•⊰ 17 ⊱•

523 87 41
                                    

Episod 17

Angin kelihatan kencang pada malam itu.Pintu vila terbuka luas secara tiba tiba apabila disambar angin,menyebabkan beberapa daun tua berterbangan memasuki kawasan dalam vila.Langsir juga berkibaran ganas serta tingkap yang terbuka.

Keadaan dalam vila yang gelap dan kusam mencorakkan lagi suasana seram disitu.Jiyeon pantas muncul secara tiba tiba diruang tamu.Dia bercekak pinggang memandang sekeliling.

"Kencangnya angin.Nak ribut ke?"Jiyeon menggaru kepala yang tidak gatal.

Saat itu, telinganya menangkap bunyi sesuatu yang datangnya dari arah kiri.Kepalanya automatik tertoleh.Berkerut dahinya melihat seseorang terkapai kapai didalam kolam renang.

"Lelaki tuh ke?"

Benar sangkaannya.Ketika dia tiba di situ,kelihatan Suga sudah tenggelam kedasar kolam.Jangan main main,kolam tu boleh tahan dalam juga.

Apa lagi,Jiyeon pun menjunamkan diri semata mata ingin menyelamatkan lelaki itu.Namun apa yang dilihatnya mengejutkan.Ada seorang kanak kanak perempuan sedang menarik kaki Suga dan berusaha mengikat kaki Suga dengan tali berhampiran batang besi tangga.

"Yahh!"Jiyeon terjerit lalu menolak kanak kanak itu.

Amarah Minji muncul saat Jiyeon menghalang perbuatan jahatnya.Suga sudah pengsan lemas,dan selamat berlabuh di dakapan Jiyeon.Ceh.

"Kau siapa!!"Kelihatan buih buih air dari mulut Minji keluar saat dia berkata kata.

Jiyeon sekadar menggeleng dan cuba berenang naik ke permukaan,tetapi kakinya pula digenggam erat oleh Minji.

"Aku pantang ada orang kacau kerja aku. Well, nak jadi heroin sangat kan? So, matilah sama sama dengan hero kau.Dramatik,kan?"Minji yang seolah olah dirasuk itu tersenyum sinis.Matanya berubah sedikit menjadi merah akibat membuka mata secara luas didalam air.

Jiyeon terkejut.Sedaya upaya dia cuba leraikan tangan Minji dari kakinya.Dia tahu dia masih boleh bernafas walaupun dalam air,tetapi Suga tak boleh.Suga pun dah pengsan lemas sekarang.Apa apa pun terjadi,dia kena bawa Suga ke permukaan dengan selamat!Cukup cukuplah dia bunuh orang,dia juga mahu kumpul kebaikan.

Tubuh Minji ditendang kasar sehingga Minji terjelepok jatuh.Pantas Jiyeon berenang ke permukaan air.Setibanya diatas,dia terus baringkan Suga di jubin kolam renang itu.

Baru sahaja ingin membuat CPR,Minji muncul di permukaan laut dalam keadaan mengerikan.Kini Jiyeon faham,Minji bukan manusia biasa.

"Bagi hak aku!!"Minji menarik tangan Suga agar jatuh ke kolam renang semula.

Jiyeon mengetap bibir tanda geram.Tanpa fikir panjang,dia mencakar muka Minji dan mencengkam rambut Minji.Serentak itu,dia mencampak Minji semula kedalam kolam.Kedengaran jeritan menyeringai kanak kanak,sebelum akhirnya air kolam menjadi sedikit hitam.

Keluhan berat dilepaskan.Sekiranya Minji itu sekadar manusia,pasti Jiyeon akan berbuat baik.Malangnya,Minji juga hantu seperti dirinya.Cuma roh Minji bukan biasa biasa,ada 'sesuatu' yang mengawal dirinya.

Ya,dendam.

Tanpa lengahkan masa,mari lihat Jiyeon melakukan CPR pada Suga.

Dada Suga ditekannnya sekuat hati.Butang teratas baju kemeja Suga dibuka agar Suga tidak berasa rimas.Ditekannya lagi dada Suga,namun Suga masih tidak bereaksi.

"T-tak mungkinla.D-dah...dah mati dah ke? Janganla mati dulu,kau mengucap pun belum..."Jiyeon bernada kecil.Sekejap,ada satu cara CPR yang dia belum buat.

"Takkan nak buat benda tuh?"Jiyeon menelan liur pahit.Hatinya berbelah bagi.Mindanya bagaikan kilang,serabut dengan macam macam.Akhirnya dia mengalah.

Mata dipejam erat.Bibirnya perlahan lahan didekatkan ke wajah Suga.' Maafkan aku,Kim So-hyun wahai artis terkenal korea,sorry sebab jadikan bibir kau mangsa CPR.' Desis hati kecil Jiyeon.

Kelihatan tiba tiba dedaun merah jambu melalui mereka.Wajah Jiyeon yang tengah feeling manakala muka Suga yang beriak kosong.Lagu cinta berkumandang. Be ready, tutup mata anda.

'You can do it,Jiyeon.'

'You can do it,Jiyeon.'

'You can -'

Tiba tiba,satu tangan menutup bibir gadis itu.Jiyeon terkedu.Matanya membulat melihat Suga membuka mata dam mata kucing itu betul betul merenung matanya.

"Takyah. I not need that." Ujar Suga dengan penuh swag dan wajah yang sukar ditafsir.Tangannya dilepaskan dari bibir Jiyeon.

Jiyeon terkedu.Tergamam.Terkesima.Perasaannya bercampur aduk sampai sebati menjadi satu perasaan.

Malu.

'Ahh weyy malu gila bhai ahhh Jiyeon pe kau buat ni?!Ya Tuhan kenapa harini hari paling memalukan bagi akulah huaaa!!Dia nampak ke aku feelin' nak cium dia tadi?!Ahh malunya takleh bawak bincang malu dia gais!!'

Jiyeon mengetap bibir.Dia pantas menutup wajahnya dan bangun ingin melarikan diri.Tapi secara automatik,Suga meraih tangannya buatkan Jiyeon terduduk semula.

Perlahan lahan,Jiyeon meleraikan tangannya dari menutup wajahnya.Wajah Jiyeon yang merah padam ditatap Suga agak lama.Susah Jiyeon ingin tafsirkan apakah yang bermain di kepala otak si gula itu.

"Siapa kau?"

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Tahap Langit Ketujuh diberikan kepada Jiyeon.Jiyeon menggeleng lantas merentap tangan dari Suga.

Gadis itu berlari tinggalkan Suga,sementara Suga hanya memandang langkah itu.Mindanya pantas mendapat satu aliran arus perasaan dari pegangan tangan tadi.

'Weird but sweet.' Suga tersenyum.

-----💜-----

Jiyeon menuju ke bumbung vila.Dia duduk disitu dan cuba menenangkan diri.Imbasan dia cuba mencium Suga tadi menghantui segenap ruang minda.

"Jinjjanae?!Ahh teruknya!!"Jiyeon menendang udara dan tangannya menumbuk bumbung tanda protes.Ini sudah kali kedua dia dimalukan.Pertama adalah ketika dia cuba takutkan Suga dengan memasuki biliknya.Namun,salah timing pulak!

Nafas cuba diambil tenang.Rentak jantung cuba dikawal.Dia memejam mata dan membuka mata kembali.Kini,dirinya sedikit tenang apabila melihat bintang bintang.

Dirinya pun menghilang.Masa menghisap darah,semua.

-----💜-----

TBC

Aish...nampak merapu gais huhu😞😖
.
.
.
.
.

Unforgotten Soul.حيث تعيش القصص. اكتشف الآن