32

482 79 17
                                    

"AYYO HALMEONI PARKEUU!" Sapa Jaena terrrlampau ramah selepas melangkah ke arah ruangan keluarga bersebelahan kolam ikan rumah Halmeoni.

Kolam ikan je mampu. Nak buat kolam renang, bukannya Halmeoni pandai berenang pun.

Halmeoni menggeleng. Dah jadi bini orang tapi perangai masih lagi tak berubah.

"Jungkook mana?"

"Ada tengah parking kereta dekat garaj sana. Nanti dia sampai ar tu. Alah tak hilang pun lah cucu menantu Halmeoni yany busy mengalahkan menteri tu."

Ha itu lah dia. Macam mana Halmeoni tak susah hati kalau suami sendiri pun Jaena boleh lagi selamba badak tinggal di belakang. Bukannya nak berjalan sekali ke apa.

"Kenapa tiba-tiba ajak berkumpul ni? Ada meeting tergempar ek? Ke kau dah setuju dengan cabaran yang aku cadangkan semalam? Ha Jimin?" Jimin menoleh seraya mencebik.

Tch. Suka hati mak bapak dia je nak berlumba siapa dapat anak dulu. Ingat nak dapat anak ni semudah kesat hingus ke?

Nak kesat hingus depan crush pun punyala cover terboek punya hikhok.

"Bawa bertenang, cucuku. Duduk dulu. Tunggu Jungkook datang, baru kita discuss sama-sama." Halmeoni mengarah. Kerusi batu di sebelah kirinya ditepuk-tepuk.

Jimin membantah laju. "Ah tak payah duduk. Sementara tunggu Jungkook sampai, lagi baik kalau kau pergi tolong isteri aku buat air dekat dapur sana. Jangan nak jadi pemalas."

Jaena membuat muka. Wajah Halmeoni dipandang, meminta simpati.

"Kira untung Jungkook nak kahwin dengan kau, tahu? Bukan setakat pemalas, dungu pulak tu. Aku ingat lagi kau pernah kena denda tidur luar rumah sebab kau fail literature masa trial untuk final year dulu. Pffft." Jimin mengejek sambil tergelak kuat.

"Pergi mampus ar kau." Bidas Jaena sebelum berjalan masuk ke dalam rumah melalui sliding door yang terbuka luas. Laju bebenor langkahnya ya.

Halmeoni menyimpan sengih. Adoi, teringat pula si Jaena ni pernah dipaksa tidur bawah gazebo hari tu. Lepas tu kemain berjanji nak buat yang terbaik untuk final exam nanti. Tapi still kena tidur bawah gazebo jugak.

"Ha tu sampai pun." Ujar Halmeoni setelah terlihat kelibat Jungkook di sebalik pokok-pokok renek yang memanjang mengelilingi rumahnya.

Jungkook mengangguk sebelum tangan Halmeoni dan Jimin dicapai untuk bersalam.

Berjurus benar, bukan macam si Jaena tu. Datang je terus berayyo ayyo.

"Lama ke tunggu? Jalan jammed tadi, itu yang lambat sampai."

"Takde la lama sangat. Aku ni sampai beruban tunggu kau. Kau tengok Halmeoni tu, sampai berjanggut dia." Sarkastik Jimin membalas.

Jungkook membesarkan lubang hidung sebelum diangkat tinggi ke arah Jimin. Heh, ingat Jimin je boleh bagi ayat pedas macam tu? Dia pun boleh ar.

"Ha tepi tepi. Air panas, air panas." Belum sempat Halmeoni ingin membuka mulut, Jaena terlebih dahulu memotong dari arah belakang.

Air panas kepala hotak dia la. Dekat tangan dia tu ada semangkuk puding mangga dengan sepiring biskut je. Dulang air panas tu pun orang belakang dia yang bawa, si Haerin tu ha.

"Drama je lebih kau ni an." Ejek Jimin.

Jaena mengacah untuk mencuah air panas ke atas muka Jimin. Ada je yang tak puas hati ayy.

"Diam ar kau. Ingatkan kena halau tadi takde dah, tak mampus lagi rupanya." Gadis itu memberi jelingan maut sambil memandang Haerin yang terketar-ketar meletakkan dulang ke atas meja.

Jungkook membesarkan mata ke arah isterinya. Aip, dia tak ajar tau cakap kasar macam ni. Belajar dari mana ni?

"Dah la takyah gaduh. Tak malu ke gaduh depan suami isteri kamu berdua ni? Macam anjing dengan kucing tahu tak?! Ad--"

"--Orang kucing, dia lah anjing." Potong Jaena geram.

"Aish biar Halmeoni bincang dengan Jungkook dan Haerin je lah kalau macam ni. Kamu berdua keluar!" Jari telujuk dituding ke arah luar pagar rumah. Halmeoni bernafas geram.

Bahu wanita tua itu digosok perlahan. Haih, kesian Halmeoni. Kang tak pasal-pasal nak darah sebab bergaduh dengan cucu nanti.

"Keluar kau sana. Pets aren't allowed." Jimin masih mengejek walaupun Halmeoni sudah beberapa kali mengurut dahi.

Paha suaminya ditepuk perlahan. "Awak pun diam lah. Halmeoni tengah marah tu, tolonglah faham."

"Biarkan je diorang ni, Halmeoni. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Kenapa Halmeoni panggil datang sini sebenarnya? Siap set time dengan tarikh lagi. Apa yang penting sangat tu?" Jungkook menjongketkan sebelah keningnya.

Sejuk hati Halmeoni mendengarnya. Kan bagus kalau dua-dua cucu tak berapa nak cucunya tu pun perangai macam Jungkook. Lembut telinga mendengar, apatah lagi hati yang berbunga ewah.

Halmeoni mengambil nafas. Dia nak cari balik mood yang hilang tadi.

"Halmeoni plan nak buat BBQ hujung minggu ni. Lagi pun k--"

"OMGEE NAK NAK!" Jaena menyampuk pantas. Nasib baik tak tersembur air panas dalam cawan Haerin tu ha.

Halmeoni menayangkan muka pasrah. Ya Tuhan, terus hilang balik mood dia nak bercerita tadi. "Kamu boleh diam tak? Halmeoni sumbat dalam kolam ikan baru tahu. Dengar sampai habis dulu, lepas tu kalau nak tanya, tanya je lah."

Hesh.

"Sekarang ni kan korang semua makin busy. Jungkook dengan kes jenayah yang tak pernah nak habis, Jimin pula tak lama nanti dah nak masuk office balik. Sunyi la Halmeoni nanti. Takkan isteri-isteri kamu hari-hari nak naik Grab datang sini? Paling kurang pun mesti lawat Halmeoni dua kali seminggu."

"So... apa kata kalau kita buat BBQ? Hujung minggu ni, semua orang wajib balik tidur sini eo? Malam tu kita have fun sama-sama. Bakar ayam, bakar daging ha kira bakar semuanya lah. Tapi jangan bakar rumah Halmeoni pula."

Pergh, Halmeoni. Dalam ketegasan berkata-kata, masih terselit sedikit gurauan di hujung ayat ya? Walaupun hambar, tapi tak apalah. Ikan dalam kolam tu boleh tolong gelakkan.

"Siapa lagi yang ada?" Soal Jungkook berkerut kening.

"Kita-kita ni je. Plus, bila lagi kita semua nak gather macam ni? Tua-tua pun, Halmeoni masih berjiwa muda okayy!" Halmeoni membuat hair flip. Fuh, caya lah.

"Setuju eh? Siapa tak setuju, pantat dia besar." Sambung Halmeoni lagi. Haerin dan Jaena tergelak serentak. Amboi, kemain ek.

___________________

hello hello hello.
actually, aku tak nak buat lagi conflict scenes but but butt since sekarang ni pun dah masuk chapter 32, so perhaps conflicts akan muncul tak lama je lagi. kasi yang ringan je dulu okiee!

and starts from next chapter, each chapter will be longer than before even takde ah panjang mana pun huehue kbye

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now