46

430 75 39
                                    

Gulungan tikar dibuka dan dihamparkan ke atas permukaan tanah. Setelah itu, dia melabuhkan punggung sebelum jag kaca berisi air bunga mawar turut diletakkan di sebelahnya.

Kawasan perkuburan yang lapang itu dipandang lama. Sunyi, tapi tidak terlalu sunyi. Hanya ada beberapa buah keluarga yang menziarahi kubur di hujung kiri dan kanan kawasan perkuburan.

Kalau dilihat dari pandangan bawah, kubur Halmeoni terletak di antara kawasan perkuburan bertanah tinggi. Dari atas sini, dia boleh melihat pelbagai ragam keluarga yang datang melawat.

Anak matanya jatuh ke arah beberapa orang remaja yang sedang membersihkan dua tapak kubur yang dipenuhi dedaun kering. Mungkin itu kubur ayah dan ibu mereka.

Sekarang ini, pandangannya tertumpu pula pada kubur Halmeoni. Tangannya naik menyapu anak rumput yang baru tumbuh di sekeliling kubur.

"Lama Rin tak datang jenguk Halmeoni, kan? Kubur Halmeoni jauh. Rin tak pandai bawa kereta nak datang sini."

"Halmeoni tahu tak, Rin rindu gila dengan Halmeoni. Rin takda kawan dekat rumah. Kalau nak jumpa Jaena pun, seminggu sekali je. Jimin pula makin hari makin busy dengan kerja dia."

"Ah, cakap pasal Jimin..."

Haerin tersenyum tawar. Cecair hangat mula bertakung di kelopak matanya.

"Rin rindu dia. Rindu sangat-sangat. Kitorang dah tak macam dulu lagi, Halmeoni. Kitorang... jauh. Jauh sangat."

"Semalam Rin senyap senyap pergi office dia, nak hantar lunch. Tapi dia takda. Staff tu cakap Jimin dah lama tak masuk kerja. Lepas tu Rin dapat tahu yang... Jimin selalu keluar dengan Alessia. Tapi bila Rin tanya dia, dia cakap pergi kerja. Dia tipu."

"Kalau Halmeoni ada, mesti Halmeoni piat telinga dia, kan?" Haerin tergelak kecil. Sebak yang bertandang di hatinya cuba diusir menjauh.

"Banyak kali dah Rin cuba pertahankan rumah tangga kitorang. Rin selalu mengalah dengan dia. Tapi Rin cuma manusia, Halmeoni. Rin pun ada perasaan... Rin pun ada hati untuk dijaga..."

Serentak itu, cecair hangat tadi laju menuruni pipinya.

"Rin cuba lapangkan dada, terima semua ni. Tapi Rin tak boleh, Halmeoni. Rin tak boleh... Berapa kali lagi Rin akan dipersalahkan? Berapa kali lagi Rin kena terasa demi dia? Halmeoni, Rin tak kuat..."

Tangisannya dihamburkan kepada Halmeoni. Segalanya diluahkan di situ.

"Halmeoni selalu pesan, jangan pernah give up nak ambil hati suami. Tapi macam mana Rin tak give up kalau Jimin sendiri yang buat Rin give up dengan dia." Tersedu-sedan Haerin di situ.

"Hati Rin sakit, Halmeoni. Rin sakit kepala fikirkan semua ni. Kenapa Jim---" Air matanya makin deras mengalir keluar.

Dia tak mampu lagi menyambung ayatnya. Sungguh, dia tak mampu. Sakit hati dia, cukup Tuhan sahaja yang tahu.

Mukanya ditekup pada telapak tangan tatkala ada beberapa pasang mata memandangnya aneh. Biar lah orang nak kata dia gila ke apa, dia tak kisah. Apa yang dia tahu, dia sangat perlukan bahu untuk bersandar ketika ini.

Beberapa minit berlalu, keadaannya semakin reda. Hanya esakan kecil yang keluar daripada bibirnya.

Nafasnya ditarik dalam. Dinding kubur Halmeoni dipegang, cuba mengumpul kekuatan.

Dengan bibir yang dikemam menahan tangis, jag kaca berisi air bunga mawar dicapai dan disiram ke atas kubur Halmeoni.

"Halmeoni, Rin pergi dulu tau. Rin nak lawat kubur Omma, Appa Rin pula dekat bawah. Nanti Rin datang lagi... dengan Jimin. Janji."

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now