•⊰ 31 ⊱•

494 75 64
                                    

Episod 31

"Jiyeon?"

"Huh?"

Dengan pantas Jiyeon mengesat air matanya.Dia cuba tersenyum dan berlagak tenang.

"Hah bangun pun.Cepat makan.Lepasni rehat 10 minit.Jangan terus tidur lepas makan tau?Nanti kalau awak panas,jangan mandi malam malam.Nanti sakit tulang.Le-"

"Hey hey!Apa membebel tiba tiba ni?"

Jiyeon menelan liur apabila Suga memandangnya tepat ke anak mata.Pandangannya mencurigakan dan mampu memberi maut kepada jantung Jiyeon.

Jiyeon tersengih kecil."Sudahlah,saya letih."

Pantas gadis itu berlalu pergi sebelum mengunci pintu.Suga sekadar memandang dengan riak pelik.

-----💜-----

"Taehyung."

Taehyung yang sedang membaca buku sambil mengenakan cermin mata bulat sekadar beriak kosong.

"Hey Taehyung."

"Hmm?Apa?"

Remote control diambil oleh Jungkook sebelum dia menghidupkan TV.Sengaja ingin memecahkan kesunyian.

"Kau ni kan...jenis mungkir janji.Diberi pengharapan,dibalas kedustaan.Diberi gula,dibalas garam."

"Eo?"

Automatik Taehyung berpaling pada sahabatnya itu.Nenek kubur mana yang tiba tiba merasuki si Jebon itu sehingga lidahnya ralit mengucap ayat sastera.

Lagi satu hal tidak dia mengerti.Apa yang dia telah janjikan?

"Mungkir apa,ni?Janji apa?"

"5 bukan berlalu,Tae.Teganya hati dikau.Sungguh aku kecewa.Hati aku bagaikan disiat siat."

Baru sahaja Taehyung ingin membuka mulut semula,Jhope datang lalu menghidangkan burrito.

"Wah burrito! Kau masak sendiri ke,Jhope?"

"Haah."Ujar Jhope sebaris.

Tanpa menunggu yang lain,terus burrito dilahapnya seorang.Jhope dan Jungkook sekadar membisu sambil memandang kaca TV.

Melihat perkara itu,Taehyung dilanda rasa hairan.Kenapa dengan dua ekor beruk ni?Biasanya jumpa makanan,terus berjimba sakan.

"Woah!Sedap gila makanan kau buat ni!Kau bubuh apa,Jhope?"

Taehyung tersengih sambil mengesat bibirnya daripada sisa burrito. Dia berkata benar,memang burrito itu amat lazat.

Jhope tersenyum sinis."Sedap gila?Kenapa?Kau gila disebabkan burrito aku ke?"

Buat seketika,tiada jawapan dari bibir anak Kim itu.

"Kau bubuh racun ke Jhope?"Tanya Jungkook acuh tidak acuh.Tiada riak mengejut.

Meletus ketawa sinis dari kawannya itu."Boleh dikatakan."

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now