•⊰ 39 ⊱•

489 71 95
                                    

Episod 39

Setibanya Jimin di rumahnya,punggung dihenyak kasar ke sofa.Jaket hitamnya dibuka akibat panas.

Namun,masih lagi terasa bahang di badannya,terutama di bahagian dada.Momen manis di antara Jiyeon dan Suga yang dilihatnya tadi secara live di taman,membuatkan hatinya terasa panas.

Adakah ini perasaan orang yang cemburu?

"Tak!Tak mungkin aku cemburu.Aku panas sebab diorang bahagia!Aku nak tengok diorang sengsara!"

Marah Jimin pada diri sendiri apabila hatinya mulai berbisik yang bukan bukan.Rambutnya dikuak kasar.Geram dan sakit hati.

"Tak...aku tak boleh biarkan kau bahagia,Jiyeon.Tidak sesekali."

-----💜-----

"Suga,awak nak ke mana?"

Sedang asyik Jiyeon menonton kartun Disney di TV,pandangannya teralih kepada Suga yang sedang menuju ke pintu utama.

Suga tersenyum."Ey,kenapa tanya?Risau ke?"

"Eh taklah.Tanya je."Cebik Jiyeon.Suga berlalu kearah Jiyeon sebelum mencium dahi gadis itu.

"Nak keluar beli topup and makanan kejap.Ada pape nak pesan?"

"Ada!"Jiyeon berdiri menghadap Suga sambil tersenyum.Suga tersengih melihat Jiyeon lebih pendek darinya.

Tangan Suga diraih Jiyeon.Mata Suga memandang tepat mata gadis tercintanya.

"Jaga diri elok elok."Pesan Jiyeon penuh makna.

Suga tersenyum."Okay sayang!"

"Eii comel!"Jiyeon tersengih geram sambil mencubit pipi Suga.

-----💜-----

"Wah,tak sangka sesenang ni kerja bawa kereta."

Suga tersenyum simpul.Kereta ini bukan miliknya.Buat sementara waktu dia pinjam kereta Namjoon kerana dia ingat esok dia ingin membawa Jiyeon berjalan jalan.

Buat seketika,mindanya terbayang kata kata manis Jiyeon tadi.

"Jaga diri elok elok!"

"Ya Tuhan...caring nya dia dekat aku."Melebar senyuman Suga sambil erat memegang stereng kereta.

Kepalanya terbayang satu persatu kenangan indah antara dirinya dengan Jiyeon.Dari mula perjumpaan dirinya bersama gadis itu sehingga sekarang.

Masih ingat lagi,kali pertama dia berjumpa gadis itu.Dengan wajah polos persis kanak kanak kecil,membuatkan hati Suga dijentik rasa geli hati.

Kotak cupcake di bahagian tempat duduk pemandu dipandang.Tidak sabar dia ingin makan cupcake itu dengan kekasih hatinya nanti.

Gambar latar belakang telefonnya pula ditatapnya dengan senyuman lebar.Sungguh mempesonakan sekali gambar Jiyeon yang dia tangkap di taman bunga tempoh hari.

Sungguh mempesonakan sekali gambar Jiyeon yang dia tangkap di taman bunga tempoh hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now