05

614 103 9
                                    

"Kenapa dengan kau ni, Kook? Masam macam taik lembu je aku tengok. Takda mood eh?" Soal Jaehwan.

Jungkook diam menyepi. Pensel tajam dimain-mainkan dengan hujung jari. Puas bermain, dia mengambil jangka lukis pula.

"Jomlah keluar makan. Aku lapar ni. Pagi tadi kau jugak yang beria ajak aku lunch sekali la apa la."

Jungkook masih diam. Jangka lukis yang masih berpusing di antara jarinya dirampas oleh Jaehwan.

"Cepatlah, Jungkook." Gesa lelaki itu lagi.

"Aku takda mood la. Dah, pergi keluar. Jangan kacau aku." Jungkook menyembamkan wajah pada meja kerjanya.

Sekeping fail kerja diambil oleh Jaehwan lantas diketuk ke atas kepala Jungkook. Jungkook mengangkat kepalanya seraya menjeling tajam.

"Jangan kacau aku, Jaehwan. Pergi kau sana. Pergi, pergi." Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya menghalau Jaehwan.

Jaehwan mengambil nafas berat. Kerusi mewah berhadapan dengan Jungkook ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya.

"Kenapa? Setahu aku, Mr Too bagi kau bonus kelmarin. Kau patut bahagia tau, at least kau dapat siapkan kes tu lebih awal daripada tarikh perbicaraan." Bicara Jaehwan.

Jungkook menatap malas. Pembaris besi diambil dan diketuk-ketuk pada permukaan meja.

"Cuba kau contohi aku. Even bab kerja aku lambat sikit nak siapkan, aku still ceria hadap fail-fail yang makin berlambak atas meja tu. Senyum selalu, boskur." Jaehwan mengangkat-angkat kening.

"Tch. Senyum kepala pantat kau la. Semalam baru je aku dengar Mr Too mengamuk dalam bilik dia. Tak lain tak bukan, kau la penyebabnya." Balas Jungkook masam mencuka.

Jaehwan tersengih busuk. "Mr Too tu memang macam tu, tak betul. Kita yang muda ni kena lah happy-happy hippopotamus baru hidup dijamin aman, makmur dan sejahtera."

"Jae." Panggil Jungkook perlahan.

"Apa dia, brader?"

"Macam mana nak lembutkan hati perempuan?"

Jaehwan memandang Jungkook tidak percaya. "Fuh, reciks lah Inspektor Jeon. Ni kali pertama tahu tak kau tanya aku soalan macam tu? Ada minum racun serangga ke semalam?"

Jungkook memandang tajam.

"Kalau kau rasa jawapan kau tu menganjing sangat, baik tak payah jawab. Aku boleh tanya orang lain." Jawabnya sinis sebelum bangun dan beransur keluar daripada ruangan bilik kerjanya.

Jaehwan menggigit bibir. Pantas kakinya mengejar langkah Jungkook yang semakin menjauh.

"KOOK, AKU GURAU JE LAH!"

.
.
.
.
.
.
.

"Lusa aku kerja, jadi siapkan pakaian aku. Kalau boleh, biar cukup untuk dua minggu terus. Sebab aku ni jenis memilih." Kata Jimin tanpa memandang langsung wajah isterinya, Haerin.

Haerin mengangguk laju.

"And one more thing. Waktu kau iron baju aku tu, aku tak nak tengok ada satu pun kedut. Kalau ada even seinci, nahas kau eh. Aku cari sampai lubang cacing."

Haerin mengangguk lagi.

"Lepastu, kasut-kasut aku tu aku nak kau gilapkan paling kurang seminggu sekali. Senang nanti aku nak pilih yang mana paling berkilat sebelum aku pergi office."

Haerin mengangguk buat kali yang seterusnya.

"Angguk, angguk. Jangan reti angguk je, tapi kerja rumah langsung kau tak buat." Perli Jimin lagi.

Lelaki itu bingkas berdiri daripada sofa sebelum menaiki anak tangga ke tingkat atas. Sampai di tengah-tengah tangga, dia memberhentikan langkah.

"Oh ya, sebelum aku lupa. Pastikan kau susun semua baju aku ikut warna masing-masing. Bermula dengan warna paling cerah dan berakhir dengan paling gelap. Pagi esok, pastikan semuanya siap."

Haerin mengeluh perlahan.

"Tak payah nak mengeluh. Apa fungsi kau jadi perempuan kalau pemalas?" Sinis lelaki itu berkata.

"Dah, pergi buat kerja rumah. Jangan nak tercongok depan tv je." Tambahnya lantas kembali mengatur langkah ke tingkat atas.

Haerin diam. Figura lelaki itu diperhati melalui ekor mata.

Punat televisyen ditekan-tekan. Selepas memastikan skrin berubah gelap, dia mengatur langkah menuju ke dapur.

Dua jam lagi, waktu akan menginjak ke pukul 7 malam. Jadi lebih baik dia sediakan lauk untuk makan malam nanti sebelum menyambung segala kerja rumah yang dipesan oleh suaminya.

.
.
.
.
.
.
.

Jimin memandang sekeliling ruangan bilik. Bau masakan yang menjunam masuk ke dalam rongga hidungnya dihidu dengan riak biasa.

Dia bergerak ke walk-in closet dan menuju ke bahagian pakaian milik isterinya. Dia berjalan masuk ke dalam.

Baju-baju yang tersusun kemas dikerling dengan hujung mata. Pintu putih kecil di bahagian tengah yang sedikit terbuka lebih menarik perhatiannya sekarang ini.

Pintu itu ditarik perlahan. Dua buah buku bersaiz sederhana dipandang. Sebuah  berwarna ungu cair manakala sebuah lagi berwarna biru pudar.

Namun, yang membuatkan dia lebih ingin tahu adalah sebuah buku kecil berwarna perang yang berada di hujung sekali.

Seems familiar.

Buku tersebut diambil lantas dibelek ke muka surat pertama. Kertas yang mulai kekuningan itu disentuh-sentuh. Kesat. Umpama buku ini sudah wujud sejak bertahun lama lagi.

11 July 2011.

kerana mencintai, tidak semestinya memiliki. jadi kerana itu, aku memilih untuk pergi.

Jimin berkerut kening. Apa maksud semua ni? Dia membelek lagi ke muka surat seterusnya.

08 January 2012.

harapan itu masih ada. dan aku akan terus percaya.

Apa yang disembunyikan oleh gadis ini sebenarnya?

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now