•⊰ 40 ⊱•

539 72 24
                                    

Episod 40

Seminggu kemudian...

"Berapa banyak kali aku kata!Aku tak lumpuh! Tak lumpuh!Kau pekak ke?!"

Jimin membentak doktor perempuan itu dengan amarah.Dia tidak dapat menerima kenyataan yang dia sudah lumpuh kaki kanan.Dia tidak dapat percaya yang dia cuba membunuh Suga,kawan baiknya.

Segala galanya dia tidak percaya.Dia jadi gila dengan perbuatannya sendiri sehingga pihak polis terpaksa memasukkan dirinya kedalam hospital sakit jiwa.

Sudah seminggu Jimin berada di situ,namun masih belum ada apa apa perkembangan positif.Malah,semakin gila Jimin duduk di tempat itu.

"Aku tak lumpuh!!Aku bukan pembunuh!!"Bentak Jimin geram.Air mata yang mengalir hangat di pipinya diabaikan.Dadanya ditumbuk tumbuk.

Dirinya cuba bangun dari kerusi roda itu.Berkerut dahinya menahan sakit,namun dia tetap berusaha.Malangnya,dirinya terjatuh.

"Argh!"

"E-encik!"

Doktor Mimi yang ditugaskan untuk merawat pesakit itu segera membantu Jimin bangun lalu didudukkan semula di kerusi rodanya.

Jimin bagaikan tidak percaya.Dia tidak boleh berdiri.Tidak boleh berjalan,juga tidak boleh berlari.

Adakah ini pembalasan daripada Tuhan apabila dirinya cuba merempuh kereta Suga seminggu yang lepas?

"Encik,bawa bertenang ya?Suatu hari nanti pasti encik-"

"Jimin."

"Ha?"

"Panggil aku Jimin."

Doktor Mimi tersenyum."Baiklah Jimin.Awak jangan risau.Apa apa hal,panggil je saya.Kita...boleh jadi kawan.Awak panggil je saya Mimi.Okay?"

Jejaka itu menoleh.Walaupun dia sedar,tiada gunanya dia hidup di dunia ini lagi,namun dia juga sedar yang dia disayangi seseorang.

Mata mereka bertemu but seketika.Daripada mata lelaki itu,jelas menunjukkan segala ketakutan.Tangan Jimin digenggam erat oleh Doktor Mimi.

"Jimin...boleh janji sesuatu dengan Mimi?"

Jimin hanya mengangguk,persis seorang kanak kanak patuh arahan ibunya.Doktor Mimi tersenyum lebar.Dia menaikkan jari kelingkingnya kearah Jimin.

"Janji dengan Mimi,yang Jimin akan sentiasa kuat dan tabah.Janji yang Jimin takkan tinggal Mimi,boleh?"

Lama lelaki itu memandang jari kelingking milik Doktor Mimi, sebelum mereka membuat pinky promise.

Doktor Mimi sekadar tersenyum.Tidak sia sia dia menjadi doktor psikologi peribadi bagi Jimin di hospital ini.Dia yakin,suatu hari nanti Jimin pasti sembuh.

Sesudah menidurkan Jimin,dia keluar dari bilik itu secara senyap senyap.Buat seketika,wajah Doktor Jin yang menunggu diluar bilik Jimin dipandang.

"Macam mana keadaan dia?"

"Dia baik baik sahaja."Ujar Doktor Mimi ikhlas."Saya yakin,dengan kasih sayang,dia boleh sembuh secepat mungkin."

Doktor Jin hanya mengangguk,memandang wajah sahabat karibnya dahulu dari jauh.Perasaan kasihan menyerbu diri.Bilalah mereka boleh bersatu menjadi sahabat seperti dahulu?

"Oh ya doktor,bagaimana keadaan Suga?"

Senyuman terukir di bibir Doktor Jin.Senyuman paksa"Sebagaimana awak yakin yang Jimin boleh sembuh,saya juga yakin yang Suga boleh sembuh.Walaupun-"

"Walaupun?"

"Walaupun...mustahil."

Riak wajah Doktor Mimi berubah.

-----💜-----

Sudah seminggu Suga koma.Tiada tanda tanda lelaki itu akan bangun dalam masa terdekat ini.Menurut Doktor Jin,hanya doa sahaja mampu menyembuhkan Suga.

Tangan Suga diraih sebelum ditekap lembut di pipi.Jiyeon tersenyum pahit memandang wajah pucat kekasih hatinya.

Banyak kejadian telah berlaku sepanjang seminggu ini.Jimin sudah dimasukkan ke hospital sakit jiwa,markas Jimin di Paris sudah diberkas pihak polis,dan yang paling menggembirakan sekali,

Jasadnya sudah kembali.Kini dia datang kearah Suga dengan wajah Jiyeon yang sebenarnya.Jasad Kim So Hyun dahulu sudah diberikan kepada sami untuk diuruskan.

Satu dunia terkejut apabila mendapati Jiyeon rupa rupanya masih hidup.Ramai menyangka bahawa Jiyeon sudah mati selepas dibawa Jimin.

Bagi Kim So Hyun pula,dunia sudah mengetahui kebenaran bahawa dirinya pembunuh sebenar artis Korea itu.

Kini,segala urusan hanya terserah kepada Tuhan.

-----💜-----

TBC

Aish berdebar gila buat chap kalini.Takpe,tarik nafas.Hembus.

Tengok muka chicken ni pulak.

🐣🐣🐤🐤🐥🐥
Comel kan! Meredakan sikit resah korang.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now