41

413 80 91
                                    

Sebelum korang murung, pergi la jenguk  dulu story baby aku ni HAHAHAHAHAHA
ttaehazel-

___________________________________

Haerin menggaru lehernya tatkala terdengar bunyi sesuatu yang kuat dari dalam bilik. Comforter tebal yang menutupi hidung ditarik ke bawah. Terpisat-pisat matanya dicelikkan separuh.

"Aku sedarkan kau ke? Sorry, sayang." Sapa Jimin sambil tersengih memandang si isteri. Jam tangan yang terjatuh ke atas lantai tadi dikutip semula.

Haerin cuma memerhati suaminya itu menyarungkan jam tangan dengan keadaan dirinya yang masih mamai. Beberapa saat selepas itu, barulah otaknya dapat memproses tindakan Jimin.

"Hari ni kan Sabtu, cuti. Tak kan nak pergi kerja juga? Awak mengigau eh?" Soalnya aneh sebelum menerima tawaan daripada Jimin.

"Mana ada pergi kerja. Nak jumpa Namjoon jap, dia tersilap bawa balik fail ke rumah dia." Balas Jimin seraya botol minyak wangi ditekan dan disembur ke kiri dan kanan leher.

"Kau tidurlah dulu, awal lagi ni. Semalam tidur lewat kan, mesti kau mengantuk."

Haerin mengangguk malas lantas matanya dikatup sekali lagi. Mengantuk gila. Sebelum ni pun, hari-hari dia bangun awal untuk sediakan sarapan buat suaminya. Hari ni, biarlah dia nak lena lena dulu.

"Rin-ah." Jimin memanggil tiba-tiba. Terus gadis itu membuka mata dan mengangkat kepala memandang suaminya.

"Aku tak balik tau lunch ni, masakkan untuk kau je lah. Kalau rasa penat, kau order delivery tak apa. Sebelum malam aku janji aku balik." Sambung Jimin lagi. Kunci kereta di dalam laci dikeluarkan.

Haerin berkerut kening. "Kata nak pergi rumah Namjoon je, tak kan ambil fail pun lama sampai malam?"

"Memang la. Tapi lepas pergi rumah Namjoon tu aku nak singgah tempat lain, ada kerja sikit. Tapi aku dinner dekat rumah. Jangan risau, okay." Jimin meyakinkan Haerin walaupun dia sendiri tidak yakin dengan apa yang dijanjikannya itu.

Janji, hanya sekadar janji. Kalau bukan untuk ditepati, pasti untuk dimungkiri.

"Betul ni?"

"Iya, sayangku Hyerin. Meh nak sayang sikit. Mmuuu." Jimin memuncungkan bibir sebelum bibirnya ditampar perlahan oleh si isteri. Eee, gatal.

"Pergi jauh sana, saya tak mandi lagi ni. Shuh shuh!" Halau Haerin lantas gebar ditarik membaluti seluruh tubuhnya.

"Takpe, makin busuk makin aku sayang. Cepatlah, satu je. Dekat pipi pun jadi." Gurau Jimin bersama bibir yang terherot menahan gelak di dalam hati. Alahai, bini dia ni.

Masa ni memang la malu. Malam semalam kemain, dia pula yang terlajak gatal. Geram je nak gomol.

◾◽◾

21.07;

Panggilan langsung tidak diangkat. Kali ini, hampir enam kali dia menelefon suaminya. Dan setiap kali itulah masuk ke voicemail.

Biasanya kalau ada mesyuarat penting barulah suaminya itu akan matikan telefon. Kalau mesyuarat biasa, selalunya vibrate mode.

Tapi hari ni mana ada mesyuarat.

Grukk! Grukk!

Sudahlah dia lapar sekarang ni. Perut pula sejak tadi bernyanyi dangdut.

Sekeping roti di atas meja dicapai dan disuakan ke mulut. Kalau tahu akan jadi macam ni, mesti dia dah order mana-mana delivery siang tadi. Paling kurang pun boleh buat alas perut.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now