•⊰ 35 ⊱•

484 77 41
                                    

Episod 35

"Huargh...!"

Mulut lelaki itu menguap luas sambil bangun meregangkan otot.Pemandangan di luar jendela dipandang.Kelihatan bulan sudah mula menerangi bumi.

Bauan enak dari dapur membawa langkahan Suga ke arah itu.Terlihat pelbagai jenis makanan sudah terhidang di atas meja makan.

"Wau."Lapar menjengah diri.Dari petang tadi dia tidak makan.Baru sahaja ingin menarik kerusi,dia ternampak susuk tubuh gadis sedang berdiri di beranda dapur.

Tahulah dia,makanan ini semua dimasak gadis itu.Bukan turun dari langit.

Suga bengap seketika.

"Jiyeon."

Gadis itu menoleh.Wajah Suga yang kusut akibat baru bangun dari tidur ditatap dengan senyuman.

"Bangun dah? Ingatkan dah tak mahu bangun tadi."

"Sampai hati kau."Ujar Suga lalu mencebik.Wajah sayu gadis yang hanya separas dadanya itu mebuatkan jiwanya terdetik sesuatu.

Ada masalah barukah yang diterima si Jiyeon itu?

"Hey,marah ke? Gurau je pun."Usik Jiyeon kecil sebelum tersenyum sekali lagi.Senyuman palsu.

"Haah.Memang marah pun."

"Eo?"

"Marah dengan kau."

Jiyeon memandang Suga bersama kerutan di dahi.Tiba tiba,dia terasa sesuatu yang hangat di tangan kanannya.Wajahnya memandang tangan kanannya itu.Kemas, dipegang erat oleh Suga.

"Kau ada masalah?"

Buat seketika,gadis itu terkedu.Pandangannya beralih kearah ribuan bintang yang berselerakan di langit kelam.

"Tak.Fikiran saya kosong je."

Di bibir mengungkapkan kata lain,di hati siapa tahu.Riak wajah Jiyeon jelas menunjukkan dia dilanda masalah.Muram dan kusut.Senyuman juga penuh kepalsuan.

Suga tiba tiba ketawa kecil.Berkerut dahi gadis itu.

"Jangan jadi gila boleh tak?Dah, pergi sana makan.Orang nak melayan perasaan pun payah."

Mati terus senyuman lelaki itu.Dilepaskan tangannya dari tangan Jiyeon sebelum berlalu pergi.

Hampir meletus ketawa Jiyeon melihat wajah cemberut Suga.Merajuk ke lahai.Comel pula.

"Ala Suga... no majuk majuklah.Memain je."

"Hurgh."Degus lelaki itu dengan nada merajuk.

"Suga!"

"Takyah ikutlah!"

"Nak ikut juga!"

"Fine!Ikut aku masuk bilik air,nak?"

Jiyeon terus ketawa besar.Tolonglah,kini dirinya sudah lali dengan kata kata byuntae Suga itu.

"Awak ingat saya bo-Ah!"

"Eh!"

Bbuk!

Buat seketika,mereka tereyes connected. Kedudukan Jiyeon yang terjatuh keatas Suga akibat tersepak khusyen yang bersepah dilantai menyebabkan pipinya merah serta merta.

Manakala Suga,hanya membulatkan mata.Berat sangat agaknya si Jiyeon.Ataupun,dia terkejut berada dalam keadaan sebegitu.

Masing masing terdiam.Nak bergerak sedikit pun gementar.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now