•⊰ 36 ⊱•

489 77 25
                                    

Episod 36

"Kau pergi mana tadi,Joon?Time emergency macam tadilah kau menghilang!"Marah Daniel sambil melihat wajah Namjoon yang berkeringat.

Jejaka berlesung pipit itu buat tidak endah sahaja kata kata Daniel.Jaket kulit dibukanya sehingga menampakkan baju T hitam yang dipakai.Bentuk badannya juga terserlah.

"Aku tau apa aku buatlah,Daniel.Jangan memekak boleh?"

"Boleh tak boleh belakang cerita.Aku bukan memekak,aku menasihati.Huh."

Daniel merengus geram.Taulah darjat Inspektor Namjoon dengan dirinya jauh berbeza.

Namjoon menepuk bahu Daniel.Dirinya dapat mengangak yang jejaka itu sedang geram dengannya.

"Okay.Actually, tadi aku jumpa penjenayah tu."

Pantas wajah Daniel bertukar riak."Deathman JM tu ke?"

Kepala jejaka berlesung pipit itu dianggukkan.Mulut Daniel mulai kecoh.Pelbagai soalan dihamburkan ke Namjoon bagaikan bertih jagung.

"Kau dapat tangkap dia tak?Dia pergi mana tadi hah puas unit aku cari dia tak jumpa jumpa!Mana dia sekarang?Dia-"

"Ish kau ni diamlah.Dia,terlepas."

"Pulak dah."Daniel memgeluh."Ingatkan bolehlah tutup kes ni.Seumur hidup,kes ni lah paling lama aku handle."

"Nak naik pangkat,kena banyak bekerja."Nasihat Namjoon.Daniel sekadar mengangguk lemah.

"Ni,kau suruh unit imegresen untuk halang laluan keluar masuk dari Paris-Korea Selatan.Setahu aku,lokasi Paris tulah sentiasa menjadi destinasi utama dia."

"Macam mana-"

"Buat je apa yang aku suruh.Jangan banyak tanya."

Daniel hanya memandang susuk tubuh Namjoon yang mulai beredar darinya.Pada fikirannya,bagaimana Namjoon boleh selesaikan semua benda sedangkan Namjoon tidak pernah mengikuti plan yang telah ditetapkan polis?

Unit polis sudah merancang ingin menahan Deathman JM di pintu masuk kapal terbang.Tetapi, Namjoon tidak mengikuti plan yang dirancang.Dia tiada di tempat yang sudah dirancang.

Namun,jejaka berlesung pipit itu masih juga dapat menjumpai Deathman JM.

Patutlah nama Inspektor Namjoon bukan kaleng kaleng.

-----💜-----

"Bodohlah!Siot punya polis!Kurang ajar kau,Namjoon!Berani kau cuba tangkap aku!Bodoh!"

Setibanya dia di rumah lamanya yang jauh di dalam hutan di Korea itu,dia terus mengamuk.Perabot rumah diterajang dan disepaknya tanda geram.

Dia pasti,inspektor itu akan menyuruh unit imegresen supaya menyekat laluan keluar masuk dari Paris ke Korea Selatan.Otaknya bijak merangka strategi.

Nafasnya turun naik.Dia keluar dari rumah sebelum duduk di kerusi kayu dihadapan rumahnya itu.Rambutnya dikuak kasar sebelum wajahnya diraup.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now