29

414 83 25
                                    

Jimin menggumam kecil sewaktu menuruni anak tangga. Langkahnya santai dengan tangan yang memegang erat palang tangga di sepanjang laluan.

Saat kakinya melangkah ke arah ruang keluarga, matanya tertancap pada sebiji phone yang terletak di atas almari kecil. Betul-betul bersebelahan dengan pasu bunga kecil dan susunan lego yang memanjang.

Dia berjalan mendekat bersama kening yang berkerut. Kemudian, phone tadi dicapai dan dibelek-belek.

Fon siapa ni? Buruknya.

Sah! Kalau bukan milik dia, mesti milik Haerin. Tapi, usangnya. Zaman sekarang ni, orang tak pakai dah pun fon cikai-cikai macam ni.

Dia memandang tingkat atas, kalau-kalau isterinya tadi sudah siap mandi dan keluar bilik. Kalau tak, naya dia. Nak jawab apa nanti?

Setelah memastikan line clear, fon tadi diambil dan dibawa dengannya menuju ke sofa.

Tapi kalau betul fon di genggamannya sekarang ini milik Haerin, kenapa dia tak pernah nampak gadis itu bermain fon di hadapannya? Sekali pun tak pernah.

Fon di-onnkan. Dia menanti dengan penuh sabar, bersedia untuk membuat spotcheck terhadap fon isterinya itu. Hehehe!

Ippi?

Seriuslah brand Ippi? Jenama Ippi tu last dia main time sekolah rendah dulu, itu pun rembat member punya. Dia sendiri tak pernah memiliki sebarang gajet berjenama Ippi.

Skrin bernyala lantas lockscreen wallpaper mula kelihatan. Gambar perkahwinan mereka, cantik. Bibirnya tersungging sengihan kecil.

Eh?

Memang Haerin langsung tak setkan password ek? Wah, memang mudah kerja dia. Rasa macam Haerin mengalu-alukan pula spotcheck yang dijalankan sekarang ini. Hakhak!

Skrin diseret sebelum homescreen wallpaper pula menjamu matanya. Kali ini, gambar candid isterinya berseorangan bersama gaun pengantin.

"Jimin?"

Jimin tersentak namun masih beriak selamba. Fon tadi diselit ke bawah paha sebelum berpaling. Susuk tubuh Haerin di atas tangga direnung sehingga gadis itu tiba di belakangnya.

"Nak breakfast apa?" Soal Haerin dengan kening yang dijongketkan ke atas.

"Tak kisah. Scrambled egg pun boleh." Balasnya. Remote tv ditekan dan dia duduk bersilang kaki, acah menonton movie.

Haerin mengangguk. Dia tersenyum nakal, tiba-tiba rasa ingin mengusik suami sendiri. "Tak nak tolong?"

Kalau hangit nanti, pergh.

Jimin mencebik halus. Tangannya diangkat sebelum dahi Haerin dijentik perlahan.

"Tak nak. Kalau tolong lipatkan pakaian, boleh je." Jimin memberi semula paku buah keras kepadanya. Jejaka itu tertawa.

Oh damn!

Haerin menjelingnya lantas berlalu ke dapur. Ala jeling-jeling manja gitew.

Selepas kelibat Haerin menghilang daripada pandangan mata, fon berjenama Ippi tadi dikeluarkan daripada bawah pahanya.

Ikon 'Gallery' ditekan. Satu persatu gambar ditenung bagai nak tembus. Kebanyakannya, gambar Jimin ada dalam screenshot folder. Mana entah dia cekau semua gambar tu.

Camera folder ditekan pula. Kelima-lima gambar adalah gambar selfie sewaktu jadi set-set noob time highschool dulu. Zaman tu, beli makanan dekat kantin pun beratur lagi.

Semua gambar selfie isterinya diperhati dengan senyuman lucu. Lekas dia menekan button 'share' dan mencari contact dirinya pula.

'🐥 Husband'

Jimin tertawa kecil. Adeh, itik dia bagi aku ya?

Setelah itu, ruangan 'chat' ditekan pula. Skrin tv yang memaparkan horror movie langsung tidak menarik perhatiannya sekarang ini. Spotcheck fon bini lagi penting.

Senyuman yang melebar sejak tadi kian mengendur secara tiba-tiba. Skrin diseret ke atas, seiring dengan jantung yang berdetak laju.

Pelik.

Dia rasa pelik.

Kenapa dia langsung tak reply semua message isterinya? Malah semuanya ditinggalkan bluetick tanpa dibalas.

iPhone miliknya pula dicapai dan dibuka ruangan chat. Butang 'search' ditekan dan dicari nama isterinya itu.

🔍 Hyer...

Tiada.

🔍 Say...

Juga tiada.

🔍 Wif...

Tiada lagi.

Keningnya bertaut. Habis tu dia save apa? Ruangan chat diseret sehingga sampai ke bawah.

• unknown •

Ingin ditekan, tapi setelah dia terpandang mesej terakhir adalah clear, terus terbatal hasratnya. Mesti dia ada ter-clear message hari tu.

Tapi, memang betul!

Profile photo tadi adalah gambar isterinya. Gambar yang diambil bersama sejambak bunga di tangan.

"Awak buat apa dengan phone saya?" Sampuk Haerin yang masih berdiri di dapur.

Jimin mengangkat kepala.

⭐⭐⭐

"Ya Tuhan, betul Jimin. Buat apa saya nak tipu awak? Saya yang ter-delete replies awak dalam phone saya." Bicara Haerin bersungguh-sungguh.

Kepala Jimin terteleng memandangnya. Riak wajah itu benar-benar serius, seakan Jimin cuba mengingati apa yang pernah terjadi.

"Kenapa delete replies aku je? Kenapa tak clear semua?"

"Kan saya dah kata saya ter-delete. Maybe time tu phone saya ada problem kut, itu yang dia delete replies awak je."

Haerin maju ke hadapan. Fon Ippi di genggaman suaminya dirampas perlahan. Mata yang berkaca-kaca dialihkan ke arah lain.

"Kenapa kau nampak bersungguh defend diri sendiri? Apa yang kau takutkan sangat?" Soal Jimin, masih dengan riak seriusnya.

Sebab saya tak nak awak yang dulu. Dan saya takut andai perkara yang sama berulang lagi.

"Hey, aku tanya je. Kau nangis ni kenapa?" Jimin tergelak kecil. Melihatkan anak mata isterinya itu yang bergetar, dia rasa lucu.

"Awak tu yang tak percayakan saya!"

"Jangan nangis dah. Jom pergi makan, aku lapar ni." Ajak Jimin. Lengannya selamba diletakkan ke atas bahu Haerin dan mula mengorak langkah ke dapur.

"Kesat air mata tu. Dasar cengeng!" Kerling Jimin.

Dia takut. Takut kehilangan.

Silapnya kah?

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now