24

541 83 33
                                    

Halmeoni menghembus nafas berat. Bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di sekitar Seoul Specialist Hospital ditatap kosong.

Angin petang yang menyapa wajah tuanya disebalik balkoni bilik dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Hati tuanya seakan-akan diusik hebat selepas pengakuan daripada Haerin siang tadi mengenai sikap sebenar Jimin.

Panas baran, cepat melenting, moody, semua tu memang makanan dia. Mujur belum masuk menjadi kaki pukul.

Itupun setelah didesak daripada Jungkook, barulah Haerin reti membuka mulut. Selama ini, cucunya itu selalu menunjukkan perilaku terbaik di hadapannya.

Dia sangkakan baik yang berlarutan, rupa-rupanya sekadar di matanya sahaja.

"Teh herba. Minumlah, Halmeoni." Sebiji mug kaca dihulurkan kepadanya ketika dia ralit termenung.

Halmeoni berpaling ke belakang. Senyuman nipis diberikan sebelum tubuh cucu menantunya di sebalik sliding door ditarik merapat.

"Duduk sini. Halmeoni nak tanya satu perkara, tentang perkahwinan kamu dengan Jimin." Pelawanya seraya menepuk-nepuk bangku kayu di sebelah kanan.

Haerin diam sejenak lantas meletakkan mug kaca tadi ke atas meja kecil. Punggung pula dilabuhkan bersebelahan dengan Halmeoni.

"Jimin tidur lagi?"

Haerin mengangguk.

"Halmeoni bukan nak menyibuk, apatah lagi nak masuk campur urusan rumah tangga kamu dengan Jimin. Tapi Halmeoni harap kamu jujur dan jawab semua ni dengan ikhlas."

Gadis itu mengangguk.

"Kamu kenal Jimin bila lagi sebenarnya? Dan apa kaitan antara kamu, Jimin dengan Hyerin?"

Haerin tersenyum hambar, "Rin kenal dia sejak zaman sekolah menengah lagi, tapi dia baru kenal Rin dua minggu sebelum kami berkahwin. Dan Hyerin tu, kakak kembar Rin. Ex-girlfriend Jimin."

"Kamu tahu hubungan diorang masa tu?" Soal Halmeoni lagi.

"Tahu je, tapi Rin diamkan je lah. Jimin pun tak pernah nak notice Rin, buat apa nak terhegeh-hegeh depan dia. Hm."

Melalui celah sliding door, Halmeoni memandang ke segenap ruangan bilik, bimbang kalau-kalau Jimin sudah tersedar. Naya dia nanti.

"Okay, ni last." Cantas Halmeoni selepas menghirup teh herba yang dibancuh oleh cucu menantunya.

Posisi duduk dibetulkan. Ayat disusun rapi di dalam otak sebelum berbicara.

Anak mata Haerin ditatap dalam, cuba mencari kejujuran di sebalik ketenangan gadis itu.

"Sepanjang 6 bulan berkahwin, Jimin tu..." Halmeoni jeda sebentar. "Dia pernah sentuh kamu atau belum? I mean--- aih."

"Korang berdua pernah buat baby ke belum?" Soal Halmeoni tanpa berbasa-basi lagi.

Sebaik sahaja mendengar soalan Halmeoni, terus Haerin berpaling ke arah lain. Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada bertatapan mata dengan wanita di sebelahnya sekarang ini.

"Halmeoni, tengok kereta merah dekat bawah tu. Lawa an? Rin pernah tau berangan time zaman dak dak hingusan dulu nak beli kereta sport macam tu." Sengihnya janggal sambil menunduk memandang lantai kaca di bawah bangku.

Halmeoni memandang hadapan. Keluhan dilepaskan sambil menatap lama tingkah cucu menantunya ini.

"Rin, Halmeoni tanya ni." Tegurnya dengan suara yang sedikit ditekan.

Haerin mengangkat kepala dan membetulkan duduknya seperti biasa.

Haih.

"Kenapa Halmeoni tanya?" Cantasnya mendatar.

Halmeoni meraup rambut pendeknya yang ditiup angin ke belakang, "Salah ke? Kalau salah, tak apa."

"Bukan macam tu. Tapi---"

"---Korang pernah buat ke belum? Itu je Halmeoni nak tahu. Jangan mengelak, tak payah nak back-up sangat suami kamu tu." Potong Halmeoni.

Haerin menunduk. Pegangan pada bangku kayu diperketatkan.

Ya Tuhan, beri dia kekuatan.

"Belum."

Serta-merta Halmeoni menoleh ke arahnya bersama kening yang berkerut, "Sekali pun tak pernah?"

Haerin menggeleng.

Halmeoni mengetap giginya kuat. Habis macam mana dia nak mengembangkan generasinya kalau cucu pun tak bagi hak yang satu itu kepada isteri sendiri?

"Kamu pernah minta?" Halmeoni menyoal lagi, tapi dengan suara yang perlahan. Menahan geram yang bertandang di dada mungkin.

Terus rona wajah gadis itu berubah menjadi merah. Lambat-lambat, dia mengangguk sedikit.

Halmeoni tersenyum menampakkan sebaris gigi atasnya, "Tak payah malu lah. Habis Jimin jawab apa?"

"Em masa tu kan dia baru balik kerja, mesti dia pe---"

"---Halmeoni tanya, dia jawab apa?" Ulang Halmeoni sekali lagi. Ada je dia nak bela si Jimin tu haish.

Haerin mengangkat bahu. Ragu-ragu dia menjawab, "D-dia kata dia tak teringin pun nak ada anak dengan Rin. Kalau dia teringin sangat pun, dia akan upah GRO dekat kelab malam untuk bagi dia anak."

Senyuman Halmeoni yang menampakkan gigi tadi terus mati. Dia berpusing memandang Jimin yang masih lena. Wajah garangnya ditayangkan kepada lelaki itu.

Kalau ikutkan hati tuanya, nak je dia pergi sekeh dahi Jimin yang berbalut tu. Haish!

"Em, oh ya lupa nak tanya."

Halmeoni mengangkat kening, mempamerkan mata sepetnya yang seiras dengan Jimin.

"Macam mana meeting Halmeoni dengan Miss Vida hari tu? Ada plan nak buat apa-apa ke?" Soalnya sambil mencicip teh herba di tangan.

"Ada! Ada, ada! Miss Vida tu dia nak luaskan perniagaan kosmetik dia tu ha apa dah nama dia Qu Puteh tak silap ke Korea." Cerita Halmeoni bersungguh-sungguh.

"Awalnya, dia minta Halmeoni jadi model untuk Qu Puteh dia tu. Tapi iyalah, Halmeoni kan dah tua, mana nak larat nak jadi duta apa semua ni."

"Then Halmeoni tolak ke? Sayangnya, Miss Vida tu Halmeoni."

Dalam hati Haerin, sumpah dia bersyukur sekarang ini. Paling tidak pun, Halmeoni dah lupakan konflik tadi.

"Eh memang tak lah Halmeoni tolak HAAHAHAHHAA! Lepas discuss balik semua tu, dia minta Halmeoni jadi chief manager bagi semua cawangan Qu Puteh yang akan dibuka di Korea. Ha hebat tak Halmeoni, hebat tak?"

Rancak mereka berbual bersama, langsung tidak sedar akan Jimin yang terjaga akibat tawaan kuat daripada Halmeoni.

Jimin menggeleng kecil di atas katil pesakit.

Bahagia betul dia. Lagi-lagi apabila melihat kemesraan Halmeoni dan isterinya, Hyerin.

_______________________

ada yang blur lagi ke pasal
jalan cerita sendu ni HAHAHAHAHH.
kalau ada yang tak faham,
tanya tau sebab cerita ni banyak mengeling HAHAHAHAHAHHAA.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now