10

527 88 9
                                    

Haerin menjengketkan kakinya sebelum menyusun pakaian Jimin ke atas ruangan almari besar yang terbuka luas.

Selesai menyusun, dia mengambil pula pakaian kerja yang sudah digosok dan disangkut ke atas palang yang memanjang sehingga ke hujung dinding.

Krakk! Krakk!

Badan diregangkan sambil dia berjalan keluar daripada walk-in wardrobe. Lenguh. Tambahan pula, almari ini terlalu tinggi mencecah siling rumah.

"Lusa aku kena fly ke Berlin. Jadi, tolong sediakan pakaian untuk aku." Tegur Jimin dari arah belakang.

Haerin berpusing memandang gerangan suaminya. Santai sahaja suaminya itu membaca buku di atas katil bersama kaca mata bulat berada di hujung hidung.

Handsome. Nampak bijak dan terlalu berkarisma tinggi.

"Hoi, dengar tak?" Soal Jimin. Buku ditutup dan diletakkan ke atas meja kecil sebelah katil.

"Dengar je." Punggung dilabuhkan di bucu katil. Wajah suaminya ditatap dalam.

"Berapa hari? Lama sangat ke? Sebab senang nanti saya nak prepare luggage awak apa semua lagi."

Jimin berkerut kening cuba mengingat. Kaca mata dibuka dan disangkut pada leher baju.

"Two weeks." Balas lelaki itu dalam nada biasa. Pelipisnya diurut-urut. Pening.

Haerin mengangguk faham. "Kiranya awak tak sempat lah nak attend wedding Jungkook dengan Jaena?"

"Dah tahu tanya lagi buat apa?" Jelingnya halus.

Gadis itu mengemam bibir. "Habis tu sepanjang awak takda, saya kena duduk sorang-sorang lah nanti?"

"Kau ni memang jenis suka tanya soalan yang kau dah tahu jawapan ke hah? Iya lah. Benda macam tu pun nak kena explain." Bebel Jimin.

Haerin menjuihkan mulut. Kalau satu hari mood suaminya itu hundred percent baik memang tak boleh eh?

"Kalau saya rindu macam mana?" Bicara Haerin perlahan.

"Apa?"

Pantas dia menggeleng. Memang tempah maut la kalau cakap kuat-kuat tadi.

Jimin menutup matanya erat. Pelipis diurut lagi. Penat bercampur pening, rasa nak pengsan pun ada.

"Awak baring lah. Biar saya urutkan." Pinta Haerin.

Dia menyusun langkah mendekati suaminya. Tidak dilupakan, botol freshcare turut diambil sekali.

"Tak payah. Aku tak perlukan bantuan kau. Pergi tidur." Tolak Jimin. Tubuh isterinya ditolak-tolak menjauh.

"Awak baring je. Saya nak urutkan je, bukannya nak buat apa-apa pun." Rayu Haerin. Keras kepala betul.

Jimin memandang tajam. "Memang jenis tak faham bahasa ke apa kau ni hah? Aku cakap tak payah tu, tak payah je lah. Ke kau tak pergi sekolah dulu?"

Air liur diteguk kesat.

"O-okay." Botol freshcare diletakkan di hadapan suaminya.

Dia berjalan ke ruangan sebelah dan mengambil sebiji bantal bersama comforter tebal sebelum dihamparkan di penjuru bilik.

Bersebelahan pintu, seperti biasa.

"Ada aku suruh tidur dekat sana ke, perempuan? Takde, kan? Jadi jangan memandai nak buat cara sendiri. Aku tengking nanti sia-sia je hidup." Marah suaminya lagi.

Haerin mengambil nafas dalam. Bantal dan comforter tebal tadi dikutip semula kemudian dibawa ke katil.

Dia cuma memandang tingkah suaminya yang menyusun bantal peluk di tengah-tengah antara dirinya dan lelaki itu.

Memang jijik sangat ke dia sampai Jimin sendiri mengelak untuk bersentuhan dengannya?

"Tunggu apa lagi? Tidur je lah. Ke nak tunggu aku dodoikan kau macam dalam cerita dongeng semua tu? Sedarlah, kita hidup dalam dunia realiti, bukannya fairytale." Jimin mendengus geram.

"Nak tidur lah ni. Sabar la." Omel Haerin perlahan.

"Ha menjawab. Aku heret tidur dalam tandas baru tahu." Sambung suaminya lagi selepas menutup suis lampu tidur.

Setelah memastikan gadis itu tidur, barulah Jimin mencapai botol freshcare sebelum disapu pada pelipis dan mengurut belakang lehernya yang berdenyut-denyut.

Hilang lah sikit sakit tu berbanding awal tadi.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now