02

781 132 40
                                    

Seutas jam tangan diletakkan di atas meja kecil. Butang kemeja putihnya yang masih tersarung pada badan dibuka satu persatu.

Wajah si isteri diperhati dengan ekor mata. Ralit betul menyusun pakaian daripada luggage ke dalam walk-in wardrobe, sehingga langsung tidak sedar akan kehadirannya.

Kemeja dilepaskan daripada badan dan ditinggalkan ke atas lantai. Setelah itu, Jimin berjalan masuk ke dalam tandas.

Haerin berpusing ke belakang. Sosok tubuh lelaki itu yang mulai menghilang daripada pandangan mata diintai melalui celah pintu kaca.

Dia tersenyum nipis.

Daripada bersila, dia bangun berdiri dan berjalan keluar daripada kaca yang menghubungkan almari dengan bilik tidur.

Kemeja lelaki itu dikutip sebelum dimasukkan ke dalam bakul kecil bersebelahan pintu tandas.

Katil bersaiz besar itu dituju. Punggung dilabuhkan dan terus dia berbaring mengiring ke sebelah kanan, menghadap ruangan tidur suaminya.

Usai mandi dan berendam, Jimin keluar dengan bathrobe pada badan dan menguap kecil.

Masuk sahaja melalui ruangan kaca, dia berkerut kening.

Sepasang baju tidur berwarna kelabu cerah tergantung elok pada palang besi mencuri perhatiannya.

Itu, pijama miliknya.

Tanpa berlengah lagi, bathrobe dilepaskan dan dia mula menyarungkan pijama tadi dengan riak kosong.

Selesai semuanya, chandelier kecil di hujung bilik ditutup dan dia berjalan ke arah katil.

Haerin ditenung.

Gadis ini, wajahnya sebiji seperti Hyerin. Cuma apa yang membezakannya, dia banyak tidak tahu tentang gadis ini.

Lampu tidur dipasang seterusnya badan disandarkan pada kepala katil. Dia mengeluh sendiri.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Haerin dengan suara yang masih mamai.

Jimin diam. Mulutnya langsung tidak ingin dibuka, apatah lagi untuk memandang si isteri di sebelahnya.

Haerin mengemam bibir. Dia ada salah cakap ke tadi?

Seakan faham dengan suaminya yang langsung tidak ingin memberi respon, Haerin merebahkan kembali kepalanya ke atas bantal. Mata dipejam erat.

"Apa perasaan kau dapat kahwin dengan orang kaya macam aku?" Dengan suara mendatar, Jimin bertanya.

Haerin membuka matanya semula.

"Perasaan apa?"

"Kau adalah kosong, jika ingin dibandingkan dengan Hyerin." Terang lelaki itu.

Haerin tergamam.

"Siapa awak untuk bandingkan ciptaan Tuhan?" Posisinya dibetulkan seperti Jimin, menyandar pada kepala katil dan memandang hadapan.

"A perfect man. I guess?" Lelaki itu berkata lagi sambil tersenyum sedikit.

Haerin mengangguk dan sembunyi senyum. Melihat suaminya itu tersenyum sedikit pun hatinya sudah mula naik gila.

"Apa definisi sempurna pada awak?" Haerin mula bermain kata.

Jimin memandang siling rumah buat beberapa saat. Berfikir.

"Bijak dalam semua perkara, kaya dari segi kewangan, rupa paras yang menawan, menarik perhatian dan menjadi idola semua orang." Balas lelaki itu.

"Lagi?"

"Em, dihormati dan disanjungi oleh masyarakat." Tambah Jimin lagi.

Haerin merapatkan lutut pada dada. Tangannya pula melilit betis rapat.

"Jadi apabila seseorang punyai semua tu, dia dikira sempurna. Macam awak?"

Jimin mengangguk bersetuju.

"Sebab tu aku kata, kau langsung tak boleh dibandingkan dengan Hyerin. Dia bukan macam kau, kolot dan terlalu old-fashioned. Dia sangat sempurna sama seperti aku."

Gadis itu terdiam. Kalau lah lelaki itu tahu segalanya, semua yang pernah terjadi sejak awal lagi pertemuan mereka.

Tapi lelaki itu tak tahu. Kerana dia memang takkan pernah tahu.

"Sesuailah aku untuk digandingkan dengan dia. Sempurna dengan sempurna. Itulah prinsip kehidupan yang sebenar."

"Kalau saya kata prinsip kehidupan itu adalah saling melengkapi dengan orang di sekeliling kita, apa respon awak?" Cantas Haerin, mula menguji lelaki itu.

Jimin menggulingkan bebola matanya ke atas, "Itu kau yang kata. Bukan aku."

"Kalau sempurna itu adalah memiliki segalanya, kenapa Tuhan ambil Hyerin daripada awak sedangkan Dia tahu cinta korang adalah terlalu sempurna?"

"Sebab Tuhan tak pernah adil."

"Tapi Dia beri awak segalanya. Dan cinta manusia itu, hanyalah satu pinjaman. Bukan dimiliki, tapi dianugerahkan."

"Terserah pada kau. Aku tak nak ambil tahu semua tu." Balas Jimin lagi.

Lelaki itu mula berbaring. Sebiji bantal diambil dan diletak di antara dirinya dan Haerin.

Haerin cuma memandang Jimin yang membetulkan posisi tidurnya sehingga mata lelaki itu tertutup rapat.

Dalam samar-samar lampu tidur, dia berjalan menuju ke wardrobe tadi. Sebuah buku yang diselitkan di antara pakaiannya diambil dan dibelek dengan penuh berhati-hati.

Kaki dihayunkan menuju ke arah kerusi putih kecil bersebelahan dengan cermin besar. Dia duduk disitu. Flashlight daripada fon miliknya di-onkan.

Pen yang tergantung pada kulit buku diambil dan dibuka penutupnya. Jari-jemarinya mula lincah menulis sesuatu.

Kerana manusia takkan bisa mengerti, apatah lagi untuk memahami. Jadi biarlah dia coretkan apa yang pernah terjadi dalam kehidupannya biarpun dengan setitik tulisan.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now