•⊰ 33 ⊱•

470 69 24
                                    

Episod 33

"Jiyeon,nak tau tak?"

Tiada sahutan.Hanya kedengaran esakan tangisan seorang gadis.Suga tersenyum kelat sambil duduk membelakangi pintu itu.

"Nak tau tak?Esok musim salji."

Jiyeon mengetap bibir.Musim salji.Salah satu musim kegemarannya.Suatu ketika dahulu,Jiyeon pernah memberitahu Suga bahawa dia amat suka membuat orang salji.

Senja semakin hampir.Bilik Jiyeon diterangi cahaya senja di celahan jendela manakala Suga ditemani rasa suram dan sunyi.

"Aku tak sabar main salji dengan kau.Boleh buat orang salji.Baling baling bola salji.Wah~"

"Aku dah tiada orang tersayang.Syukur,aku ada kau.Bolehlah aku buli seseorang kan?Rindu betul dekat kau.Malangnya,seharian kau tak keluar bilik.Hm."

"Kenapa kau seksa aku macam ni Jiyeon?Aku keseorangan.Sampai hati kau buat macam ni dekat aku."

Suara Suga kedengaran sayu.Jujur dia kata,dia rindukan gadis itu.Boleh dikatakan,Jiyeon adalah angel yang diturunkan Tuhan baginya.

Dia datang ke vila ni atas dasar ingin memencilkan diri.Kalau boleh,menyeksa diri setiap hari adalah satu hobi baginya.

Namun,kehadiran Jiyeon dalam hidupnya membuatkan dia mengerti yang dia masih ada harapan untuk merawat hati yang luka.

Ingin sahaja gadis itu meraung.Tangan ditekup di mulut,cuba untuk tidak kedengaran seperti dia menangis.

Padahal,jiwanya sudah merintih teruk.

"Jiyeon...nak dengar satu fakta menarik?"

Tiada sahutan.

Suga tersenyum.Dia memejam matanya.

"Saranghaeyo, Kim Jiyeon."

-----💜-----

Lima minit berlalu selepas Suga mengucapkan ayat itu.Namun,tiada sebarang sahutan mahupun balasan dari gadis yang dicintainya.

"Jiyeon?"

Akibat khuatir akan berlaku perkara buruk,Suga bangun lalu mengetuk pintu bertalu talu.Ikutkan hati,mahu dipulasnya tombol pintu itu namun takut sekiranya dia kelihatan mengganggu privasi gadis tersebut.

"Jiyeon,aku masuk ya?"

Tetap tiada sahutan.Tombol pintu dipulasnya.Kelihatan Jiyeon sudah rebah dari belakang pintu.

"Ji-Jiyeon!"

Badan gadis itu digerakkan perlahan.Barangkali tidur.Mungkin.

Nampaknya tidak.

Dia pengsan akibat terlampau menangis.

-----💜-----

Malam itu,hujan turun dengan amat lebat.Disertai dengan detuman kilat dan petir yang kerap sambar menyambar.

Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.Keadaan vila yang gelap menyuramkan lagi suasana.

Detumm!!

Unforgotten Soul.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora