14

483 84 7
                                    

Masa berlalu begitu pantas. Selepas berhempas pulas mencari idea untuk memikat suami, akhirnya suaminya akan pulang juga dari Berlin malam ini.

Ketang! Keting! Ketang! Keting!

Bunyi periuk yang berlaga dengan senduk langsung tidak mematikan nyanyian kecilnya.

Dia terlalu teruja untuk menyediakan makan malam, sehingga tidak sedar jam mula menginjak ke pukul 7.30 malam.

Mengikut teori dirinya, penerbangan Jimin akan tiba tepat pada jam 7.40 malam nanti. Dan mungkin memerlukan setengah jam untuk meredah kesesakan lalu lintas.

Spicy Korean chicken yang sudah dihiaskan dengan sedikit hirisan daun bawang dibawa ke meja makan.

Hujung piring kecil berisi bulgogi yang sedikit comot dilap menggunakan tisu.

Perfecto!

Sekarang dia cuma perlu mandi, pakai lawa-lawa dan tunggu kemunculan suaminya di depan pintu rumah.

Ketika ini, dia perlu berterima kasih kepada @minyoongijjangjjangmanboongboong atas nasihat dan idea yang diberikan untuk memikat hati suami.

'Terpikat atau tak, belakang kira. Yang penting sekali, usaha kena ada. Bila ada usaha, baru boleh nampak perubahan rumah tangga sedikit demi sedikit.'

Itulah pesanan dalam artikel Mr BoongBoong yang dibaca kelmarin.

Selesai menukar pakaian, dia melihat pantulan dirinya pada cermin besar di sepanjang ruangan bilik tidur.

Nice.

Plain dress paras lutut yang dibeli pagi tadi digayakan di hadapan cermin. Dada diurut-urut tatkala jantung mula berdebar kencang.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Cantik juga aku ni. Tengok sekali nampak biasa. Tengok dua kali, rasa nak pandang berkali-kali. Wah, bukan besye besye." Dia tersenyum kecil.

Dia mula berfikir lagi. Rasanya, ada banyak pesanan Mr BoongBoong yang dia catat kelmarin.

Fon berjenama Ippi dicapai kemudian aplikasi 'NOTES' ditekan.

"Ha! Ada pun. Light make up pun dah cukup rasanya. Nak smokey smokey kang jadi hantu raya tak pepasal habis terbang lauk dekat dapur. Lipstick? Ah lipbalm pun jadi lah."

Sedikit lipbalm dioleskan pada bibir sebelum dirapatkan kedua-dua bibirnya dan PPAP!

"Ni kalau dia tak tergoda lagi tak tahu lah nak cakap macam mana. Ahaks. Wah, yakinnya kamu."

Dia termenung di hadapan cermin. Susah juga sebenarnya nak pikat hati suami ni.

8.20 malam.

Kaki dilangkahkan ke ruang tamu rumah. Kalau diikutkan, Jimin sepatutnya sudah sampai di rumah ketika ini. Tapi batang hidung pun langsung tak kelihatan.

Punat pada remote televisyen di-onnkan. Skrin yang memaparkan rancangan memasak itu dipandang kosong.

8.22 malam.

Ah, baru dua minit berlalu.

Aplikasi 'Camera' ditekan. Dia membuat pelbagai gaya bermula daripada selfie, mini heart, candid, duck face dan semuanya digayakan dengan cukup sempurna.

This week; 136 pictures.
129 from camera, 7 from screenshot.

Jarum jam pada dinding mula menyentuh angka 8.52 malam. Keluhan berat dilepaskan.

Dia berjalan mendekati tingkap rumah dan mengintai jika ada bunyi-bunyi kereta yang melepasi pagar rumahnya. Sunyi.

Ruangan dapur dituju. Ayam dan daging yang telah disediakan disentuh-sentuh dengan hujung jari. Sejuk.

Kalau diikutkan hatinya, baik dia makan je semua lauk tu. Dia punyalah sanggup tahan lapar sejak malam semalam hanya untuk makan dengan suaminya.

Haih.

Dia kembali semula ke sofa dan menonton sahaja drama Titanic untuk kali yang ketujuh dalam hidupnya.

1 hour passed.

2 hours passed.

3 hours passed.

Sehingga kini, berjam-jam sudah berlalu. Dan dia pun sudah tertidur menahan kelaparan di atas sofa. Beberapa kali tersengguk, akhirnya dia memilih untuk tidur berbaring.

She's starving inside, waiting for him to come home.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now