39

435 82 62
                                    

Bakul kain diangkat dan diletakkan berhadapan televisyen. Skrin yang memaparkan seekor harimau sedang membaham rusa itu direnung penuh minat sebelum dia melabuhkan punggung.

Rancangan Nat Geo Wild. Sambil melipat kain, boleh juga dia memahami lagi tentang kehidupan binatang buas di dunia. Itupun makin hari, makin diancam kepupusan.

Ngauman enjin kereta yang menyapa pendengarannya membuatkan dia berkerut kening. Macam kereta suaminya.

Tengah hari pun tak masuk lagi, memang mustahil lah untuk Jimin balik. Tapi tak mustahil juga.

"Eh baru pukul 11 pagi, awalnya awak balik. Kata ada meeting petang ni. Ke postponed hari lain?" Tegurnya bernada pelik.

Iyalah, malam semalam lepas dapat popo tu kemain teruja sebab lama dah tak masuk bilik mesyuarat. Tup tup hari ni jadi benda lain.

"Diam ah, aku balik awal pun nak kecoh." Jimin menjeling tajam. Kakinya dihentak naik menuju ke tingkat atas. Sampai di tingkat atas pula, pintu dihempas kuat.

Terlopong Haerin. Terus hilang semangat melipat kain yang bertambung tadi.

Dia pun satu, suka sangat kumpul kain banyak-banyak biar penuh dua raga baru reti nak lipat. Padan muka.

Lagipun, kain yang banyak tu semua pakaian suaminya. Mandi pula lama mengalahkan perempuan. Kalau hari cuti, sehari tu enam belas kali mandi pun tak apa.

Dia pula yang naik risau.

Dia bangun berdiri dan mula mendaki anak tangga sedikit demi sedikit sehingga tiba di hadapan bilik tidur. Tombol pintu dipulas seraya kepala dijengukkan masuk ke dalam.

"Awak..." Panggilnya perlahan.

"Awak kenapa?"

Jimin yang sedang membuka ikatan tali leher mendengus geram. Setelah itu, tali leher tadi dicampak kasar ke atas sofa.

"Kau diam boleh tak? Aku serabut, faham tak serabut?"

Suara ditekankan sebelum suaminya itu laju menapak ke walk-in wardrobe. Tidak lama kemudian, dia muncul semula bersama sehelai tuala di tangan.

"Ya, tahu serabut tapi cuba cerita kenapa. Ada masalah ke dekat pejabat tadi?" Haerin bertanya, masih dalam nada biasa.

"Kalau takde masalah takdanya aku kusut macam ni. Dah la, kau keluar. Aku nak mandi. Semak je."

Ddum!

Pintu tandas ditolak kuat. Kalau kuat sikit je lagi, mungkin boleh pecah pintu dibuatnya. Kalau pintu kayu tak apa juga, ni kaca. Jadi satu kerja pula nak kena kutip kaca yang bertaburan nanti.

Haerin menggaru belakang leher. Kejap sedih, kejap marah tak tentu hala. Haish!

Langkahnya diorak turun ke dapur. Sticky note di dalam laci kabinet diambil dan diconteng sesuatu di atasnya sebelum ditampalkan pada peti sejuk.

' cool yourself down, husbie.
saya keluar ni, halmeoni ajak dating hohoho.

p/s- nanti balik baru saya masak.
tak sempat. (๑ơ ₃ ơ)♥ '

⭐⭐⭐

"Pergi mana? Nak ikut." Pinta Alessia sambil berlari anak mendapatkan Halmeoni dan Jaena di halaman rumah.

Macam biasa, menunggu driver Halmeoni panaskan kereta sebelum menuju ke rumah cucunya itu dan terus pergi ambil Haerin.

"Kau duduk rumah je. Jaga lembu dekat belakang." Jaena malas berbasa-basi lagi dengan Alessia. Orang nak pergi, dia pun nak pergi. Orang nak berak, tak nak ikut pula.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now