21

559 85 67
                                    

Prangg!

Tidak cukup dengan mangkuk bubur, gelas kaca berisi air kosong juga dilemparkan ke arah lantai.

"AKU KATA AKU TAK NAK MAKAN! SUSAH KE KAU NAK FAHAM?! SUSAH SANGAT KE?!" Jerkah Jimin lantang.

Haerin terkedu. Cecair jernih yang mengalir perlahan diseka dengan hujung jari.

"Awak kena makan, Jimin. Tolonglah jangan buat macam ni." Rayunya sambil mendekati lelaki itu.

"KENAPA KAU TAK PERNAH NAK FAHAM AKU?! KENAPA SEMUA ORANG SUSAH SANGAT NAK FAHAM AKU?!"

Jimin mula meracau bagai dirasuk hantu. Bantal-bantal kecil yang disusun kemas habis dilempar ke hujung bilik. Ada yang terkena isterinya, ada yang basah akibat tercampur dengan bubur nasi tadi.

"Saya faham awak, Jimin. Saya faham awak..." Lekas dia berlari sebelum tubuh suaminya dipeluk kuat.

"TAK, KAU TAK FAHAM AKU! KAU TAK FAHAM APA YANG AKU RASA, SEBAB SAMPAI BILA-BILA PUN KAU TAKKAN PERNAH FAHAM AKU!"

Badan Haerin ditolak kasar ke belakang, namun gadis itu masih berani memperketatkan lagi dakapannya pada tubuh Jimin.

"Jangan macam ni, Jimin. Tolonglah jangan jadi macam ni." Kepala milik suaminya dirapatkan pada dada bersama air mata yang merembes keluar.

"AKU TAK TAHU APA LAGI NASIB MALANG AKU LEPAS NI! SIAL APA LAGI YANG KAU BAGI DEKAT AKU HAH, PEREMPUAN?!"

Rambut Haerin ditarik-tarik membuatkan gadis itu mengetap bibirnya menahan sakit. Terlampau pedih sehingga dia dapat rasa rambutnya yang bakal tercabut nanti.

"LEPAS KENAL DENGAN KAU, SEMUANYA BERUBAH! LEPAS SATU, SATU NASIB MALANG YANG DATANG DEKAT AKU! HYERIN MATI, AKU ACCIDENT. LEPAS NI APA LAGI?! APA LAGI, PEREMPUAN?!"

"J-Jebal..."

"DAH, KAU KELUAR DARI BILIK AKU! AKU TAK NAK TENGOK LAGI MUKA KAU DEKAT SINI! KAU KELUAR SEKARANG!"

"KELUAR LAH, BODOH!"

Perlahan-lahan, pelukan pada tubuh suaminya dirungkaikan.

Dia memandang Jimin. Atau lebih tepat lagi, rambutnya yang berada dalam genggaman tangan lelaki itu.

Tuhan, sakit sangat.

Air mata yang tadinya berhenti menangisi nasibnya turun semula, seakan-akan mengerti akan segalanya.

"AKU KATA KELUAR!"

Lamunannya seakan-akan terhenti, lebih-lebih lagi apabila dia terasa sesuatu yang mencucuk perutnya. Ari-ari dipegang.

Terus tongkat Jimin yang mencucuk bahagian ari-arinya jatuh menyembah lantai.

"Tsk, s-sakit." Tubuhnya spontan membongkok bersama dahi yang berkerut menahan perit. Peluh semakin lebat mencurah dahi.

Senak.

Itu yang dirasakannya sekarang ini.

Jimin senyap tanpa kata. Pandangan kosong diberikan kepada Haerin. Seterusnya jatuh kepada kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai.

Semuanya... bukan salah dia.

Dia lelaki sempurna, dia tak akan pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya.

Tubuh si isteri yang berlari meninggalkan bilik sambil terbongkok-bongkok dengan cecair jernih lebat membasahi pipi dipandang sekilas.

Buat pertama kali dalam hidupnya, dia rasa bersalah seteruk ini. Selama ini, dia sentiasa betul. Hanya dia yang betul. Hanya dia.

Lelaki sempurna takkan sakiti perempuan. Kan?

Dari atas katil, tongkat yang berada di atas lantai cuba dicapai. Cuba lagi, namun dia masih tidak berdaya hatta untuk menyentuh pangkal tongkat.

Padahal kedudukan tongkat itu tidak terlalu jauh dengan dirinya. Tapi faktor badan yang berada tinggi di atas katil, benar-benar menyusahkannya.

Dia menunduk ke bawah lagi.

Sedikit lagi, sebelum tiba-tiba dia hilang keseimbangan dan menjunam jatuh ke bawah. Meniarap di atas lantai.

Betis kanannya yang berdenyut-denyut diheret dalam keadaan meniarap. Kedua-dua belah lengan digunakan untuk mengengsot mendekati tongkat.

"Argh." Dia memandang serpihan kaca yang menusuk masuk ke dalam siku kirinya. Ditarik dan dilemparkan ke bawah katil.

Sampai di hadapan tongkat, dia menggunakan dinding sebagai penyokong untuk berdiri seperti biasa.

Setelah berjaya, tongkat dihayunkan keluar daripada bilik. Si isteri yang mula berjauh hati dicari namun tidak berhasil.

Terbit satu keluhan kesal daripada mulutnya.

Without his knowing, he could be a monster. He has turned into it.

Seluruh ruangan tingkat dua dicari, tapi bayang isterinya langsung tidak kelihatan.

Sambil menuruni tangga ke tingkat satu, dia memanggil nama gadis itu. Buat kali pertama dalam perkahwinan ini, dia memanggil nama sebenar isterinya.

Bukan lagi perempuan, bodoh, murah atau slut seperti dulu.

Langkah diatur berhati-hati bersama tongkat yang digenggam kuat.

Tapi siapa dia untuk mengubah takdir Tuhan?

Hujung tongkat yang licin mengubah laluannya menyebabkan dia tergelincir dan bergolek jatuh ke bawah.

Ketika ini, baru dia tersedar akan sesuatu. Sisa bubur yang terlekat pada hujung tongkat adalah punca semuanya. Sisa bubur yang dimasak oleh isterinya.

Dan kerana itu, Haerin adalah penyebabnya.

Kepalanya terus terhantuk kuat pada dinding. Darah pekat mula mengalir keluar daripada kepala sebelum segalanya berubah menjadi gelap.

Gelap segelap-gelapnya.

'Deeper, deeper.
The wound just gets deeper.'

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now