya.

Dan sampai bila-bila, dia akan terus dan kekal berharap. Semoga suatu hari nanti, akan wujudnya cinta dalam diri suaminya ini.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now