•⊰ 3 ⊱•

942 125 125
                                    

Episod 4

Umpama suara kuda mengilai dipagi hari,itulah perumpamaan sesuai bagi seorang jejaka bernama Jhope.Berjuta peluh dah menitik dekat dahi dia.Badan menggigil ketakutan.

Mana tidaknya?Baru sahaja dia ingin mengemas bilik baru Suga,dia ternampak sekujur tubuh gadis sedang tidur diatas katil sahabatnya.Sampai terjatuh tangkai vakum yang dipegang Jhope.

"Han...han...han..."

Jiyeon berkerut dahi.Dia bangun dari katil dan berlalu kearah Jhope.Dengan kaki gadia itu yang langsung tidak menjejak lantai,membuatkan Jhope rasa nak terkencing.

"Ahh st...stop there!" Jerit Jhope.Jiyeon terkebil kebil.Dengan pantas,Jhope keluar semula dan mencampakkan vakum kearah Jiyeon.Nasib Jiyeon mengelak dengan gaya rambut menggerbangnya.

Jhope menutup pintu bilik Suga tergesa gesa dan berlari masuk kedalam bilik lain yang sedang dikemas Namjoon dan Suga.Tercugap cugap nafasnya kini.

"Kau dah kenapa?"Tanya Namjoon hairan.Jhope menunjuk kearah bilik Suga lalu tak lama kemudian Jhope pengsan.Terkejut Namjoon.

"Oi oi wey pengsan pulak apahal nih?"Segera Namjoon papah Jhope.Suga masih blur dengan keadaan.Dia tak faham.Semuanya berlaku terlalu pantas.

Terjongket kening Namjoon memandang Suga. "Hey,kau ni pahal pulak?"

"Tak...jap aku tak faham.Ni si kuda hyper ni tiba tiba pengsan apasal?"Suga masih loading.

Namjoon mengeluh."Dia tunjuk bilik kau tadi.Dahla aku nak turun jap nak suruh Jin uruskan si Jhope ni.Kau pi lah check bilik kau tuh eyh?"

Setelah Namjoon berlalu pergi,Suga menerjah biliknya.Manalah tau,ada perompak.Eyh,ada juga eyh perompak nak mencuri dekat vila lama nih?Hahaha!

Tapi,yang muncul dimata Suga hanyalah katilnya,almari dan juga meja solek.Naik hairan Suga.Baru sahaja ingin menutup pintu biliknya kembali,ada sesuatu menghalangnya berbuat demikian.

"Sekejap..."Terbeliak mata Suga memandang kearah itu.

Vakum Pensonic X9000 blue dia punya!Hancur berkecai macam baru kena geser dengan treler 16 tayar!Dengan muka tak percaya,Suga hampiri vakum yang tersadai lemah dan sudah tidak bernyawa disisi katilnya.

"Whut?!Aniya!! Vakum aku!Jhooopeee!!"

-----💜-----

"Pelikla diorang..."

Jiyeon duduk di bilik bawah tanah sambil bercakap seorang diri dengan patung barbie kesayangannya.Dari kecil lagi,dia dah simpan patung tuh.Selepas je insiden dia kena campak dengan vakum oleh Jhope dan tidak memberi kesan apa apa pada dirinya,dia terus turun ke bawah tanah.

Saja turun sini.Bagi Jiyeon,tempat bawah tanah itulah tempat paling dia suka.Paling penting, tempat itu sunyi dan membolehkannya berhalusinasi di dunia sendiri.Walaupun bilik itu sudah terkunci berabad lamanya,dengan mudah Jiyeon dapat lesapkan diri dan masuk dalam ruangan itu.

"Tapi kan...kenapa diorang nak kemas vila aku eyh?"Tanya Jiyeon lagi pada patung barbie miliknya yang diberi nama Zizi.

Jiyeon mengeluh apabila Zizi tidak menjawab malah asyik tersenyum padanya dari tadi."Eyh Zizi,kau pekak ke gila?"

Unforgotten Soul.Où les histoires vivent. Découvrez maintenant