37

482 82 49
                                    

"Esok aku dah start kerja. Kalau kau nak duduk rumah Halmeoni, aku boleh je hantarkan pagi tu. Nak?" Soal Jimin.

Stereng kereta diputarkan ke sebelah kiri, menuju ke simpang empat rumahnya.

Haerin mengeluh berat. Wajah suaminya itu ditatap dari sebelah kanan. "Awalnya. Tadi baru bertolak balik dari rumah Halmeoni, esok dah terus masuk kerja. Tak penat ke?"

"Penat tak penat, tanggungjawab tetap tanggungjawab, sayang. Takkan sampai bila-bila nak biar Namjoon yang tolong tengokkan company. Dia pun ada bisnes yang dia sendiri kena jaga, kena handle." Terang Jimin.

Hampir 4 bulan dia mengambil cuti, dan selama 4 bulan itulah Namjoon yang uruskan segala hal syarikat. Jimin pula, hanya memeriksa ekonomi syarikat melalui file yang di-emailkan oleh Namjoon.

"So nak duduk rumah Halmeoni ke macam mana ni?" Tambah Jimin lagi.

"Tengoklah dulu."

"Hyerin-ah..."

Selepas lampu isyarat berubah kepada merah, brek ditekan kemudian dia berpaling memandang Haerin.

"Esok aku balik awal. Lepas tu, kalau kau nak menempel celah ketiak aku pun boleh. Nak gesel-gesel sampai malam pun aku tak kisah dah." Jimin menjelaskan lagi sebelum lelaki itu tergelak kuat.

"Tch. Yalah, balik pukul berapa?"

Jimin menggumam kecil. Jam pada dashboard kereta dipandang. Aku pun tak tahu kenapa dia pandang.

"Before it turns 3, I guess."

"Beres. Saya duduk rumah jelah." Jawapan selamba diberikan.

Lampu isyarat kini bertukar hijau. Pedal minyak ditekan membuatkan kepala gadis itu tergerak sedikit ke hadapan. Pergh, laju bebenor.

"Sure ni nak duduk rumah je?"

"Sure. Eh, tapi kalau Jaena ajak keluar esok macam mana? Kelmarin dia ada ajak pergi usyar barang-barang baby dia. Nak tengok je dulu, kalau berkenan dia beli."

Mata dikerdipkan ke arah Jimin. Terpujuk la terpujuk la.

"Baru je pregnant berapa minggu, awalnya lahai pergi cari barang baby. Ha pergi jelah kalau nak pergi sangat, tapi jangan balik lewat. Kalau balik lewat jugak, siap la kau nanti ek."

Haerin tersengih. Tangannya diangkat dan diletakkan di hadapan dahi. "Baik, boss."

Walhal sebenarnya, ingin sahaja gadis itu bersuara. Dia Haerin, bukannya Hyerin seperti yang disangkakan Jimin sehingga sekarang.

Namun apakan daya, semuanya bagaikan tiada guna.

⭐⭐⭐

0927, J'mean Holdings.

Jimin mengetuk-ngetuk hujung batang pen pada permukaan meja. Keningnya terjungkit ke atas memandang timbunan fail-fail yang perlu disemak buat hari ini, termasuk persediaan pembentangan untuk beberapa hari lagi.

Memang pening habis kepala dia.

Fail seterusnya dibuka dan dibelek pada helaian pertama. Kaki kanan diangkat dan disilangkan pada lutut sebelah kiri. Lenguh dalam posisi itu, dia duduk bersila pula di atas kerusi.

Drtt! Drtt!

Bunyi notifikasi iPhone di hadapannya ketika ini menggamit matanya untuk memandang. Pen diletakkan semula ke atas meja sebelum smartphone tadi diambil dan dimasukkan password.

JaeNatang

pinjam Rin jappp

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now