52

449 65 22
                                    

p/s siapa tahu macam mana nak
datangkan mood sendu supaya aku boleh khusyuk dan tawaddhuk type benda alah ni dan kurangkan malas supaya aku boleh update hari hari, asila comment di bawah ya.

___________________________

Alessia tergelak seorang diri di dalam tandas. Rambut panjangnya dibelai lembut dengan bibir yang tersungging sinis. Perlahan-lahan, tubuhnya diselamkan ke dalam bathtub yang dipenuhi air.

"Jimin-ah, hihihi..." Semakin lama, tawanya kedengaran semakin mengerikan. Hilaian tawanya makin menjadi-jadi.

Tiba-tiba, tawanya terhenti. Wajahnya muram. Anak matanya berubah tajam. Permukaan air yang menutupi hampir seluruh tubuhnya itu ditampar kuat.

"Bodoh!"

"Eh bukan, Less bukan kata dekat Chim... Mana boleh kata macam tu dekat Chim. Less sayang Chim, tau." Suaranya berubah lembut semula.

Tangannya pula dihayunkan pada permukaan air.  Lembut sahaja tangannya digerakkan sehingga buih-buih sabun melekat pada lengannya. Tangannya diangkat dan digosok penuh sopan.

"Hihihihi mesti Chim tak sangka kan yang Less tahu apa Chim buat belakang Less? Depan Less, Chim layan dia teruk. Tapi belakang Less... Chim layan dia macam jaga baby. Dia pula bodoh. Percaya sangat dengan suami dia yang gatal ni."

Sekali lagi, terkekek-kekek gadis itu ketawa.

"Hm mesti susahkan nak runtuhkan her trust on my Chim ni... Oh ya, apa kata kalau Less try musnahkan kepercayaan Chim dekat dia pulak? Macam menarik je hihihihi. Banyak tau yang Less tahu pasal dia...."

Alessia terdiam. Dia mengelamun sendiri. Segala strategi dan rancangan disusun kemas di dalam fikirannya. Cuma perlu masa untuk bertindak je.

Lama-lama, bibirnya mengherotkan sengihan sinis, sama seperti tadi. Dia menerawang jauh. Terbayangkan kebahagiaan dirinya dan Jimin suatu hari nanti.

"Mesti best kan kalau kita dapat buat 'benda tu' lagi?" Alessia menggigit bibir. Nafsunya melonjak naik tiba-tiba.

Tangannya meliar menyentuh anggota tubuh bermula bahagian atas dan turun ke bahagian bawah. Bahagian bawahnya disentuh dan dimainkan.

Mata terkatup rapat, membayangkan dirinya sedang membuat 'itu' dengan sepupunya sendiri. Nama lelaki itu tidak lekang keluar daripada dua ulas bibirnya yang berselang seli dengan desahan.

Dia tergilakan lelaki itu. Dan dia akan pastikan lelaki itu tergilakan dirinya juga.

Dia, Park Jimin.

Macam yang dia pernah kata sebelum ni lah.

If she can't get him, she'll destroy him.

◽◾◽

Pintu bilik ditutup perlahan. Jimin melangkah masuk dengan langkah yang selamba. Susuk tubuh Haerin yang tidur di atas katil dipandang sekilas.

Patutlah tak sambut dia dan Alessia balik kerja tadi. Tengah tidur rupanya.

Dia berjalan mendekati susunan rak yang tersusun rapi. Jam tangannya dibuka dan diletakkan di salah sebuah rak tersebut.

Baru dia ingin berpusing ke arah almari, matanya mengecil memandang sehelai tuala kecil di atas dahi isterinya itu. Pantas dia berjalan mendekat.

Tuala kecil yang telahpun kering tadi diambil dan perlahan-lahan, dia bergerak ke tandas untuk membilas tuala. Terjengket-jengket kakinya berjalan supaya lena isterinya itu langsung tidak terganggu.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now