34

440 74 40
                                    

Jaena mengatur langkah menuruni anak tangga untuk ke bawah. Kelibat perempuan yang benar-benar menguji kesabarannya itu ditenung dari atas tangga.

Bibir diketap geram. Nak kena perempuan ni. Berani eh dia duduk sebelah Jungkook?

"Kook, jom tolong saya masak dekat dapur. Jimin dah tolong wife dia dekat luar, awak pulak kena tolong saya. Eo? Jom jom."

Punggungnya direbahkan ke atas riba Jungkook sebelum lengan suaminya ditarik-tarik. Sengaja dia bersikap manja di hadapan perempuan jengkel ni.

Jungkook menyimpan senyum. Tak lain tak bukan, mesti kes cemburu ni.

"Apa dah nama tadi? Tak ingat pula." Tanya Jungkook. Dalam situasi Jaena pula, tak habis-habis dia mengutuk suaminya. Ergh gatal!

"Ah? Oh, Alessia." Balas perempuan tadi sambil tersenyum manis ke arahnya. Saat matanya bertentangan dengan anak mata Jaena, seakan-akan ada sesuatu yang ingin dilaksanakan oleh gadis itu.

Sesuatu yang Jaena sendiri belum pasti apa, bila dan di mana.

"Pergi dulu eh. Jom, sayang." Jaena bangun dari riba Jungkook dan mereka berdua terus menyusun langkah ke dapur.

"I'll see you soon... Jeon Jungkook."

Alessia diam. Susuk tubuh sepasang suami isteri yang terlajak mesra itu direnung dari belakang.

Kakinya disilangkan bersama mata yang dililaukan ke segenap ruang rumah Halmeoni. Besar, lebih besar jika ingin dibandingkan dengan rumahnya di Switzerland.

Bukan, rumah ibunya.

Setelah memastikan tiada lagi manusia di dalam rumah, dia mengatur langkah ke arah tangga. Derapan kakinya begitu perlahan, cukup untuk didengari oleh telinganya sahaja.

Sampai di tingkat atas, dia menghayunkan kaki sambil memerhati lampu-lampu kecil di sepanjang laluan. Pantulan cahaya pada pahanya yang terdedah ketika berjalan dipandang sejenak.

Tubuhnya hanya ditutup dengan sehelai blaus kecil paras atas paha. Seksi, dia suka.

Laluan yang dipenuhi dengan pintu-pintu bilik dilalui dengan lenggok badannya yang mampu menggoda setiap syaitan yang memandang.

Potret-potret besar yang tergantung di hujung laluan itu dipandang sepi. Ada lelaki, ada perempuan. Tapi majoritinya adalah kaum lelaki.

Susur galur keturunan Park.

Saat matanya ralit mencerlung tajam ke arah sebuah potret, langkah kakinya terhenti di hadapan sebuah bilik.

Dia cam bilik ini. Bilik Jimin, kenal sangat.

Tanpa melengahkan masa, pintu bilik lelaki itu ditolak dan dia pantas menyelit masuk ke dalam. Sebelum dirinya tertangkap, lebih baik dia ambil langkah menjaga-jaga terlebih dahulu.

Tubuhnya dibaringkan ke atas katil. Dia menggeliat besar menyebabkan blaus kecilnya itu terselak sehingga ke atas.

Menyedari tentang itu, dia tergelak halus. Cuba bayangkan kalau Jimin terpandang dirinya yang seksi di atas katil ketika ini. Aum.

Cadar yang sedikit renyuk itu dibetulkan. Bantal Jimin diambil dan dibawa ke hidung.

Wangi. Bau maskulin.

Baru beberapa minit dia berkhayal di situ, barulah dirinya tersedar akan sesuatu. Terus kakinya diatur keluar daripada bilik.

"Kamu buat apa dalam bilik diorang, Alessia?" Terjah Halmeoni secara tiba-tiba.

Alessia terpempan. Kepalanya diangkat ke arah Halmeoni yang memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Air liur diteguk kesat. "T-takde buat apa pun. Ingat er ingat nak cari R-Rin tapi dia takde kat dalam. Em."

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now